Part 44

9.2K 226 0
                                    

6.30, semua pelajar sudah bersiap-siap mengemas barang. Bella juga sudah siap. Semua sudah mengemas khemah. "Pelajar, kita bergerak sekarang lepastu mungkin akan sampai R&R pada pukul 7.30. Kita berhenti makan dekat situ dan lepastu kita terus bergerak ke sekolah" bagitahu cikgu Ramli. Afiq sudah menyusun beg di sebelah bas. Tiba Bella menghulur begnya, Afiq pandang. Afiq megambil beg di tangan Bella tapi ditarik semula oleh Bella. Afiq mengangkat kening tanda kenapa? "Bella tak nak duduk sebelah Naif. Please. Help me" rayu Bella dalam keadaan berbisik. Afiq pandang tepat ke dalam anak mata Bella. "Dah tu nak aku buat apa?" Soal Afiq. "Tolonglah cipta apa apa alasan. Please" rayu Bella lagi. "Nak ke kalau saya terbaring kat bahu Naif ke, tak pun nanti saya tertidur then Naif macam ambil kesempatan ke? Nak?" Saja Bella menguji Afiq. Afiq sudah merengus kasar dan menarik beg Bella dan menutup kuat pintu simpan beg bas itu. Bella terkejut dan menyengih. "Fine" kata Afiq dengan dada yang turun naik menahan rasa panas bila Bella berkata begitu.

Bella sudah duduk di tempatnya. Naif juga. Afiq sudah naik bas. Afiq menyentuh bahu Naif. Naif pandang Afiq. "Ye cikgu?" Soal Naif. "Belakang tu ada kosong sebelah saya, duduk dengan saya" kata cikgu Afiq. Naif mengerut dahi. "Tapi..." belum habis Naif bercakap Afiq sudah potong "no excuse, sekarang duduk belakang tu" kata cikgu Afiq. Naif pandang Bella dan "sorry saya kena duduk belakang" kata Naif. Bella mengangguk. Kemudian dia pandang Afiq dan "thankyou" tanpa mengeluarkan suara. Afiq menjentik dahi Bella. Bella gelak kecil.

Sampai di R&R. Bella, Lin dan Dahlia sudah pilih tempat duduk. Kebetulan deoan Bella pula kosong. Dahlia depan Lin. Sebelah Bella Lin. Tiba tiba Afiq datang. "Boleh cikgu join?" Tanya Afiq. Dahlia dah menganggukkan kepala tapi Bella diam cuma. Dengan itu Afiq terus duduk di sebelah Dahlia dan berhadapan dengan Bella. "Bella aku pergi toilet sekejap ah, Lin teman aku" kata Dahlia. "Alahh.... jap lah ada line ni" kata Lin sambil senyum memandang iphonenya. Dahlia sepak kaki Lin di bawah meja. Lin terkejut dan terus memandang Dahlia. Dahlia membuat isyarat mata. Lin mengangguk. "Jomlah" kata Lin. "Jap tau Bella" kata Dahlia. "Weh, alah aku nak ikut lah" kata Bella. "Eh duduk, aku pergi kejap je" kata Dahlia dan terus menarik lengan Lin. Kini tinggal Bella dan Afiq berdua sahaja di meja itu. Bella diam. "Tak makan?" Soal Afiq. Bella hanya memandang iphonenya dan menggeleng kepala. "Nak air?" Tanya Afiq lagi. "Nope, thankyou" kata Bella. Masih lagi bermain dengan iphonenya. Afiq sudah habis makan menolak tepi pinggannya. Bella perasan mata dan mulut pelajar yang lain sedang melihat dan mengatanya kerana Afiq duduk di mejanya. "Kenapa cikgu duduk sini?" Soal Bella. "Aku suami kau suka hati aku lah" balas Afiq menggunakan nada yang perlahan. "Cikgu pergilah duduk tempat lain, saya tak selesa lah semua pandang saya" kata Bella. Afiq menggeleng kepalanya. Bella mengeluh dan terus bangun dari duduknya. "Nak pergi mana tu?" Tanya Afiq. "Toilet, kenapa? Nak ikut juga?" Perli Bella. Afiq mengecilkan matanya. Dia perli aku.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now