Part 36

9.4K 226 2
                                    

6.00 am
Bella bangun dan bersiap. Dia tidur di bilik tetamu semalam, tidak mahu berjumpa dengan Afiq. Bella terpaksa juga masuk ke dalam biliknya untuk mengambil pakaian sekolahnya yang memang sengaja dia tinggalkan satu dua helai. Bella membukan pintu biliknya perlahan-lahan. Dilihat Afiq sedang nyenyak tidur. Bella menghampiri almari dengan perlahan-lahan. Dia buka almari, capai baju sekolahnya dan tutup semula almari. Dia pusing dan terkejut saat ada satu tubuh di deoannya sekarang. "Mak!" Bella menjerit. Afiq menekup mulut Bella. "Shh!! Aku ni" kata Afiq. Bella yang terkejut tadi menolak Afiq. "Nak pergi mana?" Tanya Afiq. "Mandi" jawab Bella sepatah. Kemudian Bella terus keluar dari bilik.

Afiq menuju ke bilik Danial dan mengetuk pintu itu. "Ha kenapa ni?" Soal Danial yang sudah lengkap berkemeja. Afiq menyengih nampak gigi. "Pinjam baju kemeja dengan seluar slack hitam boleh? Semalam datang tak bawa apa apa" kata Afiq yang menyengih dan menggaru kepalanya. Danial menggeleng kepala. "Haih macam macam. Ha tunggu jap nak cari" kata Danial. Danial menghulurkan kemeja berwarna hitam dan seluar seperti yang Afiq minta. "Thankyou abang!" Jerit Afiq.

Bella sudah siap berpakaian sekolah lengkap. Bella terus turun dan mencapai kunci keretanya. Kereta Afiq menghalang kereta Bella hendak keluar. Bella hin keretanya berkali kali. Selepas 2 minit, Afiq muncul dengan kunci keretanya. Dia juga sudah siap untuk ke sekolah dan bekerja. Afiq memandang Bella dengan pandangan yang geram. 'Sabarlah!' Jerit hati Afiq. Afiq mula masuk ke dalam keretanya dan honnnnn!!! Bunyi hon lagi. Terus Afiq menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke sekolah. Bella juga begitu. Danial yang lihat dari atas hanya tersenyum sahaja. "Kelakar lah diorang ni" kata Danial seorang diri.

Afiq parking keretanya di bahagian parking kereta guru. Bella parking keretanya di kawasan parking murid murid. Bella melangkah masuk ke dalam sekolah. Naif memanggil Bella. Bella berhenti dan berpaling. "Hey, lama tak nampak" sapa Naif. Bella senyum cuma. "Are you okay?" Soal Naif. Bella mengangguk. Seketika itu, Bella dan Naif melintas di kawasan parking kereta guru. Afiq baru keluar dari keretanya. Bella hanya telan liur. Bunyi pintu kereta di tutup membuatkan Naif memandang ke arah itu. "Eh cikgu Afiq! Baru sampai?" Soal Naif. "Ha'ah" Afiq jawab tanpa memandang muka Bella. Bella juga begitu. "Oh okaylah cikgu. Jumpa nanti ya" kata Naif. "Belajar elok elok" jawab Afiq. Naif dan Bella berlalu pergi. Afiq menghela nafas. Dia terasa sesak. Afiq melonggarkan tali lehernya dan memandang belakang Bella hingga tidak nampak kelibatnya lagi.

"Weh! Lagi 2 minggu, sekolah ada buat aktiviti perkhemahan kat hutan. Jom join?" Ajak Lin. Lin memang suka aktivitu aktiviti begitu. Bella diam cuma. Dahlia sudah bersetuju. "Form berapa je pergi?" Tanya Bella. "Special for form 5" balas Lin. Bella mengangguk. "Nanti aku tanya pak cik tu dulu" jawab Bella. Dahlia dan Lin sudah gelak terbahak bahak saat Bella menekan perkataan 'pak cik' .

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now