Bella tiba disekolah. Hari ini ada Sukan tahunan. Mesti penat. Dia berpakaian sukan warna merah. Khemah sudah dipasang untuk rumah sukan masing masing. Kelihatan Dahlia dan Lin di khemas merah. Mereka melambai-lambai tangan ke arah Bella. Bella mendapatkan mereka. "Weh kau nak tahu tak cikgu Afiq pun rumah merah weh! kata Lin. 'Aduh semak betullah mamat tu' kata hati Bella. Bella senyum sahaja. "Bella Nadelia! Cepat amik nombor dan berbaris megikut nombor track yag disediakan. Awak di track ke empat!" Kata cikgu perempuan itu dengan kuat bagi melawan bunyi bising. Bella segera memakai nombornya dan berbaris. Kini Bella di track nombor 4. Bella pandang Lin dan Dahlia sedang memberi sokongan terhadapnya. Kemudian dia terlihat cikgu Afiq yang memandangnya. Bella menjeling tajam. Afiq juga berbuat demikian. "Ke garisan... sedia...." semua pelari sudah bersedia. "Mulaaa...." setelah wisel ditiup. Bella berlari seperti joging tapi dengan langkah yang besar. Dia di belakang sekali. Semua pelari sudah pecut. Dia sengaja berlari begitu sebab Bella tahu simpan tenaga. Apabila Bella lihat semua pelari sudah pancit. Bella memecut laju. Dan dia di tempat yang pertama. Bella gembira. Satu lepas. Selepas ini acara lompat tinggi pula. Cikgu Afiq menepuk selamba sahaja. Bella mencebik. "Okay Bella stay here. Nanti acara lompat tinggi bermula. Just get ready je" kata ckgu perempuan itu. Bella mengangguk.
YOU ARE READING
Cikgu Suami ku?!
RomanceTerpaksa berkahwin atas kehendak keluarga Bella. Afiq membuat syarat dimana dia akan ceraikan Bella apabila masalah di antara mereka selesai Namun, selepas berbulan bulan menjadi sepasang suami isteri mampukah Afiq meneruskan syaratnya? "I love yo...