#MARRIAGE
BAB 15SYAMEL POV
Enam bulan kemudian....
Enam bulan sudahpun berlalu, kandungan ernie sudah masuk lapan bulan dan dia sudah begitu sarat pada pandangan saya berbeza pula dengan ramona, perut ramona sejak dulu tidak pernah berubah walhal kalau saya kira-kira, kandungan ramona sama dengan ernie.
Terkadang saya merasa ragu pada ramona tentang kandunganya, namun perasaan itu segera saya tepis. Mungkin saja betul apa yang ramona katakan pada saya yang tidak semua wanita mengandung itu sama.
Saya melihat ernie yang baru saja keluar dari bilik rawatan, dia baru saja lepas buat check up. Saya pun tidak faham untuk apa setiap bulan perlu buat check up, bila saya tanya ernie dia hanya jawap itu sebagai rutin wanita mengandung untuk lihat tumbusaran bayi dalam perut.
“dah siap? Jom balik”ajak saya setelah ernie berdiri di hadapan saya.
“belum lagilah”ernie. Saya merenggus kasar.
“apa lagi yang tak siap? Berapa jam lagi aku kena tunggu?!”
“kejaplah”balas ernie sepatah.Saya bersandar di kerusi panjang yang telah di sediakan, bosan yang sukar untuk saya ucapkan lagi. Ini adalah kali pertama saya temankan ernie check up sepanjang dia mengandung dan ini pun atas dasar terpaksa!
“berapa lama lagi?!”bentak saya kegeraman.
“kejap ja lagi, sabarlah kejap”balas ernie tenang.Airmukanya berubah, mungkin malu kerana saya membentaknya di depan orang ramai. Saya hanya melempar satu jelingan tajam.
“sayang tau tak kita dapat anak....”
“itu anak kau dengan lelaki lain dan bukan anak aku. Aku tak kisah langsung pasal budak tu, aku ikut kau ke sinipun sebab terpaksa bukan sebab budak tu. Tak kiralah kau dapat anak apa pun, apa yang aku tau dalam perut kau tu bukan anak aku dan yang pasti budak tu ANAK HARAM!”cantas saya meninggi suara tanpa mengendahkan orang-orang di sekeliling kami.
“janganlah cakap macam tu kat sini, malulah. Nanti orang ingat apa yang sayang cakap tu betul. Ini anak sayang bukan anak lelaki lain. Apa lagi yang saya perlu buat supaya sayang percaya ini anak sayang”ernie
“malu?! Selama nie kau main dengan lelaki lain sampai pregnant macam nie takda pula kau malu!”
“sayang....”panggilnya perlahan sebagai isyarat agar saya berhenti bercakap.Tangan saya di capainya dan di genggam erat, saya memandang dia matanya sudahpun berkaca. Airmatanya yang bertakung di kelopak matanya hanya menunggu masa untuk mengalir di pipi.
“lepaslah!...”saya menarik kasar tangan saya dari dalam genggamannya kemudian terus berdiri.
“biar semua orang dalam klinik nie tau yang kau tu perempuan murahan! Perempuan curang! Dan biar semua orang tau anak dalam kandungan kau tu bukan anak aku!”tambah saya dan terus berlalu tinggalkan dia.Rasa benci saya pada dia terlalu dalam sampaikan setiap kali saya melihat dia fikiran saya selalu memberontak agar buang dia dari dalam hidup saya tapi hati saya pula selalu menolak setiap kali saya mengambil keputusan untuk ceraikan dia.
Saya hidupkan enjin kereta dan terus meluncur laju di atas jalan raya. Saya memandu menuju rumah ramona, sudah dua hari saya tidak bertemu dengan dia. Rasa rindu di dalam hati saya pada dia dan anak kami yang masih di dalam kandungan ramona sekarang membuak-buak.
Setibanya saya di apartment ramona, saya terus membuka pintu. Berkerut dahi saya memandang ruang tamu yang berselerak dengan pakaian ramona daan akhirnya pandangan saya terhenti pada pakaian lelaki yang bercampur dengan pakaian ramona.
Saya berjalan menghampiri pakaian yang berselerak di atas sofa dan mengambil baju lelaki yang saya lihat tadi. Jantung
Jantung saya terus bedegup laju begitu juga dengan nafas saya. Saya melangkah laju menghampiri bilik tidur kami namun langkah saya terhenti bila terdengar ramona berbual dengan
Saya melangkah beberapa tapak tanpa sedikitpun bunyi. Pintu yang sedikit terbuka memudahkan saya mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas.
YOU ARE READING
MARRIAGE
RomancePENULIS : NINAA NINA PAGE : NINAA TYPEWRITER Bermula sebagai PA kepada syamel selaku COO syarikat NN holding, ernie sudah pun menyimpan perasaan kepada syamel sejak pertama kali mereka bersua muka. Berbeza dengan syamel yang membenci Ernie dan...