Potret seorang wanita dikelilingi bunga bungaan itu ditenung cukup lama. Semua kenalan mendiang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Sungguh pemergiannya amat dirasai dan meninggalkan kesan yang mendalam terutama pada ahli keluarganya.
Setelah sekian lama pemergian mendiang diratapi, ramai yang sudah mula beransur pulang. Namun, 5 orang lelaki masih setia menunggu di pemakaman tersebut.
GD mengerlipkan matanya berkali kali. Sungguh dia tidak percaya bahawa gadis yang dia cintai telah meninggalkannya buat selamanya. Secara tidak sengaja, pita ingatannya menayangkan semula kejadian di hospital tempoh hari.
"Doktor! Code Red! Patient doctor, Kim Taehyung, he's in critical!"
Doktor Joong Ki meraup wajahnya kasar sebelum menghampiriku.
"I'm so sorry Jiyong.. I need to save him first.. " ujarnya sebelum bergegas ke bilik Kim Taehyung.
"Shit.. " hanya makian yang bermain dalam fikiranku waktu begini. Doktor tak guna! Melihat keadaan Damiey yang makin tidak terkawal, aku menghampiri katilnya. Tangannya aku genggam erat, ubun-ubunnya menjadi tempat bibirku mendarat.
"You ask me before, I'll answer it seriously now.. Yes, I love you"
Sebaik kalimah itu dilafaskan, mesin bacaan nadi semakin berbunyi nyaring. Damiey kian kelihatan pucat sebelum pergerakannya berhenti total.Air mata sudah tidak mampu ditakung.
"Gwenchana chagi.. You've done your best.. That's great enough.. " bisikku di telinga kanannya.2 jam kemudian
Doktor Joong Ki berjaya menyelamatkan pesakitnya Kim Taehyung, kini menghampiri wad Damiey. Sebaik melangkah masuk ke dalam wad tersebut, satu tumbukan hinggap di pipi kirinya. Dia terjatuh. Seketika dia mengangkat muka, melirik gerangan yang menumbuknya.
"S..Seunghyun... " ujarnya perlahan tapi cukup didengari lelaki yang menumbuknya.
"You deserve that! Buat apa kau datang sini lagi? Nak ucap takziah?! Kau memang tak guna lah! Apa Kata kau join duduk dalam bilik mayat dengan Damiey, aku boleh sediakan katil untuk kau kat sana.. Amacam?"
Senyuman sinis diukir, tak semena-mena, satu lagi tumbukan hinggap di pipi kanan doktor itu buat kali kedua.Seungri yang berdiri berdekatan lelaki itu segera menahan Top daripada bertindak lebih agresif.
Doktor Joong Ki sedaya upaya cuba berdiri. Langkah diatur menghampiri GD yang sedang duduk di sofa. Tangan lelaki itu dilipat ke dada. Memerhati tanpa perasaan.
"J.. Jiyong.. I'm sorry.. I don't know if things gonna be like this.. I'm truly sorry" ujarnya.
"Nothing change, congrats kau dah buktikan, kau memang tak guna.. Apa salah Damiey kat kau sampai kau nak hukum dia macam ni sekali? She's your patient, she's trust you n now, kau hampakan kepercayaan dia pada kau macam tu je? Congrats"
Doktor Joong Ki berpaling. Katil di wad itu kosong, mana Damiey?
"Kau cari apa tu? Jenazah?"
Seolah mengagak persoalan yang bermain dalam fikiran doktor itu, dengan sinis Taeyang membalas.