03 |

83 14 50
                                    



"Noona kenapa tak tinggal sini terus?"

Soalan yang terbit dari mulut Junhoe menarik perhatian Jinsang yang sedang memasak dan juga Joohyuk yang sedang menyelesaikan beberapa dokumen di meja kerjanya.

Meja kerja lelaki itu berada tepat di hadapan pintu utama rumah tersebut. Di tengah-tengah ruang luas itu terdapat meja dan sofa. Bersebelahan dengan ruang tersebut pula terdapat meja makan dan kemudian dapur yang sangat simple namun mewah.

Rumah tersebut mempunyai tiga buah bilik. Dua bilik tidur dan satu lagi digunakan sebagai stor. Satu bilik tidur mempunyai bilik air dan tandas sendiri. Terdapat juga satu bilik air dan tandas yang lain yang duduk di kawasan luar dan tidak berada di dalam bilik tidur.

"Noona kena duduk dengan eomma noona juga dekat rumah." Jinsang menjawab lalu mencuba masakannya. "June, mari cuba masakan noona."

Junhoe berlari ceria ke arah Jinsang. Jinsang meniup sudu itu terlebih dahulu sebelum disuap kepada Junhoe. Sebaik sahaja lidah si kecil merasa masakan tersebut, wajahnya terus bersinar.

"Wah, noona pandai masak. Sedap! Lagi sedap dari eomma." Junhoe berkata kuat.

Joohyuk mengerutkan keningnya. Dahsyat sungguh anaknya Junhoe.







"Ahjussi, esok ahjussi boleh duduk dekat rumah jaga June tak? Sebab saya ada kelas tambahan esok dengan lecturer." Jinsang mengeluarkan pertanyaannya. Dia sudahpun bersiap untuk pulang ke rumahnya kerana tugas memasaknya sudah selesai.

"Tengoklah. Saya tak boleh janji. Dah nak balik ke? Duduk dulu. Kita makan." Joohyuk bangun dari meja kerjanya. Tubuh pendek Jinsang diiring perlahan ke meja makan.

Junhoe terus kelihatan teruja. "Yeay, noona makan sini."

Jinsang hanya menahan dirinya daripada tersenyum lebih lebar. Joohyuk dikerling sekilas. Lelaki itu terlampau tinggi. Jinsang perlu mendongak banyak untuk sekadar melihat lelaki itu.

"Ahjussi punya syarikat dekat mana ya? Mana tahulah ada kecemasan ke apa, bolehlah saya pergi syarikat ahjussi." Jinsang mula makan. Dia tidak sangka masakannya terasa sangat enak. Mungkin kerana dia ikhlas memasakkan itu untuk Junhoe.

"Syarikat Peguaman Nam. Tak kenal?" Joohyuk mengambil penyepit dan mula menyepit makanan ke dalam mulutnya. Matanya memerhati Jinsang yang tanpa keberatan melayan karenah Junhoe ketika makan.

"Oh, kenal sangat!" Jinsang tersenyum. Dia bertukar pandangan dengan Joohyuk. Lelaki itu hanya mengangguk sebelum dia menunduk dan kembali makan.

"Esok ahjussi jangan lupa tahu, ambil June lepastu masak untuk dia." Jinsang berpesan dengan teliti. Janganlah dia mengulang perkara sama pula.

Joohyuk tidak menjawab. Kalau dia tak dapat pulang pun, Junhoe pandai bawa diri. Jinsang ni melebih-lebih pula.

Setelah mereka selesai makan, Jinsang menunggu hendak membasuh pinggan namun Joohyuk terus menegah. "Dah lewat ni. Pergi basuh pinggan dekat rumah awak pula. Ni, biar saya yang basuh."

Jinsang mengangkat kening. "Ahjussi pandai ke basuh pinggan? Haritu saya hantar June balik, sink tu penuh pinggan. Beribu yang berkulat."

Joohyuk memeluk tubuh. Matanya dikecilkan untuk menatap Jinsang.

"Pandai-pandai je seribu bagai. Saya tak sempat nak balik rumah. Sibuk. Awak ni budak-budak lagi, tak akan faham."

Jinsang mengeluh. "Mungkin bagi ahjussi saya ni macam budak sekolah yang kecil kecil tu lagi. Tapi, saya 19 tahun. Saya seorang yang dewasa sekarang. Saya pernah lalui apa yang June lalui sekarang. Saya taknak June akan alami hidup yang sama yang macam saya pernah alami. Selagi ada peluang, jagalah June baik-baik."

Jinsang terus menarik begnya yang berada di sofa lalu digalas di atas bahu kanannya.

"Saya balik dulu. June, noona balik dulu. Bye!"

Junhoe sempat memeluk Jinsang sebelum tubuh halus itu menghilang disebalik pintu.

Joohyuk menatap rumahnya yang nampak sangat kemas dan stabil. Semenjak Jinsang diupah menjadi pengasuh Junhoe, semuanya sangat stabil dan terkawal.

"June, taknak tidur lagi ke?" Joohyuk melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu tangannya laju mengambil remote dan menyalakan channel kegemarannya sebelum sempat Junhoe merampas remote tersebut.

"Appa! June nak tengok Disney."

Joohyuk terus menggeleng. "Andwae. June tu budak lelaki. Mana boleh tengok cerita lembik Snow White apa semua tu. Mari, layan besball dengan appa."

Junhoe menhentak kaki ke lantai namun dia tetap bergerak untuk melekat dengan manja di sisi ayahnya yang sudah lama tidak meluangkan masa dengannya itu. Junhoe memerhatikan semua pemain.

"Appa, kenapa dia main besbal jugak? Gigi dia jongang lah." Junhoe menunjukkan seorang pemain yang sememangnya memiliki gigi atas yang agak maju ke hadapan.

"Amboi June. Jangan menilai seseorang tu dari paras rupa tau. Bakat tu penting." Joohyuk menepuk geram bahu anaknya yang selalu bercakap sesuka hati itu.

"Patutlah appa masih suka eomma walau eomma tak cantik."

Joohyuk hampir tersedak angin dengan kata-kata anaknya. Mahu sahaja dia ketawa besar. Namun, dia tetap perlu mendidik Junhoe untuk menghormati si ibunya juga.

"Tak baik lah June. Eomma tu ibu kamu. Kena hormat." Joohyuk mengusap manja kepala anaknya.

Junhoe mengeluh. "Appa yang jaga June pun June tak hormat, kenapa June kena hormat dia yang tak jaga June?"

Joohyuk hampir saja mati mendengar balasan anaknya itu. Dia terus memeluk anaknya yang mula nampak sedih setelah selesai berkata seperti itu.

"Jangan fikir macam tu, June. Tak baik. Walau jahat macam manapun mulut June, June tak boleh jahat sangat." Joohyuk menggeleng-geleng. "Marilah kita tengok Disney, mana tahu baik sikit mulut anak appa ni bila bercakap."

Junhoe tersenyum lebar. "Sayang appa!"

Kemudian, The Red Mermaid pun terlayar pada skrin besar televisyen mahal itu.










TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now