17 |

41 14 11
                                    








"Terima kasihlah ahjussi dah bawa eomma dan saya makan dan berhibur hari ini." Jinsang mengucapkan ayat itu sebaik ibunya sudah menghilang ke dalam rumah.

Junhoe sudahpun tertidur lena di seat belakang dalam kereta. Joohyuk bersandar pada keretanya. Junhoe sesekali dikerling melalui tingkap yang dia telah buka. Mahu memastikan anaknya tidak bergolek jatuh ke bawah.

"Itu hal kecil saja Jinsang. Lagipun, June pun bahagia keluar hari ni." Joohyuk memeluk tubuh. "Awak, taknak balik rumah kita? I mean, rumah saya.?" Joohyuk terus memalingkan wajahnya apabila dia dengan mudahnya tersasul.

"Rumah kita? Hmm, kalau awak tak betulkan ayat awak tadi, mungkin saya akan balik rumah kita." Jinsang mula mengusik. Wajahnya jelas tersenyum atau menyeringai kerana Joohyuk nampak serba salah.

"Tak apalah, mana tahu awak nak rehat dan luang masa dengan eomma awak kan? By the way, Hani telefon saya dan beritahu yang perkahwinan dia dengan Yunhyeong akan diteruskan. Mereka akan kahwin minggu depan dan kita dijemput." Joohyuk mula berbicara.

Jinsang membulatkan matanya. "Baru haritu kata tak jadi kahwin. Dah jadi kahwin balik?" Jinsang mengeluh. Macam-macam karenah wanita itu. Entah kenapa, dia berasa agak lega kerana Hani setuju untuk berkahwin dengan Yunhyeong.

"Masalahnya, dia nak minta ganti jaga June. Dia cakap dia nak bagi saya jaga June seminggu saja. Lepastu, dia jaga tiga minggu dalam sebulan." Joohyuk menarik nafas panjang.

Jinsang terdiam.

"Jinsang, saya-" Joohyuk mengeluh. Dia menarik nafas sekali lagi. Dia menoleh ke sekeliling sebelum dia kembali memandang Jinsang.

Jinsang menanti dengan sabar. Dia memeluk tubuh dengan wajah serius.

"Saya nak awak tolong saya. Saya taknak dia jaga June selama tu. Dia tak pernah jaga anak pun tapi nak jaga June bila June dah besar. Macam-macam boleh jadi. Awak boleh tolong saya tak kalau saya nak heret kes ni masuk mahkamah.?"

Jinsang mengeluh panjang. "Ahjussi, saya akan sentiasa ada dengan ahjussi dan June walau bagaimanapun keadaan ahjussi dan June dan mestilah saya akan tolong ahjussi. Tapi, saya rasa lebih baik untuk beri dia peluang dulu untuk jaga June kerana dia ada hak walau sebagaimana teruknya perangai dia dahulu."

"Saya risau nak beri peluang dekat dia, Jinsang. Hani tu bukannya boleh percaya sangat." Joohyuk menambah lagi.

"Ahjussi, cuba dulu. Baru bertindak." Jinsang melangkah mendekati Joohyuk. Bahu lelaki itu ditepuk tiga kali dengan lembut sebelum dia berundur. "Baliklah ahjussi, kesian June tidur dalam kereta."

"Ok. Selamat malam Jinsang." Joohyuk melambaikan tangannya sebelum dia dengan beratnya melangkah masuk ke dalam kereta mewahnya.

Jinsang angguk dengan wajah gembira. "Selamat malam ahjussi. Jangan lupa suruh June gosok gigi dulu. Tadi, dia makan banyak sangat keju."

Joohyuk tersenyum dan mengangguk. Dia melambai sekali lagi sebelum enjin keretanya mula berderum menandakan dia mula meninggalkan kawasan rumaha itu. Jinsang memandang kereta Joohyuk yang menghilang dengan pandangan sayu.

Hani mahu menjaga Junhoe tiga minggu dalam sebulan? Jangan harap dia akan izinkan wanita itu berbuat demikian. Di fikirannya hanya satu, Joohyuk perlu cepat-cepat mengahwini dirinya supaya dia dapat masuk campur dengan lebih adil di dalam masalah keluarga itu.

"Jinsang, masuklah. Lama sangat melamun. Eomma rasa Joohyuk dah sampai rumah dia dah pun selama kamu melamun." Puan Kim melaung dari pintu rumah.

Jinsang tersengih. Dirinya terus berlari anak masuk ke dalam rumah.

TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now