22

291 42 3
                                    

KRRRIIIIIIIIIIIINNNNNNNGGGG

Kalau loceng ni manusia dah lama tangan aku ni melayang dekat muka dia. Menyirap duh dengar dia memekak pekak telinga aku.

Krek

Bunyi pintu dibuka perlahan dari luar membuatkan badanku membaring membelakangi pintu tersebut. Bukan tak tau siapa yang masuk.

Aku membuat buat tidur supaya dia tidak mengacau atau membebel pada aku. Oh plis lah pagi tadi hampir bernanah telinga aku dengar dia ceramah dah lah ceramah entah pape aku just tak makan je dia punya ceramah sampai masuk bab crush lah bab syurga nerakalah. Apa bende ni weh.

Selepas beberapa minit berceloteh sendirian suddenly a bag of plastic with a chocolate bread in it appears infront of me. Oh my god did author just type a sentences? Did she?

[Maaplah eng serupa taik]

Yek eleh setakat buat ayat roti dalam plastik lembu pon boleh lah

Diam ah!

"Taknak makan? Nak saya suapkan?"

Suara tu.

Aku memusingkan badanku menghadap suara tersebut. Dia tersenyum memandangku sambil duduk di sisi katil.

"Mana awak tau saya dekat sini?" Soalku. Selama 3 tahun aku stalk dia jalan sebelah kelas dia beli makanan ikut apa yang dia beli baru sekarang dia notice aku inikah yang dinamakan hikmah bersabar?

Rasa nak menangis pon ada. Terharu.

"Pagi tadi masa saya nak balik kelas saya nampak ada sorang namja ni dia lari lepastu sebut nama awak and dia angkat awak pergi bilik ni"

Aku hanya menganggukkan kepalaku. Mesti dia nampak muka aku tadi muka macam tengah tahan berak. Dia mengeluarkan roti yang berada di dalam beg plastik yang dibawanya sejak tadi. Aku hanya memerhatikah gerak gerinya. Nak suap tuan puteri yang sakit ni ke hape? Eh janganlah malu tuan puteri ni.

"Nah say aaa.."

Weh serious ah dia nak suap aku? HOHOTAK DIA. SAH SAKIT DIA NI.

"Jap nak suap saya ke?"

"Taklah nak suap kucing kat sana tu ish mestilah nak suap awak"

Waduh waduh jin mana yang rasuk dia ni? Takkan jin bts pulak ;-;

"Cepat nganga say aaa.."

Tanpa rasa segan silunya aku mengangakan mulutku supaya dia dapat menyuapkan secubit roti yang dibelinya itu.

Dasar muka tembok tak sedar diri.

Hello! Dia yang nak suapkan. Bak kata pepatah orang menyuap kita merasa

Eh eh tiba

Kreek..

"Ehem ehem"

Aku dan Jackson serentak memandang kearah suara tersebut. Hampir tersedak aku apabila Taehyung berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan pintu bilik rawatan. Keningnya diangkat sebelah.

Lama aku diam. Nampak Taehyung je aku dah lupa nak cakap apa. Hah k dah ingat

"Jackson tu Taehyung. Tae ni Jack--"

"Aku tau" Taehyung berjalan mendekatiku "mana tau?" Soalku selepas dia melabuhkan punggungnya disisi katilku. Bukan sebelah Jackson k.

"Cuba kau scroll atas adakan nama dia kau sebut tadi" jawabnya sarkastik. Eh main main pulak dia ni.

"Betul betullah"

"Name tag kan ada" Taehyung tonjol kepalaku perlahan. Aku berdecit perlahan. Kalau Jackson takda kat sini memang dah lama hidung setan ni hilang aku buat.

Setelah beberapa saat suasana diantara kami sunyi hanya bunyi suara sumbang nyanyian katak dan cengkerik kedengaran. Terima kasih kerana tidak mensunyikan suasana kami bertiga.

"Annyeong" Jackson menghulurkan tangannya kepada Taehyung apabila terasa seperti suasana di sini agak awkward. Taehyung pandang tangan Jackson lalu membuat hand shake. Bodoh. Orang suruh berjabat tangan dia buat hand shake.

"Ni nak tanya kenapa main suap suap ni? Dah takde tangan nak makan sendiri?" Soal Taehyung sambil matanya menjelingku tajam. Hek eleh jeles ah tu takde sapa nak suapkan dia.

"Takde"

"Mengada ngada eh nak suap suap aku kiss karang"

Mulut mamat ni memang tak makan saman au suka hati jantung paru paru buah pinggang dia je nak cakap macam tu depan crush aku.

Tanganku pantas mencubit pinggang Taehyung. Geram. Dia menjerit kecil "sakit lah" dia memuncungkan mulutnya sedepa. Eh nampak comel pulak.

"Saya keluar dulu nae"

+++

Weh plis ah vote ff ni T^T btw sorry ah kalau chp ni bosan k bye

 Jom kahwin!+K.T.HWhere stories live. Discover now