Tag special sebab saya tertinggal dia sebelum ni. Sorry dear ❤
Miss_RoseGoldBtw, esok den pegang bunga mangar dekat sekolah sebab pkp dah nak bersara. 😭😂
.
.
.Junhoe menanti. Sudah hampir empat puluh minit dia menunggu kelibat ayahnya namun tak juga muncul. Telefon diambil dari beg sekolahnya dan ayahnya ditelefon. Namun, tidak pula berangkat.
"Aih, appa ni tahi kucing betul lah." Junhoe menyimpan kembali telefonnya. Dia teringatkan noona Jinsang. Namun, dia teringat juga bahawa Jinsang mempunyai kelas tambahan.
Balik sendiri sajalah.
Junhoe bergerak ke arah bas dan menaikinya dengan selamba. Ramai yang melihatnya dengan pandangan simpati namun Junhoe sedikitpun tidak berasa harus disimpatikan.
Kakinya yang masih kecil itu melangkah keluar dari bas sebaik sahaja bas tersebut tiba di hadapan kawasan apartment. Dia pun menaiki lift dan kemudian masuk ke dalam rumah. Meja makan yang kosong diperhatikan lama.
Dia dahlah tak sempat nak makan rehat di sekolah.
"Appa ni betul ke appa aku.." Junhoe membebel tak suka. Dia melempar beg sekolahnya merata sebelum dia melompat ke atas sofa. Televisyen dipasang dan kemudian dia pun mula tertidur.
Jinsang memerhati jam tangannya. Rambutnya dibetulkan apabila ada angin yang menerpa. Jam tangannya diperhatikan sekali lagi kerana ingatannya tadi terganggu.
"Jinsang, awak dah nak balik ke?"
Jinsang menoleh dan mengangguk pada sahabatnya, Jiwon yang nampak juga hendak pulang. Jiwon merupakan sahabat baiknya. Sahabat satu kepala yang mana buat benda bodoh sama-sama dan benda cerdik sama-sama.
"Jiwon, jumpa esok lah ya. Jangan lupa hantar assignment kita besok. Tinggal bahagian kau je yang kena siapkan." Jinsang mengingatkan.
Jiwon angguk laju.
Jinsang pun menunggang basikalnya ke apartment Nam Joohyuk.
Pintu itu dibuka apabila loceng yang ditekan tidak mendapat respon. Jinsang sedikit terkejut kerana pintu tidak terkunci. Jinsang memerhati sekeliling. Mana Joohyuk? Dia dah pesan suruh balik harini kan?
"Appa~ sakit..."
Jinsang terus panik sebaik suara itu kedengaran. Dia bergerak laju ke arah Junhoe yang sedang terbaring di atas lantai sambil mengamuk. Perutnya dipegang kuat.
"June, June tunggu sekejap. Tunggu noona call appa kamu." Jinsang laju memeluk Junhoe dengan erat. Tangisan si anak kecil itu terus membuatkan matanya berkaca.
Panggilan itu tetap tidak berjawab. Jinsang akhirnya mendukung Junhoe di belakangnya dan kemudian berlari turun ke jalan. Teksi ditahan dan mereka segera bergegas ke hospital.
Jinsang terus disambut ibunya sendiri yang merupakan medical assistent di hospital tersebut. Junhoe dikerah ke ruangan kecemasan. Jinsang terus menelefon Joohyuk sehingga akhirnya panggilan itu terjawab.
"Ya? Ada apa?"
Jinsang menahan segala rasa hati hendak menelan lelaki itu.
"June masuk hospital." Jinsang yang kononnya nak marah itu malah berakhir dengan menangis.
Joohyuk yang mendengar tangisan perempuan tersebut terus mengerling panik pada klien yang memandangnya pelik. Walaupun dia tidak membuat speaker mode, dia yakin tangisan Jinsang terlalu kuat dan mampu didengar mereka dengan jelas.
"Ok, saya pergi hospital sekarang." Joohyuk mematikan talian. "Boleh kita teruskan sampai habis?" Dia bertanya pada para klien.
"Kalau ada yang sakit, tak apalah Encik Joohyuk, kami boleh tunggu. Utamakan keluarga dulu." Klien wanitanya berpesan dengan senyuman ramah. "Apa kata kita jumpa esok?"
Joohyuk terkaku. Sebegitu terukkah dirinya sebagai seorang ayah?
Apabila mana lelaki tinggi lampai tu menjelma di hadapan Jinsang, perempuan yang sudah lama memendam amarah itu terus maju dan menumbuk wajah lelaki itu sekuat yang mampu walaupun ia hanyalah tumbukan yang lemah. Joohyuk seketika terkejut.
"Awak dah kenapa?" Joohyuk menjerkah geram.
Jinsang mencerlungkan matanya tajam ke arah Joohyuk. "Ahjussi tanya saya kenapa? Saya ni, marah sebab June tu hampir mati tahu tak?! Ayah jenis apa ahjussi ni? Ayah saya dulu pun tak sejahat ni tahu! Cubalah jaga sikit anak tu. Kalau dah tak mampu nak jaga dia, bagi saya besarkan dia."
Joohyuk terdiam. Tapi, dia ketawa sinis pada ayat terakhir Jinsang. "Jangan nak berlagak macam awak tu baik sangat. Awak tu budak lagi. Awak tak faham apa yang saya cuba buat untuk keluarga saya."
Jinsang menarik kolar baju Joohyuk, walaupun dia perlu berdiri di atas hujung kakinya untuk itu. "Ahjussi yang tak pandai nak jaga keluarga ahjussi."
Akhirnya, seorang doktor tiba untuk meleraikan dua manusia tersebut.
Joohyuk masih terdiam. Matanya lama memerhatikan Jinsang yang nampak terlebih risau pada Junhoe. Kenapa dengan budak perempuan tu?
"Kena-"
Ayat Joohyuk dipotong. "Jangan bergaduh lagi, tuan." Si doktor cuba menahan.
Joohyuk mengeluh. "Ya, baiklah. Saya nak bercakap dengan dia saja." Dia pun mendekati Jinsang yang sedang bertenang dengan duduk di atas bangku. Joohyuk melabuhkan punggung tepat di sebelah perempuan muda itu.
"Kenapa awak risau sangat dengan June?" Joohyuk bertanya dengan nada perlahan.
"Ahjussi nak tanya tentang tu tapi taknak tanya tentang macam mana keadaan June sekarang?" Sindiran tepat Jinsang terus membuatkan Joohyuk tak senang duduk. Dia yang marah telah pun terlupa dengan tujuan utamanya ke hospital.
"Jadi, dia macam mana?" Joohyuk akhirnya bertanyakan keadaan anaknya.
"Dia alami gastrik. Dia tak makan harini. Sebabtu saya suruh ahjussi balik dan beri dia makan."
Joohyuk terdiam dan tertunduk.
"Ya, saya sedar sekarang." Dia hanya mengakui salahnya.
"Jinsang, apa kata kalau awak bekerja lebih untuk memasak dekat rumah kami? Saya akan bayar lebih. Saya tak tahu memasak." Joohyuk mengeluh.
"Boleh, tapi ahjussi kena janji yang ahjussi akan luangkan lebih masa dekat rumah nanti untuk June. Boleh?"
Joohyuk menelan air liur. "Baiklah."
Jinsang tersenyum. Dia memerhatikan dagu Joohyuk yang sedikit memerah kesab tumbukannnya. "Sakit ke?" Jinsang menunjuk dagu Joohyuk.
Joohyuk menggeleng dengan wajah yakin. "Tangan awak macam bantal squishy saja." Balasan Joohyuk membuatkan Jinsang tertawa kecil.
TBC
Vote and Comment please?
😂

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Beautiful ; Nam Joo Hyuk
FanfictionSikap penyayang Jinsang diuji apabila sebuah keluarga yang diambang kemusnahan memerlukan dirinya lebih daripada orang lain. "Ahjussi kahwin dengan saya, mudah kerja ahjussi." "Jangan nak mengarut sangat, Kim Jinsang." Nam Joo Hyuk | Kim Jinsang | K...