#MARRIAGE
BAB 17LILLY POV
Saya mengusap lembut tangan ernie, betapa sengsaranya dia menanggung semua ini. Anaknya lahir kedunia dengan cara yang tak sepatutnya. Walhal ernie sudah memasang angan-angan untuk melihat anak kembarnya saat anak kembarnya di bawa keluar dari dalam perutnya dan akan mengingatinya sebagai kenangan terindah.
Tidak adakah rasa simpati syamel dan ramona pada ernie? Kenapa harus ernie yang di jadikan mangsa keadaan? Kenapa dia harus menanggung semua ini?
Bertahun lamanya saya mengenali ernie, tidak pernah sekalipun saya melihat berkelakuan jahat pada sesiapa tapi kenapa orang sanggup perlakukan dia seperti ini?
Ramona memang perempuan yang takda hati perut, sanggup dia berbuat seperti ini pada ernie sedangkan dia juga seorang wanita.
Andai saja masa boleh di putarkan semula, saya akan biarkan saja abang hael menghalang perkahwinan mereka. Tapi semuanya sudah terlambat.“lilly....”
Sapaan abang hael menyentak saya dari lamunan, dia senyum pada saya kemudian memandang ernie. Saya memandang wajahnya yang begitu sayu tatkala melihat adiknya terbaring lemah di atas katil hospital.
“abang dari mana?”soal saya
“abang dari balai”abang hael
“abang betul-betul nak file kan kes nie kah?”
“ya. Kenapa lilly ingat abang nak main-mainkah tentang hal nie?”
“takdalah”jawap saya ringkas.Melihat abang hael begitu nekad membuatkan saya kecut perut. Saya risau apa yang abang hael buat nie akan memberi kesan pada ernie nanti.
“abang takkan biarkan orang yang buat adik abang hidup bebas. Apa yang diorang buat diorang mesti dapat balasanya. Adik dan anak-anak sedara abang bukan anak patung yang diorang boleh buat sesuka hati!”abang hael.
Saya diam sejenak lantas mengangguk perlahan. Saya faham perasaanya, saya tahu apa yang dia rasa. Saya juga sedih melihat ernie berkeadaan begini.
“abang cuma perlu tunggu ernie sedar dan beri keterangan. Abang takda bukti nak dakwah syamel dan ramona. Jadi abang terpaksa juga tunggu ernie sedar”tambah abang hael.
“kenapa tak ambil keterangan syamel? Dia kan ada masa kejadian tu?”
“lilly rasa dia nak kah berkerjasama dengan kita? Yang kita nak dakwah tu perempuan simpanan dia tau”abang hael. Sekali lagi saya mengangguk perlahan.
“saya rasa kita tak perlu tunggu ernie sedar, saya tahu mana nak cari bukti tu. CCTV!”balas saya.
“CCTV? Maksud lilly?”abang hael kurang faham.
“tiga bulan lepas ernie ada pasang CCTV tau dekat rumah dia, sebagai keselamatan sebab syamel tak pulang rumah masa tu kalau dia pulangpun dalam seminggu sekalilah macam tu. So dia rasa was-was sebab dia tinggal sorang dia pasanglah CCTV tu kat setiap sudut rumahnya”jelas saya panjang lebar.
“macam mana lilly tau dia ada pasang CCTV?”abang hael masih tak percaya.
“lah! Ernie lah yang beritau saya. Takda siapa yang tau pasal CCTV nie tau termasuklah syamel sebab CCTV tu kena sorok so orang tak nampaklah”
“maknanya senanglah kita nak dapat bukti! Tapi macam mana kita nak tengok rakaman CCTV tu ya?”abang hael.Saya terus terdiam memikirkan jawapan untuk soalan abang hael. Begitu juga abang hael, dia juga turut diam sejenak. Tiba-tiba fikiran saya tertangkap sesuatu.
“telefon ernie! Ya! Telefon ernie! Dia pernah tengok rakaman CCTV tu melalui telefonya masa kami keluar!”
“good! So mana telefon ernie sekarang nie?”
“dengan syamel....”balas saya lemah.
“ishh! Tak boleh! Kita kena fikir macam mana nak dapatkan telefon ernie tu dari dia”abang hael.
“saya ada idea...”balas saya tenang sambil menjongket-jongketkan kening saya. Abang hael terus memandang saya dengan wajah ingin tahu.PUAN KAMILIA
Cawan kosong di atas meja saya isi dengan kopi ‘o’ panas. Melihat hassani ralit membaca surat khabar membuatkan saya geram. Dari dulu sampailah sekarang tak ubah-ubah!
YOU ARE READING
MARRIAGE
RomancePENULIS : NINAA NINA PAGE : NINAA TYPEWRITER Bermula sebagai PA kepada syamel selaku COO syarikat NN holding, ernie sudah pun menyimpan perasaan kepada syamel sejak pertama kali mereka bersua muka. Berbeza dengan syamel yang membenci Ernie dan...