Part 43

9.2K 225 4
                                    

Bella sudah siap memakai tshirt lengan panjang dan seluar sukan. Hari ni aktiviti dia jalan jalan di dalam hutan dan mengumpul kayu kayu untuk membina sesuatu. Bella dan kumpulannya berjalan masuk ke dalam hutan. "Awak dah elok ke Bella?" Tanya Naif. Afiq pandang sahaja dan berdehem. "Dah, tiba tiba je kaki ni elok" jelas Bella. Naif senyum. "Make sure lepasni hati hati ya" kata Naif. Bella mengangguk. "Ni nak masuk hutan lagi ni, hati hati ya" kata Naif. Bella senyum dan mengangguk berkali kali. Afiq berdehem berkali kali. Mereka semua meredah masuk ke dalam hutan.

Setelah selesai mengutip kayu kayu dan membuna sesuatu. Kumpulan Bella membina rumah burung yang agak kemas. Ada kumpulan lain yang bina rumah kecil dan macam macam lagi. "Alah comelynya" kata cikgu Ramli pada kumpulan Bella. Kumpulan Bella senyum cuma. "Okay masa pun menunjukkan sudah pukul 4.30 petang. Memandangkan hari ni hari last kita kat sini dan esok kita berangkat pulang, saya benarkan kamu semua mandi sungai" kata cikgu Ramli. "Yeayyy!!" Semua pelajar sudah bersorak dan berlari mendapatkan sungai. Kemudian wisel dibunyikan, semua pelajar berhenti dan memandang cikgu Ramli. "Cikgu minga kamu jangan suka suka sangat dan jangan pergi terlalu jauh. Faham" kata cikgu Ramli. Semua mengangguk. Dahlia dan Lin sudah masuk ke dalam sungai. "Bella! Come!" Jerit Lin. Bella mengangguk dan masuk ke dalam sungai perlahan lahan. Afiq hanya memerhati Bella. Risau. Kemudian tiba satu lagi tapak, Bella terpijak batu yang berlumut, Bukkk!! Bella jatuh. Afiq sudah berdiri. Kemudian dia terlihat Dahlia dan Lin memghampiri Bella. Bella gelak gelak. "Adoi, sakit!" Kata Bella dan gelak gelak. Lin dan Dahlia juga begitu. Naif merapati kumpulan Bella. "Are you okay?" Soal Naif. Bella gelak dan kemudian mengangguk. Naif senyum. Naif nampak handsome saat dia menarik rambutnya yang sedang basah. Bella tersedar saat dia terdengar Afiq berdehem dari jarak jauh.

Bella kemudian naik ke darat. Sudah sejam setengah mereka bermandian, cikgu Ramli memanggil naik. Semua pelajar naik.

Malam ini ada lagi satu aktiviti. "Semua, malam ni kita akan buat bulatan dan cerita pasal kisah masing masing ya" kata cikgu Ramli. "Apa apa je?" Tanya salah seorang pelajar. Cikgu Ramli mengangguk. "Cikgu cikgu akan aju kan soalan dan kamu boleh start jawab dan bercerita mengenainya" jelas cikgu Afiq.

Semua sudah buat bulatan. Jam menunjukkan sudah pukul 9 malam. Kita start dari Dahlia. "Masa awak kecil kecil awak nak jadi apa?" Tanya cikgu Ramli. "Doktor. The reason is, saya terfikir kalau saya jadi doktor, berapa ramai nyawa orang yang saya boleh rescue. Saya nak orang gembira bila dah sembuh daripada sakit" jelas Dahlia. Giliran Lin. "Apa yang awak suka dalam dunia awak?" Tanya cikgu Risha. Lin mengangguk dan menceritakan tentang soalan yang diajukan oleh cokgu sebentar tadi. "Saya suka hidup saya bebas dan tak terlampau bebas. Saya suka ride. Saya suka bawa motor. Saya ada 3 biji motor dekat rumah. 2 atas nama papa and satu atas nama mama. Saya suka bila tengah sedih saya bawa motor pergi jalan mana mana" jelas Lin. Ya, Lin memang begitu. Cikgu Afiq menyoal Bella. "Bella, so apa yang awak rasa tentang sayang?" Soal cikgu Afiq. Semua sudah terkejut pandang cikgu Afiq. Bella juga begitu. Afiq gelak dan berkata "this our last night kan ? So tak salah" kata cikgu Afiq. Cikgu Ramli sudah mengangguk angguk. "Emm.. sayang, sayang tu adalah perkataan dimana contoh saya sayang seseorang yang bila tiada dia rasa hidup saya tak sempurna. Bagi saya sayang dipupuk dari hati. Dan sayang hanya boleh dikeluarkan apabila mereka benar benar ikhlas menyanyangi seseorang itu" kata Bella sambil pandang tepat pada wajah Afiq. Afiq juga pandang Bella. Lama. "Okay Naif!" Kata cikgu Ramli yang membuatkan semua terkejut termasuk Bella dan cikgu Afiq. "What types of girl that you want?" Tanya cikgu Ramli. Naif tarik nafas dalam dalam sebelum bersuara. "Saya nak yang baik, tak menengking nengking, rileks, sabar, pandai, comel and semua nya ada pada Bella" kata Naif sambil pandang Bella. Bella yang terkejut turut pandang Naif. Semua orang pandang Bella. Bukan semua tak tahu Naif memang minat pada Bella. Bella cuma senyum tawar. Afiq sudah pandang ke arah lain. Kemudian soalan diteruskan lagi kepada pelajar pelajar yang lain.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now