Part 35

9.5K 215 0
                                    

Bella membuka matanya perlahan lahan. Dia mencapai iphone miliknya dan lihat sudah pukul berapa. "Pukul 8?!" Terkejut Bella. "Banyaknya missed call" bulat mata Bella saat dia lihat missed call itu semua dari Afiq. 'Padan muka kau !' Jerit hati kecil Bella. Bella turun menuruni tangga. Dilihat Danial sedang menonton televisyen, Bella menegur abangnya. "bang! Tv dah berlubang lah bang!" Jerit Bella sambil meletakkan jarinya di skrin tv. Abangnya yang fokus lihat tv tadi pun terkejut saat adiknya berkata begitu. Terus Danial bergerak ke arah skrin tv. Kemudian Bella gelak kuat. Danial menenliti skrin tv itu. "Hah tau pun takut! Tengok tv macam nak tembus!" Perli Bella sambil tergelak gelak. Danial menepuk dahi. Dia baru sedar dia sudah terkena dengan adiknya. "Mama mana?" Tanya Bella. "Ada tu surau" jawab Danial. Tiba tiba terdengar bunyi enjin kereta dari luar. Sangka Bella kawan mamanya yang mahu hantar mamanya pulang. Tiba tiba pintu diketuk. Danial menghampiri pintu, Bella mengikuti Danial dari belakang. Danial membuka pintu. "Oh Afiq!" Sapa Danial. Afiq dan Danial berpelukan sekejap. 'What?! Cikgu ni nak apa?! Tak boleh ke bagi aku tenang sekejap?!' Jerit hati Bella dengan kening yang berkerut. "Salam suami tu, Bella" arah Danial. Bella hanya memberi sentuman pada abangnya dan memberi jelingan tajam pada Afiq. Afiq hanya senyum sinis saat Bella menyalam tangannya. Baru sahaja Bella hendak menarik tangannya kembali, Afiq pula tidak melepaskan. Bulat mata Bella pandang Afiq. Kemudian Bella pandang abangnya yang fokus bermain iphonenya. Bella cuba menarik lagi tangannya. Gagal. Afiq senyum. Bella tiada jalan lain dengan mencubit kuat tangan Afiq dengan tangan kirinya. "Aduh!" Afiq mengaduh sakit, dengan itu Afiq melepaskan tangan Bella dan Bella terus duduk di sebelah abangnya. "Kenapa?" Soal Danial saat terdengar jeritan Afiq tadi. Afiq menggeleng "semut api tadi" jawab Afiq. Danial mengangguk cuma. Kemudian Afiq pandang Bella. Bella tidak memandangnya. Menyampah! Lelaki gila nafsu! Bella berlalu ke biliknya. Afiq juga membuntuti Bella. Sampai di depan pintu bilik Bella. Afiq menarik Bella dan melekapkan badan Bella ke pintu bilik Bella yang masih bertutup. Bella menolak Afiq. "Apa ni tepilah!" Marah Bella tapi dengan suara yang agak perlahan supaya tidak didengari Danial. Afiq meletakkan jarinya ke bibir Bella tanda diam dan berhenti bergerak. Bella terkaku. "Kenapa tak angkat call?" Soal Afiq. Bella diam cuma. "Aku cari kau tahu tak" kata Afiq lagi. Bella diam lagi. "Lain kali angkat call" sambung Afiq lagi dengan mencuit hidung Bella kemudian menolak Bella ke tepi dan masuk ke dalam bilik Bella. Bella terkejut saat Afiq mencuit hidungnya sebentar tadi. Bella memegang dadanya. Kenapa berdegup laju ni?

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now