💞LoVe Me?💞- Part 32

15 4 0
                                    

"So, Kenapa awak ajak saya jumpa dekat sini?" soal Aera kepada GD yang sedari tadi tidak berkedip melihat wajahnya.

GD kembali ke alam realiti tatkala Aera mula berdiri berura-ura mahu meninggalkan tempat itu. Tangan Aera dipegang.

"Mianhae, duduklah dulu."

Seketika Aera kembali duduk. GD mengeluarkan sebuah kotak daripada beg kertas yang dibawanya dan diletakkan di hadapan Aera.

"I'm just want to give you this.. Sorry about that day. "

Aera membuka kotak tersebut. Sebuah telefon pintar berwarna Rose Gold itu ternyata memang idaman Aera selama ini, limited and elegant. Aera menayangkan senyuman menampakkan baris gigi putihnya yang tersusun rapi. Jelas gembira. Siapa je nak tolak telefon mahal sebegitu lagi-lagi ianya dihadiahi oleh seorang Idol ye tak?

"Suka?" GD bertanya walaupun nyata tampak Aera begitu menyukainya. Aera mengangguk laju tanpa memandang GD, sibuk membelek telefon baharunya itu.

"Baguslah, I'm gotta go now right." GD lambat-lambat bangun dari duduknya. Berharap gadis di hadapannya ini menghalang. Harapannya hampa, sebelum...

"Why not we take some selfies?" Aera tersenyum sambil menggoyang-goyangkan telefon baharunya di hadapan GD yang baru menoleh ke arahnya semula.

"Sure, as you wish" GD mengambil tempat bersebelahan Aera. Beberapa keping gambar diambil.

"So, where you want to go after this?" soal GD kepada Aera yang mempersiapkan diri untuk beredar. Niatnya mahu mengajak gadis itu bersiar-siar.

"Tak kemana-mana pun. Balik rumah lah. Wae? "

"Kalau tak busy, nak ikut saya pergi jalan-jalan?"

Aera mengangguk, bosan juga duduk di rumah je. Lagipun, namja hensem ajak keluar takkan nak tolak kan.

"Takpe ke? Nanti ada orang marah pulak" soal Aera ingin tahu.

"Gwenchana, jom" secara drastik GD mengenggam pergelangan tangan Aera kuat seolah begitu rapat padahal mereka baru sahaja kenal. Aera kebingungan namun mengambil positif dan hanya membiarkan.

Namsan Park_

GD membawa Aera ke tempat dia dan Damiey mengunci mangga mereka satu ketika dahulu. Mata ligat mencari-cari mangga miliknya. Tiba-tiba..

"is this yours?" soal Aera kepada GD sambil matanya masih membelek mangga yang tercetak 'GDMY' di atasnya.

"How did you know? Takde nama saya pulak kat situ" soalan dijawab soalan.

Aera memandang tepat ke dalam anak mata GD. Entah mengapa, jantungnya laju dengan tiba-tiba.

"I just.. Don't know" jawab Aera. Cepat-cepat dia melarikan matanya daripada terus memandang mata lelaki di hadapannya itu.

GD memegang bahu Aera yang lebih rendah daripadanya itu. Sebelah tangannya lagi cuba mengangkat wajah gadis yang menunduk itu
"Are you sure?"

"Saya tak tahu, saya cuma meneka. Saya rasa macam ada yang tak kena tapi sudahlah, mungkin saya yang terlebih fikir agaknya" Jawab Aera diakhiri gelak hambar olehnya. Aera meloloskan dirinya daripada pegangan GD. Langkah diatur menuruni tangga bersedia untuk meninggalkan tempat itu.

GD mengerutkan dahinya. Sel-sel otaknya cuba berhubung tetapi entahlah, beku. Akhirnya dia mengekor Aera sebelum menyamakan langkahnya bersebelahan gadis itu.

"Hey, awak nak pergi mana laju-laju ni, I'm sorry if you think I'm being rude toward you just now." GD berkata sambil mencebikkan bibirnya. Comel lah tu? Penampar nak?

LoVe Me ?Where stories live. Discover now