14 |

63 14 28
                                    








Joohyuk dari tadi menahan marah. Jinsang dan Junhoe yang hendak keluar melarangnya memandu kereta dan malah mengarahnya itu ini. Bermula daripada Jinsang yang menengkingnya tiba-tiba kerana ingin memandu kereta.

Alasan Jinsang ialah kereta boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Kemudian, Junhoe pula yang mula meragam hendak itu ini. Dibelikan air Cola dia meminta Pepsi. Dibelikan Pepsi, dia mahu soda pula. Akhir sekali, Joohyuk memarahi anaknya itu kerana meminum minuman yang mempunyai kandungan gula yang terlebih tinggi.

Kini, Joohyuk sedang berjalan di belakang. Tangannya penuh dengan makanan dan snek yang diminta oleh Jinsang dan Junhoe. Mereka bertiga berjalan ke arah sungai Han yang hanya dicerahi dengan lampu jalan dan juga lampu khasnya sendiri.

Wajah Joohyuk masih masam sehinggalah pandangannya tiba-tiba gelap kerana ada dua tangan yang menutup matanya. Dia yakin itu tangan Jinsang. Namun, dia kasihan pada Jinsang yang nampak kelelahan cuba untuk mencapai ketinggian matanya.

"Ahjussi, ahjussi rasa kenapa saya tutup mata ahjussi?"

Akhirnya Joohyuk sedar bahawa dia masih belum memikirkan kenapa Jinsang tiba-tiba menutup matanya. "Awak nak culik saya?"

Jinsang terus melepaskan tangannya. Wajahnya jelas tidak suka dengan jawapan Joohyuk. Junhoe sudahpun hilang dari pandangan.

Joohyuk yang mahu panik lebih terkejut apabila letupan mercun tiba-tiba berlaku di udara berdekatan sungai tersebut. Kemudian, namanya muncul dari letupan mercun tersebut membuatkan Joohyuk terkaku.

Dia menoleh sejenak pada Jinsang yang sedang tersenyum ke arahnya.

Kemudian, Joohyuk meneruskan untuk melihat.

"Selamat Hari Lahir?" Joohyuk bertanya. Wajahnya biasa dan tenang namun tiada siapa boleh gambarkan bahawa dia terlampau bahagia dengan kejutan ini.

Kemudian, lampu yang berwarna-warni tiba-tiba menyala di kiri mereka. Sebuah khemah yang berhias cantik dengan lampu kelip kelip terus memenuhi ruang mata Joohyuk. Dia terpegun.

Dia tambah terpegun melihat Junhoe keluar daripada khemah tersebut dengan membawa kek di tangannya. Kek yang saiznya sederhana dan comel dihias dengan tiga huruf J.

Mungkin ianya adalah Joohyuk, Junhoe dan Jinsang.

"Selamat Hari Lahir, ahjussi." Jinsang terus memeluk Joohyuk yang tiba-tiba mula menangis apabila Junhoe memulakan nyanyian ucapan selamat hari lahir. "Janga sedih. Saya tahu, ni kali pertama ahjussi sambut hari lahir kan?"

Joohyuk mengangguk sambil membalas pelukan Jinsang. Bayangan kenangan lama ketika kecilnya di mana dia dibesarkan di panti asuhan rumah anak yatim terus mendatang ke mindanya. Ya, dia anak yatim piatu yang dibesarkan tanpa kasih sayang yang cukup di rumah anak yatim.

"Appa, sudah-sudah lah tu menangis. Macam budak-budak. Ni, tiup lilin yang banyak ni. Dah tua kena lah letak banyak lilin." Junhoe mengangkat kek dengan lebih tinggi namun Joohyuk melutut pula di hadapan anaknya itu.

"Gomawo, anak appa." Joohyuk tersenyum sebelum dia mula meniup lilin.

Jinsang yang turut berasa terharu berundur sejenak untuk mengelap matanya yang agak berair. Dia tersenyum lebar namun matanya malah mula mengalirkan air mata.

"Jinsang, terima kasih sebab berikan pengalaman ni untuk saya." Joohyuk berkata dengan senyuman manis.

Jinsang angkat bahu. "June yang bagitahu hari lahir ahjussi tu kelmarin so saya fikir kenapa tak sambut kan? Maaflah dera ahjussi macam-macam tadi. Maaf juga sebab selama ni saya suka cakap lepas macam tak ada adab pula." Jinsang menunduk.

Junhoe angguk setuju. "June pun, appa. Tapi, kan appa? June rasa appa layak terima apa pun yang June pernah cakap dekat appa."

Lalu, muka Junhoe terus penuh dengan krim yang disalut oleh tangan ayahnya.

Kemudian, mereka bertiga mula berkejar-kejaran di situ.




TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now