"Masuklah" pelawa Afiq semasa membuka suis kipas di dalam stor sukan itu. Bella tetap berdiri di luar. "Kau asal? Masuk jelah" pelawa Afiq sekali lagi. Bella masih berdiri dan membatukan diri di luar. Kemudian dia menggeleng. "Cikgu nak cakap apa? cakap jelah" Bella berkata tetapi masih berdiri di luar. "Kau takut aku buat apa apa jat kau eh?" Afiq meneka. Bella diam. Tekaan Afiq tepat. "Okay fine. Aku tak nak marah marah ni. So aku tanya baik baik, Naif cakap apa kat kau tadi?" Tanya Afiq. Bella dah agak dah yang Afiq tentu akan bertanyakan tentang hal ini. "Dia cuma cakap balik ni dia nak stayback so dia ajak saya, tapi saya kata saya busy kena balik awal" jawab Bella. Afiq tersenyum sinis dan mengangguk. "Bagus" puji Afiq. "Dah boleh naik kelas" arah Afiq. Bella melangkah untuk naik ke kelas tapi beberapa langkah sahaja dia memalingkan dirinya dan berkata "cikgu balik ni cikgu balik lah dulu. Abang Danial ambil saya hari ni" . Afiq mengangguk tetapi dalam masa yang sama dia curiga.
"Wei cikgu tanya apa?" Tanya Dahlia. "Pasal Naif nak jumpa aku tadi tulah" balas Bella sambil menjulingkan matanya ke atas. "Hakeleh, benda macam tu pun dia nak tanya ke? kata tak suka kau? tapi layan macam dia suka kau!" Marah Dahlia. Lin mengangguk laju. Bella mengangkat bahu.
Waktu persekolahan tamat. Bella berjalan sehingga tiba di bus stop. Agak jauh juga bus stop dengan sekolah. Kosong. Bella duduk. Bella termenung memandang ke bawah. Dia memikirkan masalah rumahtangganya. Bahagia kah dia? Sedang asyik termenung, tiba tiba 3 budak lelaki yang selalu buat masalah di sekolah Bella menghampiri dirinya. Bella rasa mereka mahu lepak lepak di situ sahaja, jadi Bella membiarkan sahaja mereka. Tiba tiba seorang duduk di sebelah kiri Bella, seorang duduk di kiri Bella dan seorang lagi berada di belakang Bella.
"Hai awak" tegur seorang lelaki itu. Bella tidak layan. Seorang lelaki yang di belakang pula menarik perlahan beg sekolah Bella. Bella berdiri dan menolak lelaki itu jauh darinya. "Wuu garang" kata lelaki itu. Bella mahu beredar dari situ, baru sahaja melangkah dirinya di kepung. "Eh kejap lah. Kenal kenal lah dulu" kata seorang budak lelaki itu sambil mencuit lengan Bella. "Korang nak apa ni? Blah lah!" Jerit Bella. "Jangan lah garang garang. Macam nilah, kitorang ni nak bawa adik dengan kitorang. Boleh?" Tanya lelaki itu. Bella belum sempat menjawab seorang lagi budak lelaki sudah menjawab "eh boleh ke tak boleh ke kitorang peduli apa? HAHAHAHAHA" . Bella takut. Bella mahu menangis. Bella ke kiri dikepung. Bella ke kanan juga di kepung. "Jom jelah!" Seorang budak lelaki itu menarik lengan Bella untuk mengikuti mereka. Bella cuba memberatkan badan. Namun seorang lawan tiga orang, mana mampu. Tiba tiba terdengar suara dari arah depan. Bella memandang. Budak budak lelaki tadi juga memandang. "Boys! Korang buat apa ni?!" Cikgu Afiq menengking. "Korang pergi balik sekarang !" Jerit Afiq lagi! Budak budak tadi lari dan menunggang motosikal masing masing. Bella terduduk. Namun dia bersyukur.
Afiq menghampiri Bella dan melutut di hadapan Bella. "Are you okay?" Afiq tanya keadaan Bella. Kerana Afiq lihat tangan Bella terketar-ketar. Afiq menyentuh tangan Bella, namun lantas ditepis Bella. Dia takut. Afiq mulanya terkejut tapi dia faham akan keadaan Bella. "It's okay aku ada, aku akan ambik tindakan esok" jelas Afiq. Bella mengangguk. Bella cuba berdiri dan dibantu oleh Afiq. Setapak demi setapak Bella melangkah, saat mahu melangkah lagu satu tapak, Bella terasa kepala seperti berpusing pusing lalu Bella rebah. "Bella!" Jerit Afiq. Afiq terus mencempung Bella dan membawanya ke hospital.
YOU ARE READING
Cikgu Suami ku?!
RomanceTerpaksa berkahwin atas kehendak keluarga Bella. Afiq membuat syarat dimana dia akan ceraikan Bella apabila masalah di antara mereka selesai Namun, selepas berbulan bulan menjadi sepasang suami isteri mampukah Afiq meneruskan syaratnya? "I love yo...