💞LoVe Me?💞- Part 33

31 3 0
                                    

Seungri masih ligat memikirkan logik tentang maklumat yang baru diperoleh daripada penyiasat upahannya. Tangan cepat-cepat menggapai telefon bimbit yang elok terletak di atas meja. Daesung dihubungi.

"Yeboseoyo, Hyung datang cafe biasa, ada hal penting perlu dibincangkan" panggilan dimatikan selepas itu.

"Hah, apa yang penting sangat tu?"
Daesung mengambil tempat berhadapan Seungri. Lelaki itu masih berkerut dahi. Entah apa yang difikirkannya.

"Hyung, tengok ni" Seungri menghulurkan sehelai kertas yang dari tadi dibeleknya. Kertas tersebut bertukar tangan.

Khusyuk Daesung meneliti sampailah membulat matanya. Pandangan dialihkan kepada Seungri, ingin mendapat kepastian lelaki itu. Seungri mengangguk, mengiyakan.

"How this can be..." Daesung menekup mulutnya. Tak percaya dengan apa yang baru dia tahu.

"Hyung, sekarang ni, call doktor peribadi hyung tu ajak jumpa kat sini. Dia je ada jawapan untuk semua ni." Tanpa berlengah, Daesung mendail nombor doktor itu dengan telefonnya.

"Dr Kwan, we need to meet now. I'll send you the location." panggilan ditamatkan.

GD sibuk bermain dengan Ai, kucing kesayangannya. Sedang dia leka, sesuatu terlintas di fikirannya. Lantas kaki laju melangkah ke meja solek. Laci dibuka dan sampul berwarna coklat dikeluarkan.

"Let's see.. " gumamnya sendiri. Mata meneliti setiap perkataan yang tercatat di atas kertas yang dibacanya memastikan tiada ralat dilakukan. Sekali pandang tak ubah seperti pelajar menjawab SPM, khusyuk.

Sampul coklat tersebut sebenarnya terkandung maklumat terbaru yang diperolehi Joo Hyuk tentang Aera. Tapi tulah, belum sempat dibuka pun oleh GD, harini baru dia ada kelapangan.

"Medical? " GD kelihatan tertarik membaca tajuk di atas kertas seterusnya. Pembacaan diteruskan. Sampai di suatu bahagian pembacaannya terhenti. Dikerlipkan dan dibuka luas-luas matanya memastikan ini bukanlah imaginasi.

Ternyata surat tersebut menjelaskan bahawa Aera terlibat dalam satu kemalangan dan tidak dapat diselamatkan. Tarikh kemalangan itu adalah sama dengan tarikh kematian Damiey. Tunggu, jika Aera tu dah mati, habis siapa gadis yang bersama GD selama ini? Adakah Joo Hyuk memberikan info yang salah padanya?

"Doktor, apa semua ni? Dalam dokumen ni tertulis anak tunggal doktor yang bernama Kwan Aera dah meninggal dunia 2 tahun lepas, siap ada sijil kematian lagi, but now siapa perempuan yang duduk dengan doktor selama ni yang juga bernama Kwan Aera, plus status perempuan tu dengan doktor dalam sijil lahir dia ialah ayah dan anak, apa ni? Sejak bila doktor kahwin lain?"

Kening Daesung sudah hampir bercantum, rumit betul kisah ni. Walaupun doktor itu ialah doktor peribadinya, namun kehidupan peribadi doktor itu tidak pernah dia ambil tahu. Cuma, yang pasti doktor itu seorang ayah tunggal yang ada seorang anak perempuan. Rupa anak doktor itu pun belum pernah dia lihat.

Doktor Kwan menghela nafas berat. Wajah Daesung dan Seungri dilihat silih berganti sebelum memulakan bicara.

"Kwan Aera is my only daughter. I'm never remarried. Ya, memang betul apa yang tertulis tu, she died 2 years ago involved in car accident. Hari kejadian itu adalah hari saya ditugaskan untuk urus jenazah Kim Damiey. Saya terkejut dapat berita tentang anak saya dan terus bergegas ke bilik bedah. Saya yang ambil alih kes tu and I try my best cari cara untuk cuba selamatkan dia. But, she's really dying. At that time, terlintas tentang Damiey dalam fikiran saya, cepat-cepat saya arahkan nurse bawa Damiey masuk bilik bedah tu dan saya.." belum sempat doktor itu menyambung ayatnya, pelayan tiba menghidangkan pesanan. Seungri apa lagi, hadiahkan jelingan maut kepada pelayan itu. Orang tengah khusyuk mendengar dia tetiba datang buat suspend.

LoVe Me ?Where stories live. Discover now