💞LoVe Me?💞-Part 34

10 0 0
                                    

GD yang mendengar segala penerangan Dr.Kwan melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Seungri meraup wajahnya kasar. Panggilan diputuskan. Sudah dia jangkakan bahawa Damiey masih hidup. Perasaannya bercampur ketika ini, antara marah atas perbuatan doktor itu dan rasa bersyukurnya di atas kejutan yang berlaku. Jika ini satu peluang kedua buatnya, tidak wajar dipersiakan dengan amarah, fikirnya. Cepat- cepat dia mencapai kunci kereta di atas almari dan mengorak langkah ke pintu utama.

Aera baru sahaja siap-siap di almari solek. Solekan ringkas yang kelihatan natural itu menjadi pilihannya hari ini. Bukan nak kemana-mana pun, desisnya. Sebaik dia berdiri ingin beredar dari almari solek tersebut, loceng rumahnya ditekan.

Pintu dibuka dan kelihatan GD sedang elok berdiri dihadapannya. Kaku.

"Oppa? Ada apa ni?" Aera bertanya lembut sambil mengukir senyum di bibir munggilnya. Tiada jawapan.

GD melangkah setapak demi setapak mendekati Aera. Aera kaget, makin dia mengundur lelaki dihadapannya ini makin menghampirinya. Lantas Aera ditarik ke dalam pelukan GD. Pelukan dieratkan seperti tidak mahu dileraikan.

Aera kaku, bingung dengan keadaan ketika ini namun dia hanya membiarkan.

"Bogoshipeo.. Jinjja.. "
Air mata mula mengalir dari tubir mata lelaki ini. Air mata kerinduan yang dipendam selama 2 tahun.

2 minit kemudian..

"Oppa... " Aera perlahan-lahan meleraikan pelukan GD. Air mata yang tersisa di pipi lelaki itu dikesat oleh Aera menggunakan ibu jarinya. Walaupun dia tidak tahu apa yang GD maksudkan, tetap saja dia memilih untuk menenagkan lelaki itu dahulu.

"wanna tea? You can share your problem.. I'm ready to be a listener" Aera berkata dalam senyumnya.

GD terdiam. Bukan itu jawapan yang mahu didengarnya. Ketika ini, perasaan sedih mula menerpanya dua kali ganda daripada tadi. Bagaimana kalau Damiey tidak akan ingat mahupun mengenalinya sampai bila-bila?

"Damiey... " panggil GD ketika Aera membelakanginya, berjalan ke dapur. Cukup kuat, tetapi lembut. Aera berpaling menghadap GD.

"Oppa, I'm Kwan Aera."

Top duduk di kerusi berhampiran balkoni apartment nya. Mata meliar memerhati gelagat manusia. Sesekali, dia menghirup pelan teh daripada cawannya.

Ting.. Tong...

Bunyi loceng pintu memecahkan kesunyian. Top bingkas bangun membuka pintu, melihat gerangan yang mengganggu ketenangannya.

"Hyung, we need your help" Kata Seungri sebaik pintu dibuka.

Top menjongketkan sebelah keningnya. Like, 'what?'

GD tak sudah merenung tajam Aera yang duduk di sofa bertentangannya sambil membelek telefon. Khusyuk betul sampai lupa ada tetamu.

"Ehemmm... Hmm" GD sengaja mendengus kuat. Namun begitu Aera tidak menoleh sedikit pun.

GD bangun dari duduknya. Dah orang tak layan, baik balik je kan.

Aera menoleh. "Oppa nak ke mana tu?"

"Oh sedar ada orang rupanya. Ingatkan dah masuk dalam phone tadi"

"Yah, mana ada. Ni, Seungri ajak kita tengok wayang. Semua ada. Jomlah oppa."

GD bingung. Something fishy.

Aera mengawang-awangkan tangannya di hadapan GD.

"Nak pergi tak? Kalau nak saya tukar baju dulu"

LoVe Me ?Where stories live. Discover now