A lil bit of author note ;
So guys, Nam Joo Hyuk basically has 10 amount of his Malay Fanfics and we [Beautiful] got #1 Nam Joo Hyuk today. So, thank you for those who always support this fanfiction. ;)
Thank you.
.
Ahjussi, saya kena keluar hari ni.
Pesanan yang ditinggal Jinsang diperhati dengan teliti. Kertas yang mana dikoyak dengan sangat tidak betul itu dibelek depan dan belakang beberapa kali kerana dirinya sedikitpun tidak berpuas hati dengan apa yang disampaikan Jinsang. Joohyuk mahu menelefon namun keberadaan telefon Jinsang menjadi penindih kertas tadi menjelaskan bahawa Jinsang tidak mahu dihubungi.
"Noona dah kenapa, appa?" Junhoe bertanya. Dia membuka penutup saji dan matanya terus cerah melihat keberadaan makanan-makanan lazat yang sememangnya dimasak oleh Jinsang.
"Entahlah. Mungkin dia nak bersendirian." Joohyuk mengangkat bahu. Dia pun bergerak ke meja makan dan mula makan bersama dengan anaknya itu.
"Appa tak rasa noona dah layak untuk jadi isteri appa ke?" Soalan Junhoe menghentikan Joohyuk yang menyuap makanan.
"Makan June. Nanti masuk angin dalam perut tu, kembung nanti. Lepastu sakit. Lepastu, mulalah June nak menangis cari appa dan noona kan?" Joohyuk mengelak dengan sangat bijak.
Junhoe memutar kedua bola matanya. Berasa geram, sayurnya diletak ke dalam pinggan nasi ayahnya itu.
"Aip, June. Makan sayur!" Joohyuk meletakkannya kembali.
Sayur itu terus bertukar pinggan di samping mulut mereka berdua tidak berhenti bertelagah antara satu sama lain.
"Appa tak kahwin dengan noona, June akan benci sayur sampai bila-bila." Junhoe mengugut.
"Eh budak ni. Kalau June taknak makan sayur, appa akan buang televisyen dan tak akan izinkan June ada telefon. Appa akan haramkan June melihat sebarang apapun benda berkaitan dengan Disney." Joohyuk mengugut dengan lebih terancam.
Junhoe terdiam. Matanya mula berair. "Appa jahat. June nak Disney June." Isakan anak lelaki itu semakin kuat.
Joohyuk sudahpun tersenyum kejam. Ayat yang disampaikan anaknya kemudian mendiamkan terus dirinya yang awalnya berpuas hati.
"Salah ke June nak ada seorang ibu?"
Sebaik soalan itu diluah, Junhoe pun turun dari kerusinya, meninggalkan makanan yang baru terusik sedikit. Junhoe berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya dan menutup pintu bilik, meninggalkan Joohyuk yang terpaku dan terkelu dengan tindakan Junhoe tadi.
Joohyuk meletakkan penyepit. Seleranya tiba-tiba hilang. Dengan keluhan berat, dia melangkah ke arah pintu bilik anaknya dan kemudian mengetuk pintu bilik anaknya itu.
"Janganlah risau appa. June minta maaf. June selalu paksa appa. June tak fikir perasaan appa." Jawapan itu kedengaran jelas. Mungkin Junhoe sedang bersandar di pintu biliknya.
Joohyuk mengeluh sekali lagi. "Appa yang tak fikirkan perasaan June. Kalau appa kahwin balik dengan eomma, June nak ke?"
Junhoe yang melayan perasaan itu terdiam. Dia mendongak menatap siling dan matanya kembali mengalirkan air mata.
"Eomma tak sayangkan June pun, kenapa June nak kena terima dia?" Junhoe mengesat air matanya dengan kasar.
Joohyuk bergerak mengambil kunci simpanan. Pintu bilik anaknya dibuka dan Junhoe terus dipeluk erat.
"Maafkan appa. Bagi appa masa, June?"
Junhoe tidak menjawab, jauh sekali hendak mengangguk atau menggeleng. Pelukan ayahnya juga tidak dibalas balik.
Joohyuk yang berasa sedih dengan kedingingan itu hanya meneruskan gerakan tangannya mengusap kepala dan belakang anaknya dengan penuh kasih sayang.
"June nak keluar? Cari Jinsang noona?" Joohyuk mendapat idea.
Junhoe terus mengangguk laju. Dirinya terus tersenyum lebar.
"Nak lah. June rindu sangat dengan noona sebab noona biasanya kejutkan June." Junhoe memanjat naik ke atas bahu ayahnya.
Kedua beranak itupun jatuh berguling ke atas lantai kerana saling bergurau senda.
TBC
YOU ARE READING
[C] Beautiful ; Nam Joo Hyuk
Fiksi PenggemarSikap penyayang Jinsang diuji apabila sebuah keluarga yang diambang kemusnahan memerlukan dirinya lebih daripada orang lain. "Ahjussi kahwin dengan saya, mudah kerja ahjussi." "Jangan nak mengarut sangat, Kim Jinsang." Nam Joo Hyuk | Kim Jinsang | K...