16 |

52 12 21
                                    







Kedua ayah dan anak itu berdiri tegak bak tiang lampu di hadapan rumah Jinsang yang kosong. Setelah lama berdiri bak tiang, keduanya menoleh ke arah seorang lelaki yang memandang mereka hairan.

"Encik cari Puan Kim ke?" Soalannya diangguk laju oleh Joohyuk.

"Hyung tahu ke mana Jinsang noona?" Junhoe bertanya laju.

"Hari ni adalah tarikh keramat bagi mereka berdua. Hari dimana mereka kehilangan Kim Donghyuk, abang Jinsang. Nak saya bawa ke tempat mereka berada sekarang?" Lelaki itu menerangkan dan bertanya dengan sopan.

Joohyuk dan Junhoe awalnya terdiam sebelum keduanya mengangguk.











Lelaki baik itu yang mana bernama Kim Hanbin menghentikan keretanya di hadapan kawasan pemakaman. Kemudian dia pun melambai dari dalam kereta sebelum keretanya menjauh meninggalkan kereta Joohyuk di kawasan itu.

Joohyuk membawa Junhoe keluar dari kereta dan keduanya terdiam sebaik melihat kelibat Jinsang sedang menguruskan makam abangnya, Donghyuk. Ibunya pula sedang berbicara entah apa topiknya.

Keduanya mendekati Jinsang dan ibunya. Jinsang sememangnya terkejut dengan kehadiran mereka berdua.

"Noona!" Junhoe teruja.

Jinsang tersenyum lebar. Dia menatap Joohyuk yang memberikannya senyuman halus. Jinsang membalas senyuman itu dengan senyuman yang lebih lebar manakala Junhoe yang memandang ayahnya dan Jinsang terus bersiul teruja.

"June dah nak dapat eomma baru ke?" Soalan Junhoe membuahkan tawa keduanya.

Puan Kim bangkit dari duduknya dan merenung Joohyuk dari atas ke bawah. "Ni bos kamu yang kamu suka tu ya, Jinsang?"

Oh, ibu. Kenapa ibu? Kenapa?

Rahsia perempuan yang sudahpun jelas itu terbongkar dengan lebih jelas lagi.










"Sedap ya benda keju ni." Puan Kim mengomen sambil mengunyah kepingan keju yang awalnya diletak di atas ramennya yang baru panas.

Kedai makan tersebut sangat penuh dengan pengunjung jadi mereka berempat memilih untuk duduk di kawasan yang agak hujung supaya tidak begitu menjadi perhatian. Joohyuk yang mengajak mereka berdua untuk makan bersama. Awalnya dia mahu menjemput mereka memakan makanan yang lazat dan mewah namun Jinsang pula yang teruja menyuruhnya berhenti di kedai makan tersebut.

"Eomma, eomma dah makan enam keping cheese tu. Dah dah lah tu eomma. Karang eomma pula yang jadi pesakit dekat hospital." Jinsang berkata risau. Asal dia mahu menarik piring keju, ibunya pasti meminta tambah.

Joohyuk hanya tersenyum melihat karenah keduanya manakala Junhoe pula duduk dengan sangat diam dan memerhati Jinsang yang berhubung dengan ibunya. "Noona, mesti gembira kan ada ibu?" Soalan itu terus menghentikan Puan Kim daripada memakan cheese yang ke tujuh.

"Mestilah gembira. Tapi, June. Apa yang kamu kena sedar ialah syukuri apa yang kita ada. Walaupun kamu tak ada eomma yang nak jaga kamu, kamu masih ada appa yang kacak dan penyayang lagi." Puan Kim berbicara matang.

Junhoe mengerling ayahnya dan kemudian Jinsang.

"Appa penyayang? Biar betul?" Junhoe menyindir perlahan. Dia pun terus laju memakan fries dan juga sosej bakar miliknya.

Jinsang mengerling ke arah Joohyuk yang nampak tersinggung. Jinsang tersenyum kecil. Setelah lama berfikir cara untuk menceriakan keadaan, dia pun mendapat idea.

"Jom kita buat ramen challenge?"

Soalan itu membuatkan Joohyuk mengerutkan kening manakala Puan Kim pula sudah bersinar matanya, teruja untuk melaksanakan challenge tersebut.

"Tak bagus untuk perut lah." Joohyuk menegur dengan tidak suka.

Puan Kim yang bakal dinaik pangkat menjadi ketua pengurus hal perubatan itu terus sentap dengan teguran itu.

"Yalah, Jinsang. Bahaya untuk kita. Erm, Joohyuk, kamu tahu tak? Jinsang ni sebenarnya ada yang suka dekat dia. Lelaki yang hantar kamu dan June tadi, Hanbin. Dia lah yang minat dekat Jinsang kamu ni."

Joohyuk terdiam. Sejak bila ada istilah 'Jinsang kamu' ?

Joohyuk mengalih pandangan untuk memandang Jinsang yang tampak malu-malu.

"Hyung tadi suka noona? Ish, mana bolehla. Appa dah ada." Junhoe memprotes secara terus terang.

Jinsang pun tersedak ramennya. Puan Kim dengan agresif memukul belakang anaknya dan hal itu berjaya mengeluarkan satu ramen panjang yang tidak sempat Jinsang gigit.

"Waw." Junhoe tergamam.



TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now