Part 49

10.5K 227 1
                                    

Sampai di rumah mama. Bella menolak daun pintu. Gelap. Dia pusing belakang untuk lihat Afiq, namun Afiq hilang. Aik tadi ada dengan aku. "Assalamualaikum" Bella memberi salam. Satu tapak, dua tapak... and tiga tapak...
happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to Bella Nadelia,
happy birthday to you...

Lampu ruang tamu dipasang. Afiq memegang kek. Lilin ditiup. "Thankyou semua" ucap Bella dengan perasaan yang terharu. "Auww baby gurl" kata Danial sambil mengusik rambut adiknya. "So where's my present?" soal Bella. "Tak menyabar!" Gelak Danial. Afiq juga begitu. Danial membawa kotak yang sudah dibalit bewarna biru dan diberikan kepada adiknya. Bella menggoncang goncangkan kotak itu. Danial menggeling. Afiq juga memberi hadiahnya. Bella mengambil dengan senyuman manis. Afiq terpaku. Puan Khatijah juga beri hadiah kepada Bella. Bella mengucapkan terima kasih. "Bella buka nanti ye. Now jom makan. Lapar" rengek Bella. Afiq menggeleng.

Entah mengapa hati Afiq sejak kebelakangan ini terlalu baik dengan Bella. Kalau tidak selalu saja mahu bertengkar.

Afiq duduk disebelah Bella. Bella hanya membiarkan. "So officially 18" kata Afiq sambil memberikan senyuman yang manis. Cair hati Bella! Bella tersenyum. "So who's plans all of this?" Soal Bella. Afiq menunjukkan ke arab abang iparnya. Bella senyum kemudian menggeleng kepalanya. "Cikgu tahu bila birthday saya?" Soal dia lagi. Sebolehnya Bella cuba membuka topik untuk bercakap. "Nope" selamba sahaja. "Then who told you?" Soal Bella lagi. Afiq menunjukkan ke arah abang iparnya lagi. Bella senyum tawar. Kemudian suasana sepi seketika.

"Bella" "Cikgu" serentak dua dua panggil. "You first" kata Afiq. "Sokay, cikgu dulu" balas Bella.
"saya dah lupa nak cakap apa" kata Afiq. Bella terkejut. "Saya?" Soal Bella. Afiq pandang Bella tidak berkedip. "I mean aku" balas Afiq. "Cikgu, it's okay kalau cikgu nak guna saya awak" kata Bella. Afiq diam. "Why not we use abang sayang?" Soal Afiq. "You must be joking! Hahaha" Bella ketawa. "I'm serious erk" kata Afiq sambil ketawa perlahan.

Bella diam kemudian meneliti wajah suaminya mencari kepastian. "I'm not ready" balas Bella. "I know. Take your time. Kita panggil awak saya jelah ye" balas Afiq. Bella tersenyum.

"Meh amik gambar sini. Background lawa ni!" Jerit Danial. Bella bangun dan sudah berdiri di sebelah abangnya. Beberapa keping gambar dia bersama sama keluarga. "Eh kejap korang nampak comel lah" kata Danial. Ada saja benda nakal dia tu. "Rapat sikit" kata Danial. Afiq dan Bella sudah betul betul rapat. "Dik Bella, ni bukan gambar passport" perli abangnya. Kemudian Bella gelak dan terasa tercabar sedikit. Bella pandang Afiq. "Boleh ye?" Soal Bella. Afiq mengangguk cuma. Bella menyeluk tanganya di lengan Afiq. Afiq sedikit terpaku saat lengannya dipaut oleh isterinya. "Fiq, kau peluk lah adik aku" kata Danial. Afiq teragak agak tapi dia berbuat demikian. Saat tangan Afiq merangkul pinggang kecil Bella, Bella jadi kaku. Tapi dia rasa bahagia saat Afiq berbuat sedemikian.
'kalau lah hari ni jadi hari hari aku' monolog Bella

Hari sudah malam. Bella masih tidak tidur lagi. Dia duduk di taman belakang rumah. Afiq perasan isterinya di taman terus turun. Bukan apa peluang kan hahahaha.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now