11 |

56 11 32
                                    








"Nah. Awak pakai lah benda ni dulu kalau awak tak nak pergi hospital." Joohyuk menghulurkan pembalut luka kepada Jinsang. Dia hendak menawarkan untuk menampal namun dia risau lain pula yang jadi nanti.

Jinsang menyambut benda itu dengan senyuman manis dan gembira. "Aih, sayang juga ya ahjussi dekat saya?"

Joohyuk tidak melayan soalan itu. Dia memandang sekeliling. Pesanan yang tiba di dalam telefonnya daripada Junhoe membuahkan senyumannya.

Appa, June selamat sampai dekat rumah. Maaf sebab June yang hantar Jinsang noona dekat office appa. Jangan marah June. Jangan marah noona juga sebab noona kan bakal eomma June. Hehe.

"Jinsang, awak betul nak kahwin dengan saya?" Soalan itu keluar dengan spontan. Joohyuk tenang menyampaikannya manakala Jinsang yang mendengar sudahpun ibarat tunggang terbalik dunianya.

"Apa yang ahjussi cakap tadi?"

"Saya yakin awak masih tak pekak lagi kan?" Joohyuk tersenyum sendiri.

Jinsang turut tersenyum. Namun, senyum malu. "Yelah, saya serius lah. Kenapa? Ahjussi dah jatuh cinta dengan saya eah?"

Joohyuk menolak kepala Jinsang yang tiba-tiba mendekat menjauh. "Cepatlah pakai benda tu, karang mati saya tak nak uruskan mayat awak."

Jinsang laju menepuk bahu Joohyuk.

"Mengarut betul. Tak ada maknanya nak mati sebab benda ni." Jinsang ketawa lucu.

"Jadi, sakit apa sebenarnya?"

Jinsang berasa sedikit hampa apabila Joohyuk sudahpun menukar topik. Tapi, tak mengapa. Sekuranganya topik itu mengenai dirinya sendiri.

"Tak serius pun. Usus luka dari dalam so kena tampal usus dan kena operate sedikit. Sekarang, dia dalam proses membaiki tisu dalam bahagian dalam usus saja." Jinsang menjawab dengan tenang. "Ahjussi pernah jalani pembedahan.?"

Joohyuk menggeleng. "June pernah sebab apendiks."

Jinsang angguk. Dia sudah tahu kerana dia pernah mencuri baca rekod kesihatan Jinsang.

"Ahjussi dah tak nak cakap fasal apa yang ahjussi cakap tadi ke?" Jinsang memerhati jalan raya. Bangku yang mereka kongsi bersama terasa sempit apabila seorang lelaki tiba-tiba duduk di sebelah Jinsang.

Jinsang mengensot mendekati Joohyuk kerana dia tidak mungkin mahu mendekati lelaki itu pula nanti.

"Fasal apa?"

"Kahwin." Sambil menjawab, senyuman maniak itu muncul. Joohyuk naik jenuh melihatnya.

"Saya risau Jinsang, awak baru 19 tahun dan masih muda. Saya risau kalau awak pun akan tinggalkan June macam Ha-"

"Aik, saya tinggalkan awak nak risau pula ya? Awak tinggal tak ada pula awak risau dekat anak awak tu?" Jinsang menyindir pedas.

Lelaki di sebelah Jinsang yang tidak meminati topik mereka terus bangun dan berlalu. Namun, Jinsang tak bergerak menjauhi Joohyuk. Malah, semakin  dekat.

"Macam nilah Jinsang. Bila awak dah 20 tahun, saya akan fikirkan balik tentang ni. Apa yang saya cuba fikir sekarang adalah June perlukan seorang ibu." Jinsang menarik nafas.

"Tapi ahjussi, saya 20 tahun minggu depan."

Joohyuk terdiam. Dia memandang Jinsang lama.

Mereka berkongsi pandangan sehinggalah Jiwon datang dan tiba-tiba menyergah Jinsang.








TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now