07 |

59 10 45
                                    




"Macam mana dia boleh dengan bahagianya nak kahwin sedangkan June dia abaikan macam tu?" Jinsang memeluk tubuh, geram. Dia tidak berhenti berputar di dalam rumah itu sambil membebel kepada Hani.

Joohyuk hanya menonton rancangan memasak di televisyen walaupun dia tidak suka memasak. Dia sesekali perlu mengalih kepalanya apabila Jinsang melalui kawasan hadapannya, menghalang pandangannya daripada televisyen. Berlakon fokus pada televisyen.

"Ya! Ahjussi dengar tak apa saya cakap?" Jinsang mendengus melihat Joohyuk begitu.

Dengan laju, plag televisyen dicabut dari sumber elektrik, memadamkan televisyen tersebut. Joohyuk merenung Jinsang lama. Apa masalah budak ni?

"Biarlah dia nak buat apa pun. Kami berdua memang dah tahu perangai dia tu." Joohyuk membuat jawapan ringkas. Dia bangun hendak menyambung semula plag namun Jinsang menolaknya jatuh kembali ke atas sofa.

Dengan memakai pakaian Joohyuk, Jinsang nampak sangat pelik. Malah, sedikit tampak seperti orang tidak siuman.

"Ahjussi dengar dulu apa yang saya nak cakap ni." Jinsang memeluk tubuh. Setelah kakinya mula berasa lenguh, dia pun duduk di sebelah Joohyuk.

"Apa dia, Jinsang?" Joohyuk mengeluh. Dia akhirnya memandang perempuan itu.

"Kita kena buat dia sedar yang dia seorang ibu yang teruk. June masih perlukan kasih sayang dia tahu." Jinsang mengeluarkan telefonnya. "Bagi saya number dia, biar saya hantar video bermoral dekat dia."

Joohyuk menepuk dahi. Jinsang ni terlalu protektif terhadap anaknya pula. "Jinsang, apa yang awak cuba buat ni, awak tak rasa berlebihan ke? Awak dah mula menganggu privasi keluarga saya, tahu tak?"

Jinsang akhirnya terdiam. Benarkah?

"Apa kata, awak cuba tenangkan jiwa muda awak tu.?" Joohyuk menarik nafas panjang. "Awak masih muda. Payah untuk awak faham apa yang saya sedang alami dengan bekas isteri saya, Hani. June pun lebih memahami sebab dia dah lama tinggal dengan kami berdua."

Jinsang masih tidak begitu berpuas hati. Dia menunduk lama sebelum mendongak. "Keadaan rumah ni teruk gila waktu saya mula-mula datang, tahu. Saya risau bukan main dekat June sebab saya sangka ayah dia sebenarnya dah tiada dan dia alami sakit mental. Rupanya ayah dia yang agak mental sebab biarkan anak hidup sendiri. Mungkin ya, ahjussi cakap June pandai jaga diri. Tapi, bagaimana dengan perasaan dia? Mental dia?"

Jinsang mengeluh. "Mungkin ahjussi akan anggap saya cuba menyibuk tepi kain orang. Tapi, saya pernah alami situasi June. Dulu, kedua ibu bapa saya abaikan saya sampai mereka taknak percaya walau saya cakap saya dibuli di sekolah. Sampailah, Jiwon hantar video saya dibuli dekat mereka, barulah mereka percaya. Tapi, baru saja mereka mula nak jaga saya, appa saya meninggal. Eomma saya terkejut. Dia abaikan saya selama setahun sebelum dia mula betul-betul berubah."

Joohyuk terdiam.

"Kalau ahjussi tak nak jaga dia, biar saya jaga dia."

Joohyuk menaikkan kening. "Dia anak saya, Jinsang."

"Apa kata ahjussi jadikan June anak saya juga?" Jinsang mengecilkan matanya saat berkata.

Joohyuk mengerutkan kening, berasa pelik dan juga tidak faham apa yang dimaksudkan Jinsang. "Maksud awak?"

"Ahjussi kahwin dengan saya. Automatik lah saya jadi mak June. Mak tiri, tapi tak apalah. As long as mum." Jinsang menawarkan dengan suara datar.

Joohyuk pula sudah hampir mahu pengsan mendengarnya. "Tengoklah betapa tak matangnya diri awak, Jinsang. Awak ingat ni benda main-main ke? Jadi saja pengasuh June sampai dia dah umur 12 tahun."

Jinsang mengeluh. "Saya bukan tak matang. Saya bukan main-main. Ahjussi baru sahaja suruh saya jaga June untuk 6 tahun lagi, takkanlah ahjussi taknak kahwin sepanjang tempoh tu?"

Joohyuk mengeluh. "Dahlah, Jinsang. Cuba awak balik berfikir dulu. Jangan main sergah sahaja apa yang awak nak. Saya takkan kahwin dengan awak." Joohyuk bangun dan bergerak ke bilik tidurnya.

"Tapi, ramai lah yang nak kahwin dengan saya." Jinsang berbisik perlahan. Dia mengeluh. Adakah dia terlalu bertindak jauh dan tidak matang?

Bukankah tindakannya ini terbaik untuk Junhoe? Atau, dia memang menyibuk dalam keluarga ini? Adakah dia perlu berhenti kerja? Tapi, gajinya lumayan pula.

"Jinsang, kenapa baju saya berterabur ni?"

Jinsang terus menepuk dahi sebaik laungan Joohyuk kedengaran.

Jinsang yang mencari pakaian Joohyuk tadi hanya melempar keluar semua pakaian Joohyuk yang dia tidak berkenan dan dia terlupa hendak menyimpan.

"Oh ya ya. Sabar! Sabar!"







Junhoe menendang tin dan kemudian membuat aksi Bruce Lee. Dia sedang menuju ke perpustakaan. Bukanlah untuk membaca tetapi untuk bermain permainan kad dan juga papan di perpustakaan yang menyediakan khidmat tersebut.

"June, kami dengar eomma kau nak kahwin dengan appa aku." Chanwoo pelajar yang lebih tua setahun menegur. Di tangannya terdapat sebuah kotak kayu yang berisi guli.

Suara itu membuatkan Junhoe menoleh. Junhoe hendak berlalu, mahu mengabaikan namun kepalanya dibaling kotak kayu yang keras oleh lelaki yang lebih tua setahun itu.

Junhoe terus memegang kepalanya. Tangannya yang berdarah ditenung sebelum dia jatuh ke tanah dan mula hilang kesedarannya. Chanwoo yang panik memandang sekeliling dan kemudian terus berlari menjauh dari kawasan tersebut.

Guru yang kebetulan lalu terus terjerit panik.

"Telefon ayah Nam Junhoe sekarang. Eh,ambulans sekali!" Laungannya mendapat sambutan oleh guru lain yang berada di belakangnya.

"Cepat, kepala dia makin kuat berdarah."




TBC




June 😭

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now