02 |

113 19 50
                                    

Den tulis dalam bahasa melayu ya? Sebab takut ada yang tak faham nanti.  ;)




.
.
.







Remaja perempuan berumur 19 tahun itu memerhati budak lelaki kecil yang sedang menangis di bangku hadapan sekolah. Pintu sekolah kanak-kanak tersebut sudahpun ditutup. Penjaga keselamatan juga tidak kelihatan berada di sekitar kawasan sekitar tempat tersebut.

Jinsang, pemiliki tubuh perempuan tersebut terus melangkah laju ke arah kanak-kanak tersebut, cuba untuk bertanya khabar. Hajatnya, dia mahu mengabaikan kerana risau itu perangkap namun Jinsang tidak boleh mengabaikan kanak-kanak. Itu sama sekali bukan sifatnya.

"Hei, kenapa menangis ni? Appa mana? Eomma?" Jinsang duduk di sebelah budak lelaki tersebut.

"Appa tak nak ambil June." Anak lelaki yang mana mempunyai nama Nam Junhoe di tag namanya itu terus memasamkan muka.

"Ala, kalau noona hantarkan Junhoe balik macam mana?" Jinsang menaikkan keningnya.

"Rumah June jauh."

Jinsang menunjuk basikalnya yang berada tak jauh dari pandangan. "Jangan risau, noona boleh bawa June balik rumah. Umur June berapa?"

Junhoe tersenyum. "6 tahun. Noona?"

"19 tahun." Jinsang mengangkat si kecil Junhoe ke atas tempat duduk penunggang sambil dirinya menuntun basikal tersebut. Basikalnya tak mempunyai tempat duduk kedua, jadi dia tidak boleh menunggang basikal tersebut.

"Noona tak penat ke?" Junhoe bertanya sebaik melihat keringat mula menuruni wajah putih Jinsang.

Jinsang menggeleng laju. "Penat? Mana ada? Noona kuat tahu." Jinsang cuba menunjukkan otot yang jelas-jelas tidak ada. Dia sememangnya insan lemah yang mudah jatuh walau ditiup angin. Macam berlebihan pula.

"Appa June kerja apa?"

"Appa June peguam. Appa selalu dapat kes baru setiap minggu. Jadi, appa sibuk." Junhoe mula meluahkan. "Noona pula macam mana? Appa noona tak ambil noona balik sekolah ke?"

Jinsang sedikit terhibur dengan soalan tersebut. "Noona dah besar lah. Lagipun appa noona dah tak ada. Noona hanya ada eomma. Eomma noona seorang pensyarah di kolej tempat noona belajar."

Junhoe terangguk-angguk.

Mereka pun tiba di hadapan sebuah apartment tinggi yang mana salah satu rumah di atasnya adalah milik ayah Junhoe. Junhoe terus menarik Jinsang untuk masuk ke dalam rumahnya.

Jinsang terpaku.

Memang. Rumah itu sangat mewah. Tapi, bersepahnya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa Jinsang sedih dengan keadaan rumah yang terbiar itu.

"Appa tak balik rumah ke?" Jinsang mula bengang. Tapi, tangannya laju mengutip sampah-sampah lalu dimasukkan ke dalam plastik. Junhoe yang bingung itu mula mengutip sampah sama.

"Appa tak boleh balik lagi. Dah tiga hari appa tak ba-"

Jinsang terkaku sejenak. Junhoe dipandang lama. Malah, Junhoe naik seram melihat Jinsang.

"Mana nombor telefon appa kamu? Biar noona call dan bagitahu dia supaya balik sekarang." Jinsang mencekak pinggang.

Junhoe tersenyum penuh makna. "Noona nak flirting dengan appa June ya?"

Jinsang terus tersedak udara. Terbatuk-batuk dirinya. Mungkin juga faktor habuk membuatkan dirinya terbatuk sampai begitu sekali.

Jinsang menyambut huluran telefon oleh Junhoe. Kemudian contact Idiot Appa yang muncul di skrin membuatkan Jinsang menelan air liur. Dia panggil ayah dia sendiri idiot?

"Annyeong June, appa masih si-"

"Amboi, belum sempat apa dah nak cakap yang ahjussi busy? Ahjussi cuba balik tengok keadaan rumah ahjussi ni. Bersepah. Sampah merata. Makanan merata dan ahjussi dah tinggalkan June sorang-sorang. Mana pula eomma si June ni?" Jinsang terus menengking.

Junhoe agak terkejut.

Lelaki yang berada di hujung talian turut terpaku terkejut. Dipandang telefonnya lama. Siapa pula yang panggil dia ahjussi dan cuba masuk campur urusan keluarga dia?

Lelaki tinggi itu terus bangun dari kerusinya. Tangannya laju menyaut kot hitam ke tubuh segaknya. Tangannya yang satu lagi juga masih setia memegang telefon pada telinga, masih mendengar bebelan si perempuan misteri tersebut.

"Aku balik sekarang. Jangan kau berani apa-apakan anak aku." Lelaki itu keluar dari pejabatnya. Pintu pejabatnya yang mempunyai namanya, Nam Joohyuk di sana turut ditutup.

Pembantunya hanya mengangguk apabila dia memberi isyarat gerakan tubuh pada wanita tersebut supaya menjaga pejabatnya. Syarikat peguam miliknya itu makin giat menumbuh.

Lalu, lelaki berusia dua puluh lapan tahun itu masuk ke dalam kereta mewahnya. Kereta itu dipandu laju ke arah apartmentnya.

Sebaik pintu dibuka, kakinya terpaku pada lantai.

Rumah yang dia tinggalkan bersepah sudahpun kemas dan rapi. Malah, dia turut mendengar suara gelak tawa seorang perempuan dan juga suara anak lelakinya Junhoe.

Joohyuk menutup pintu perlahan-lahan. Dia bergerak perlahan ke dapur.

Pandangan dimana si perempuan asing sedang memasak sambil si kecil Junhoe mengusiknya menerpa mata. Dari mana datangnya perempuan ni?

"Awak siapa? Nak mencuri?" Joohyuk memeluk tubuh. Dia memandang ke bawah. Ya, perempuan tersebut sangat pendek jika dibandingkan dengan dirinya.

Jinsang menoleh dan sedikit terdiam melihat ketampanan ayah tak guna itu. Namun, mengingat apa yang dilakukan lelaki itu pada si Junhoe, hatinya kembali membara.

"Berani nak menuduh saya pula. Ahjussi tahu tak yang anak ahjussi menangis sorang-sorang dekat sekolah sebab ahjussi tak pergi ambil dia!" Jinsang masih menghormati lelaki itu dengan memanggilnya ahjussi, bukan?

Joohyuk terus mencekak pinggang. Kepalanya dipegang. Junhoe dipandang tajam. "Kenapa tak telefon appa suruh ambil?"

Junhoe mula menangis. "Appa yang tak jawab June telefon." Jinsang terus tunduk untuk memujuk si budak kecil itu.

Joohyuk mengerutkan kening. Adakah anaknya menipu? Tadi, si Jinsang menelefon, dia dengar dan angkat. Joohyuk mengeluh, nampakna benar. Si kecil cuba menipunya.

Joohyuk memeriksa sejenak telefonnya. Ya benar. Si kecil Junhoe telah menipunya.

"June, appa tak ajar menipu tahu." Joohyuk melutut pada lantai rumahnya. Kepala Junhoe diusap manja. "Kenapa tak telefon appa?"

Jinsang sedikit kepeningan dengan situasi tersebut. Namun, dia cuba membuat muka tak tahu malu dengan menyambung aktiviti memasaknya. Dia perlu memasakkan sesuatu untuk Junhoe yang katanya kebuluran itu.

"Kalau June telefon pun, appa datang lambat. Tak pun appa suruh June ambil bas dan pulang sendir-"

"Mwoya?!" Jinsang yang mendengar pula naik angin.

Joohyuk memandang lama si Jinsang. "Awak ni siapa? Dah tak ada kerja sangat ke sampai perlu menyibuk urusan keluarga orang?"

Jinsang mendengus. "Saya rasa ahjussi tahu benar kan yang ianya salah untuk seorang ayah mengabaikan anaknya. Ahjussi seorang peguam dan apa yang saya lihat, ahjussi tak cuba mengamati kerjaya ahjussi." Jinsang memeluk tubuh, berlagak hero disana.

Joohyuk mengeluh. "Apa kata awak jadi pengasuh anak saya, wahai cik pendek?"

Jinsang terdiam lama. Wajah Junhoe yang tiba-tiba cerah diperhatikan bersilih ganti dengan wajah ayahnya yang datar dan kosong.

"Gaji berapa?"







TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now