08 |

56 10 52
                                    







Panggilan telefon daripada nombor Joohyuk itu membuatkan Jinsang mengerutkan keningnya. Baru lima minit dah call balik. Rindu ke apa?

Jinsang yang sememangnya berhati mulia itu terus menjawab walaupun dia faham benar situasi sebenar dia dengan Joohyuk sekarang. "Ya ahjussi? Saya dah nak sampai rumah ni. Ada apa?"

"June masuk hospital."

Dalam sekelip mata, Jinsang sudah berlari ke arah bas yang kebetulan berhenti. Basikalnya dibiar jatuh ke tepi jalan. Tangga bas didaki laju. "Ahjussi, bawa saya pergi hospital sekarang."

Pemandu bas itu nampak mahu menolak kerana ia bukanlah khidmat teksi namun penumpang lain pula yang bersemangat mengarahnya untuk mengarahnya ke hospital bagi membantu Jinsang yang nampak terdesak itu. Jinsang duduk di seat paling hadapan. Badannya mula menggigil, kenangan lama mula mengusik mindanya.

"Adik, sabar ya. Nanti kita sampai kejap lagi." Penumpang lelaki di belakangnya mengusap bahunya cuba menyabarkan. "Siapa yang sakit?"

Jinsang menarik nafas panjang. "Adik as- anak saya. Anak saya yang sakit." Jinsang menukar jawapannya laju. Matanya sudahpun mula mengalirkan air mata.

Lelaki itu mengangguk faham. "Jangan risau, dia akan okay."

Jinsang angguk membalas jasa baik lelaki itu.

Apabila tiba di hospital, Jinsang menatap ke arah sebuah kereta mewah yang juga baru tiba. Itu kereta Joohyuk? Jinsang turun daripada bas dan bergerak laju ke arah kereta tersebut. Joohyuk keluar dari keretanya dan tangannya terus menarik Jinsang ke ruang kecemasan.

"Kenapa awak dah menangis ni?" Joohyuk yang panik akan Junhoe itu akhirnya sedar bahawa Jinsang sedang menangis. "Dahlah tu." Joohyuk menarik Jinsang ke dalam pelukannya.

"Jangan risaukan saya. Ia hanyalah trauma kecil." Jinsang menolak Joohyuk perlahan. "Apa yang jadi sebenarnya?"

Joohyuk mengeluh. "CCTV tangkap yang anak bakal suami Hani baling kotak yang berisi guli dekat June."

Jinsang terus menajamkan matanya. "Dia kena buli?!" Suaranya yang naik membuatkan Joohyuk terdiam. Faham benar Jinsang yang sensitif dengan perkara begini.

"Bukan buli. Chanu tu cuma mara-"

Jinsang menjeling Joohyuk tajam. "Dahlah, ahjussi. Ahjussi jagalah June tu. Bila dia dah sedar , call saya." Jinsang terus meninggalkan Joohyuk yang terpinga-pinga dengan aksi tiba-tiba itu.

Kenapa dengan Jinsang?











"Kau betul ni nak teman aku jumpa Hani?" Jinsang memandang Jiwon yang sedang menikmati ramen di hadapannya. Jiwon angguk sambil cuba mempercepatkan suapannya. "Makanlah dulu, Jinsang. Kau cakap kau belum makan kan?"

Jinsang menggeleng. "Aku dah tak ada mood nak makan ni."

"Jadi, apa yang kau nak buat?" Jiwon bertanya. Mulutnya penuh dengan ramen. "Kau betul tak nak makan? Nanti aku suruh eomma aku masakkan makanan kegemaran kau, nak?"

Jinsang menggeleng. "Kesian eomma kau Jiwon. Tak payah. Apa yang aku nak buat ialah bagitahu Hani apa yang anak lelaki tu buat dan kalau dia taknak bela June, aku akan abaikan sajalah niat aku nak ubah sifat dia tu. Aku hanya akan teruskan kerja aku sebagai pengasuh June dan aku malas nak masuk campur dah."

Jiwon angguk faham. "Okay." Dia memerhati sekeliling kedai ramen itu.










"Kalau dia buat macam tu pun, nak marah apa pula.? Dia kecil lagi. Takkan lah awak tak faham benda tu Kim Jinsang? Awak nak sumbat Chanu dalam penjara sebab buat June cedera ke?" Hani tertawa sinis.

Jinsang terkaku. Beginikah ibu June? Begini?

"Baiklah. Saya taknak sumbat sesiapa dalam penjara. Saya balik dulu." Jinsang terus menarik jaket Jiwon menjauhi kafe tersebut.

Hani terdiam di tempatnya. Telefonnya dikeluarkan dan bakal suaminya, Yunhyeong didail.

"Yun, awak tahu tak apa Chanu awak dah buat dekat anak saya?" Suaranya jelas kedengaran marah.











Joohyuk tersedar dari tidurnya apabila tangan Junhoe mengusap kepalanya. Joohyuk memandang anaknya selepas kedua matanya dilap, bimbang ada tahi mata di sana.

Junhoe tersenyum. "Appa sayang June rupanya. Jinsang noona mana?"

Joohyuk mengangkat bahu. "Entah. Tapi, tadi dia datang. Dia risau dengan June. Lepasni, dia akan datang. Dia dah pesan suruh bagitahu dia bila June dah sedar."

Junhoe angguk. "Appa telefonlah sekarang. June nak sambung rehat. Sakit." Suaranya kedengaran sedih dan lemah di akhir ayat sebelum esakan kecil mula kedengaran.

Joohyuk mulalah terkejut dan panik. Kenapa pula anaknya?

"Kenapa ni June?"

"June nak eomma..."

Joohyuk menelan air liur payah.










"Kau ni semangat betul heret aku tu yang perut dah sakit tu. Makan ni." Jiwon mengeluarkan seplastik biskut saket dari poket jaketnya. Mereka berdua sedang berdiri di hadapan motosikal Jiwon.

"Aku penat dah ni, Jiwon. Aku rasa aku perlu dapatkan rawatan minda. Aku nak atasi trauma aku. Mungkin lepasni aku dah tak macam ni dengan June dan ahjussi tu." Jinsang membuka pembalut plastik dan mula makan dengan gelojoh.

Jiwon mengambil plastik itu dan menyimpannya ke dalan poket. "Penat dah?"

Jinsang angguk. "Hantar aku balik. Aku nak peluk eomma aku sekarang." Kemudian, mata itu kembali menangis.

Jiwon laju memeluk sahabat baiknya itu. "Eh, janganlah menangis. Kau buruk sangat bila nangis."

Tapi, Jinsang tetap menangis. "Aku rindu appa aku."

Jiwon makin mengeratkan pelukan. Matanya turut berkaca-kaca tanpa sedar.

"Aku nak berhenti kerja deng-"

Telefon Jinsang berdering. Apabila pesanan bahawa Junhoe telah sedar tiba, wajahnya terus berubah cerah.

"Jiwon, anak aku dah sedar !"





TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now