BAB 5

222 10 0
                                    

#MARRIAGE

SYAMEL POV

        Rasanya sudah lebih sebulan saya jadi pelanggan tetap kedai bunga nie dan setiap hari saya akan memesan jenis bunga yang sama. Sampaikan pekerja kedai bunga ini pun sudah hafal bunga apa yang saya akan.
      Selepas membuat pesanan, saya berikan master card saya pada pekerja itu untuk membuat pembayaran. Lancar tangannya menulis alamat yang biasa saya berikan di atas kertas putih.

“untunglah betulah girlfriend sir nie, hari-hari dapat bunga. Mesti dia special sangat nie kan? Sampaikan sir sanggup beli bunga setiap hari untuk dia”ujarnya ramah.

    Soalannya saya hanya jawap dengan senyuman, nak di kata special tak juga. Tapi saya rasa tercabar bila melihat ada lelaki lain berikan ernie bunga. Apa lagi bila dengar lilly kata bunga tu dari lelaki yang handsome. Saya tidak boleh kalah dengan lelaki lain!

“ok siap. Terima kasih, datang lagi”ujarnya sambil mengembalikan mastercard saya.

ERNIE POV

      Saya duduk di dalam kereta menunggu lilly keluar dari kedai kek. Nasib baiklah saya dapat parking betul-betul di depan kedai kek nie tak payalah saya susah-susah double park. Entah apa tabiatnya hari ini mahu breakfast dengan kek. Saya memandang satu persatu orang yang lalu lalang di situ dan tanpa sengaja mata saya tertangkap kelibat syamel yang baru saja keluar dari kedai bunga.

“syamel? Dia buat apa di situ?”gumam saya hairan.

      Selepas hampir 10minit menunggu, lilly keluar dari kedai kek dengan senyuman gembira sambil memandang saya. Saya melambai dia sebagai isyarat agar dia segera masuk kedalam kereta.

“lamanya, penat aku tunggu”
“maaflah, banyak orang tadi”lilly.
“ohh ya! Kau tau tak apa aku nampak tadi?”
“manalah aku tau, aku dekat dalam kan tadi”lilly
“tadi aku nampak syamel keluar dari kedai bunga tu haaa!”ujar saya sambil menunjuk kedai bunga yang terletak di bersebelahan dengan kedai kek.
“haa? Dia buat apa dekat situ?”soal lilly hairan. Saya menjongketkan bahu sebagai isyarat tidak tau.
“aku tau!!!”jerit lilly sambil tangannya meraba-raba saya.
“eee! Apa dia? Bagitahu ja lah, tak layahlah raba-raba aku”ujar saya ger sambil menepis tangan lilly.
“aku rasa, dialah yang bagi kau bunga setiap hari tu”lilly bernada teruja. Saya terus memandang lilly.
“kau biar betul?”

    Tanpa tunggu jawapan dari lilly, saya terus keluar dari kereta dan terus pergi kedai bunga yang syamel masuk tadi. Saya perlu cari kepastian, saya mesti tau dari siapa bunga tu sebenarnya.

“selamat datang, cari bunga apa ya”pekerja
“maaf, saya nak tanya. Lelaki yang pakai blazers maroon tadi tu, dia beli bunga dekat sini jugakah?”
“ohh, ya. Dia beli bunga di sini dan dia sala satu pelanggan tetap kami”pekerja
“boleh saya tau dia beli bunga apa?”
“bunga ros merah tu, kenapa ya?”pekerja. Saya mengangguk faham.
“i see. Ok itu sajalah, terima kasih”ujar saya dan terus melangkah keluar.

    Saya berhenti sebentar di luar kedai dan menarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan. Dengan pantas saya melangkah pergi kereta dan terus masuk kedalam.

“macam mana?”lilly. Saya diam dan menggawal perasaan. Sekali lagi saya menarik nafas saya dan hembuskan perlahan.
“ARGHHHHHHHHHHH!”jerit saya di dalam kereta.

    Tak mampu rasanya saya mengawal perasaan gembira saya bila dapat tau syamel yang berikan saya bunga setiap hari. Saya memandang lilly, dia menutup kedua telinganya dengan kedua tapak tangannya sambil memandang saya.

“kau kenapa? Histeria?”lilly bernada geram.
“bunga-bunga yang aku dapat setiap hari tu, dari syamel lah!!”balas saya teruja.
“ARGHHHH! AKU DAH AGAK DAH! AKU DAH AGAK!”jerit lilly yang terlebih teruja dari saya.
“aku tak sangka....”

MARRIAGEWhere stories live. Discover now