Part 39

8.7K 203 0
                                    

Seminggu berlalu. Harini Bella akan mengikuti aktiviti perkhemahan di hutan. Bella mengemas barang yang patut, kamera, powerbank, tuala, baju lengan panjang, kasut sukan, selipar dan ofc iphone.

Bella menarik bagasinya turun. "Dah siap?" Soal Afiq. Bella mengangguk. "Kita pergi kereta asing, nanti orang nampak" bagitahu Afiq. Bella mengangguk dan mencapai kunci keretanya. Bella memasukkan bagasinya. Dia menghidupkan enjin keretanya dan terus menderum laju ke sekolah.

Sampai disekolah. Bella parking kereta di tempat biasanya, dan Afiq parking di belakang kereta Bella supaya senang nanti bila balik sini dia terus masuk ke dalam kereta, tak payah masuk ke dalam sekolah. "Eh kau tak perasan ke, sejak berapa menjak ni, Afiq dengan budak Bella tu selalu datang sama sama" gosip cikgu Risha. "Aku perasan lama dah, alah biarlah diorang bukannya bercinta pun. Maybe kebetulan?" Jelas cikgu Ramli dan menyapa cikgu Afiq. Bella sudah naik bas. Afiq dan cikgu cikgu yang lain baru hendak naik bas. Cikgu Afiq ditugaskan untuk menyemak nama nama yang mengikuti perkhemahan ini. Satu satu nama disebut.
"Nur Dahlia Marini binti Delmi!" Afiq menyebut nama Dahlia, Dahlia mengangkat tangannya. "Nurlin Amalin binti Adzha" Lin juga berbuat seperti Dahlia buat. Selepas ini mungkin nama Bella. Bella bersedia. "Muhammad Naif Amzha bin Naim" saat nama Naif disebut, Bella terkejut, sangkanya Naif tidak ikut. Afiq sudah berkali kali pandang gelaran tuan punya nama. Tiada? "Maaf cikgu lambat!" Kata Naif yang baru naik bas. Bella dah duduk tak tentu arah. Afiq hanya mengangguk. Afiq sudah pandang Bella dengan mata yang kecil. Bella mengangkat bahu. "Bella sebelah ni ada orang tak?" Tanya Naif. Belum sempat Bella nak jawab Naif terus duduk. "Alah takpelah biar saya je duduk sini" kata Naif. Naif ni! Bella pandang muka Afiq yang sudah berdehem berkali kali. Afiq menyambung. "Bella Nadelia binti Ahmad Nadzmi" nama Bella telah disebut. Bella mengangkat tangan. Selesai penyemakan nama, Afiq dan cikgu cikgu lain terus ke belakang kerana tempat duduk cikgu di belakang sekali. Tempat duduk Bella selang 3 daripada tempat duduk cikgu. Bella memasang earphone. Tiba tiba Ting! Bunyi daripada iphone Bella.

Group dia, Lin dan Bella.

Dahlia: kau tahu ke Naif ikut ?
Bella: ofc tak.
Dahlia: lepastu dia main duduk je kat sebelah kau kan?!
Bella: aku tak tahu dia tiba tiba duduk.
Lin: gais! Tidur zzzzz

Bella tergelak kecil apabila Lin balas seperti itu. Kaki tidur !

Lama kelamaan di dalam bas itu, Bella terlelap.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now