Bella mengemas beg pakaiannya. Setelah selesai, Bella menuruni tangga. Kelihatan Afiq sedang duduk di sofa ruang tamu. "'Ma.. Bella pergi dulu tau. Jaga diri baik baik ya ma." Kata Bella sambil menyalami mamanya. "Bella ingat ya mama cakap" balas mama sambil angguk. Bella juga mengangguk. Afiq menyalami orang tua itu. "Mama.. jangan risau ya. Rumah Fiq tak jauh pun. Selang benerapa lorong aja" kata Afiq sambil senyum. Mama mengangguk.
Sampai di rumah Afiq, Bella mengangkat begnya masuk ke dalam rumah. Lawa. "Bilik kau atas belah kiri" kata Afiq. Jangan sesekali masuk bilik aku melainkan kalau aku suruh. Faham?" Kata Afiq lagi. Bella mengangguk. "Dah aku nak keluar" kata Afiq sambil menuju ke pintu rumahnya. Bella mendaki tangga dan masuk ke biliknya. Wah, bertemakan putih. Lawa. Bella mula mengemas pakaiannya. Akibat terlampau penat, Bella baring di atas katil. Tidak lama kemudian, dia tertidur.
"Weh bangunlah! Dah malam ni" kejut Afiq. Bella mmbuka mata perlahan-lahan. "Pukul berapa ni?" Tanya Bella. "7.30 malam" balas Afiq. Bella mengangguk. "Kau tidur tadi seksi!" Kata Afiq lagi sambil mengangkat keningnya. Nakal. Bella menggeleng kepala. Kemudian Afiq keluar masuk ke dalam biliknya. Bella menutup pintu biliknya. Kemudian iphonenya berdering. Naif menelefon. "Hello Bella? Saya nak datang rumah awak boleh? Saya nak siapkan tigas kita, tinggal nak email je" tanya Naif. "Em.. bukan saya tak nak Naif, saya penat hari ni" balas Bella. "Alah sekejap je tak lama. 15 minit je" kata Naif. "Hm iyalah" balas Bella. Bella mengetuk perlahan pintu bilik Afiq. Afiq membuka pintu. "Kau nak apa?" Tanya Afiq. "Malam nanti saya nak keluar pergi taman sekejap ye, kawan nak jumpa" kata Bella. "Lantak kau lah siapa kisah" balas Afiq dan menutup pintu biliknya. "Tak kisah? Okay. Jangan nanti kau yang meroyan" kata Bella tapi hanya perlahan.
Bella bergerak ke taman. "Hey" sapa Naif. Bella senyum cuma. Bella tekun membuat kerja bersama Naif. Naif hanya tekun melihat Bella. Kerja hanya alasan untuk berjumpa Bella sahaja. "Saya balik dulu lah eh Naif. Dah pukul 10 ni" kata Bella. "Saya hantar" kata Naif. Bella mengigit bibir. "Ha okay" terpaksa jugaa. "Eh ni bukan rumah awak. Ni rumah siapa?" Tanya Naif. "Oh ni rumah aunty saya. Okaylah. Terima kasih hantar balik. Bye" cepat cepat Bella keluar takut Afiq ternampak. Naif menekan pedal minyak dan hilang dari pandangan Bella. Bella memasuki rumah.
YOU ARE READING
Cikgu Suami ku?!
RomanceTerpaksa berkahwin atas kehendak keluarga Bella. Afiq membuat syarat dimana dia akan ceraikan Bella apabila masalah di antara mereka selesai Namun, selepas berbulan bulan menjadi sepasang suami isteri mampukah Afiq meneruskan syaratnya? "I love yo...