06 |

73 13 48
                                    




"Awal sangat jam kamu berbunyi pagi tadi, Jinsang. Kamunya lewat juga bangun." Puan Kim memeluk tubuh sambil memerhati anak perempuannya yang kalut memasak di dapur.

Jinsang hanya tersengih. Cubaan kali pertama biasanya kurang berjaya tapi dia yakin dia boleh berjaya dengan cubaan kali kedua. Masakan yang siap dimasukkan ke dalam bekas bekal makanan. Empat semuanya. Satu untuknya. Satu untuk Jiwon dan dua lagi untuk Joohyuk dan Junhoe.

Dan masakan yang masih ada dia tinggalkan untuk ibunya.

"Banyak lah duit kamu lepas ni Jinsang kerja dengan bos baru tu." Puan Kim membantu anaknya menyejukkan makanan supaya mereka dapat menutup bekas makanan dengan lebih cepat.

"Boleh lah eomma untuk bantu eomma dan tampung pengajian Jinsang." Jinsang memasukkan setiap dua ke dalam plastik berwarna pink yang berlainan.

"Jinsang, nak pergi dulu eomma. Jaga diri tau. Nanti Jinsang singgah kedai balik kerja nanti. Rasanya Jinsang boleh balik awal harini. Mungkin pukul 6 Jinsang dah boleh balik rumah." Jinsang tersenyum lebar.

Puan Kim hanya mengangguk. "Yelah, yelah. Cepatlah pergi kolej sana. Belajar baik-baik."






Jinsang menekan loceng namun belum sempat dia menekan untuk lebih lama, pintu sudahpun terbuka dari dalam. Wajah Joohyuk yang kusut masai menyambut dirinya.

"Ahjussi ni baru balik hutan ke apa?" Tanpa menunggu ajakan, Jinsang sudah terlebih dahulu masuk. Malah, dia melepasi Joohyuk begitu sahaja sehingga Joohyuk pun agak tidak percaya.

"Mengarutlah kau ni."

Amboi, aku-kau pula dah. Dia ingat dia kembali muda ke apa? Jinsang menggeleng laju. Dia meletakkan plastik bekal makanan di atas meja makan. Bunyi Junhoe yang menyanyi di bilik mandi membuatnya tersenyum.

"Ahjussi okay ke tak ni?" Jinsang menoleh, memerhatikan Joohyuk yang agak terhuyung-hayang. Wajahnya agak pucat. Rambutnya kusut masai. Pakaiannya pula nampak comot sana dan sini.

Jinsang meletakkan beg nya ke atas kerusi dan mendekati lelaki itu.

Joohyuk memegang kepalanya. "Sebenarnya, semalam.. Aku pergi makan makanan yang dah expired. Banyak pula-"

D U N G !

Lelaki itu jatuh ke lantai. Jinsang sebenarnya sangat sedar lelaki itu ingin tumbang namun dia malas hendak menyambut. Karang nanti dia terjatuh sama tak ke jadi scene drama pula.

Jinsang memerhati Joohyuk. Nampaknya Joohyuk betul-betul pengsan. Jinsang sedikit berasa risau. Dengan susah payah, tangannya mengheret tangan Joohyuk ke arah sofa. Kemudian, dia menarik kepala lelaki itu supaya berbaring di atas sofa dan kemudian kedua kakinya.

"Ya tuhan, lelaki tua ni tak pandai jaga diri ke apa." Jinsang bingung mahu berbuat apa. Perlukah dia membawa Joohyuk ke hospital? Dia malas sebenarnya.

Junhoe keluar dari bilik mandi dengan tuala besar yang membalut tubuhnya. "Appa dah mati ke?"

Jinsang memandang Junhoe tak percaya. "Ish anak jenis apa pula budak ni. Kenapa dengan appa kamu ni, June?" Jinsang mencekak pinggang. Keluarga ini sangat hebat.

"Biarkan saja dia macam tu. Dia nak demam lah tu sebab makan expired food. Lepastu, mungkin dia akan muntah bila dia bangun nanti. Appa memang macam tu." Junhoe bergerak ke bilik tidurnya dan mula menyarung pakaian sekolahnya.

Dia kemudian bergerak ke meja makan. "Ni bekal noona bawa untuk kami ke?" Junhoe bertanya dengan nada teruja kanak-kanaknya. Melihat masakan Jinsang, dia memang naik mood semacam.

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now