09 |

74 11 51
                                    








"Chanu baling kotak dekat June? Macam tu? Lepastu anak appa terus pengsan? Alah, lembiknya anak appa." Joohyuk mengejek anaknya dengan nada bergurau.

Junhoe mencebik. "Kotak tu ada guli dekat dalam. Beratnya June seorang saja yang tahu. Kalau appa kena, appa pun akan tahu."

"Jadi, June nak appa saman budak tu?" Joohyuk tertawa kecil sebelum bertanya.

Junhoe membuka pintu rumah mereka dan kemudian melangkah masuk. "Yelah, kalau tak apa gunanya appa jadi peguam kalau anal sendiri pun tak boleh nak bela."

Ayat itu tajam menusuk hati Joohyuk. Joohyuk tersengih menahan malu pada anaknya itu. Menyedar kehadiran Jinsang di dalam rumah itu, Joohyuk terus hilang senyumannya. Dia yang menunduk hendak mengangkat Junhoe ke biliknya terus bangun dan memandang ke arah lain.

Ayat Jinsang yang tidak matang hendak mengahwininya itu masih dia ingat satu per satu. Sangat tak masuk akal. Malah, dia berasa kurang selesa hendak memperkerjakan perempuan itu di rumahnya sekarang.

"Saya dah masak, ahjussi bawalah June makan. Saya pergi dulu ya?" Jinsang pula begitu dingin hari ini. Suaranya jelas perlahan dan tidak berapa ingin keluar dari anak tekaknya.

"Noona nak pergi mana? Dahlah eomma pun dah tinggal June. Noona nak tinggalkan June juga ke?" Soalan Junhoe terus menggam kaki Jinsang pada lantai dingin itu.

"Tak lah. Noona ada kerja." Jinsang bergerak ke arah Junhoe. Wajah lelaki itu diusap dengan lembut. "June cepat sembuh tahu." Kepala Junhoe diusap lembut dengan penuh kasih sayang.

"Awak nak pergi mana?" Soalan dari Joohyuk diabaikan. Jinsang hanya tersenyum kelat pada lelaki itu sebelum dia mula menghilang di sebalik pintu.

Junhoe mendongak memandang appanya. "June ni memang semua benci ke appa? June menyusahkan ke?"

"Aih, jangan cakap macam tu." Joohyuk menarik Junhoe lalu kepala anaknya diusap laju dan dikucup berkali-kali. "Adalah tu kerja noona kamu tu. Kita makan ya? Jinsang dah masak tu." Joohyuk memuncungkan mulutnya ke arah makanan yang penuh terhidang di meja makan.

"Jom. Tapi, tak best lah Jinsang noona tak ada. June tak nak makan sayur kalau noona tak ada." Junhoe memeluk tubuh tapi dirinya tetap bergerak ke meja makan. Joohyuk hanya tersenyum sendiri.

"Kalau appa bawa June pergi tengok Frozen lagi, June masih tak nak makan sayur?" Joohyuk tersenyum penuh makna.

Junhoe terus terdiam. Matanya bersinar kali ini.

"NAK FROZEN. BAIKLAH, JUNE AKAN MAKAN SAYUR. SAYUR APPA PUN JUNE SANGGUP MAKAN."

Joohyuk tersenyum lebar. Dia pun mengambil pengepit dan mula mengepit sayur-sayuran masuk ke dalam pinggannya dan pinggan Junhoe.

"Appa, betul ke appa nak bawa June tengok Frozen? Appa kan busy?" Junhoe tidak yakin pula. Malah, tangannya keberatan hendak menyepit sayuran.

"A- Ya, Appa akan bawa June." Joohyuk yang mula-mula keberatan terus merubah wajahnya. "June, nak jumpa eomma tak?"

Junhoe terdiam. Dia menggeleng. "Tak nak. Nanti eomma marah June lagi."

Joohyuk menggeleng. "Eomma marah June sebab June nakal. June tak boleh cakap kasar dengan eomma tau? Eomma June tu bukan macam appa. Bukan macam Jinsang noona. Dia sensitif. June sayang eomma June lagi tak?"

"Kalau June tanya appa sayang eomma lagi ke tak, apa jawapan appa?" Junhoe malah memutarbelitkan soalan. Joohyuk hanya mengeluh dengan kata-kata anaknya itu.










Seminggu telahpun berlalu, Joohyuk masih belum menunaikan janjinya untuk menonton filem Frozen di wayang. Kemudian, Jinsang pula telah menghilang selama seminggu itu. Joohyuk sibuk dengan kerjanya tapi Jinsang pula membuat hal dengan tidak memunculkan diri di tempat kerja. Junhoe sudah mula merajuk-rajuk mahukan Jinsang.

Masakan Jinsang sentiasa ada pada waktu pagi. Joohyuk pun hairan pada waktu manakah wanita itu menghantar sarapan kepada mereka. Jinsang memang memiliki kunci kedua rumah tersebut tetapi, takkanlah mereka tidak pernah tersedar ketika Jinsang datang menghantar makanan.

Jinsang menghantar makanan dalam jumlah yang banyak walaupun dia hanya menghantar pagi. Malah, berbagai jenis. Jadi, mereka masih boleh memanaskan masakan wanita itu pada waktu tengah hari dan juga malam.

Junhoe berada di rumah seorang diri setiap hari sekarang selama seminggu. Dia sudahpun sembuh sepenuhnya namun mindanya sentiasa terganggu dengan kehilangan Jinsang yang tiba-tiba. Dia rindu akan perempuan itu mengajarkannya matapelajaran yang dia tak fahami. Ayahnya pula sibuk bukan main kerana ada anak jutawan yang didakwa menyalahgunakan dadah.

Junhoe mengeluh. Baru saja dia mahu melelapkan mata, pintu utama terbuka dan melihatkan Jinsang, Junhoe laju berlari dengan kaki kecilnya ke arah perempuan itu dan memeluknya erat. Keduanya sudahpun mula menangis.

"Noona pergi mana? Noona jahat. June rindu noona. June dah macam anak terbiar. June tak dapat kasih sayang langsung minggu ni. Kenapa semua nak palau June? Kenapa semua nak biarkan June hidup seorang-seorang?" Tangisan anak lelaki itu terus membuatkan Jinsang menangis semakin hebat.

"Noona minta maaf, June. Noona pergi hospital. Noona sakit sebenarnya." Jinsang menyelak sedikit bajunya dan menunjukkan perutnya yang mempunyai sedikit kesan jahitan. "Lepastu telefon noona pula rosak. Yang masak pagi-pagi tu eomma noona. Noona minta tolong dia untuk masak."

Junhoe menolak Jinsang perlahan sambil menumbuk-numbuk bahu Jinsang. "Noona sakit rupanya." Tangan Junhoe mengusap-usap kepala Jinsang, cuba memujuk Jinsang daripada kesakitan kononnya. "Patutlah rasa berbeza. Appa pun perasan tahu masakan tu beza rasanya."

"Ehhehe, maafkan noona. Appa June memang tak balik ke seminggu ni?"

Junhoe mengeluh. "Balik tengah malam. Bertolak pagi buta lagi. Kadang-kadang June tak rasa macam appa sayang June pun. Bila Jinsang noona pun dah menghilang, June ingat noona dah mula benci June. Lepastu, appa cakap dia nak potong gaji noona."

Mata Jinsang terus terbeliak. "What the-" Jinsang menarik tangan Junhoe laju ke arah pintu, membuka pintu itu dan kemudian mengheret Junhoe ke bawah sehinggalah keduanya tiba di hadapan basikal Jinsang. "Mana syarikat appa June? Noona nak pergi menegakkan hak cuti sakit bergaji sekejap."

Junhoe mengeluh. "Mana boleh. Appa bila dah ganggu dia dekat pejabat, dia boleh jadi orang lain buat masa seminggu tahu."

Jinsang menaikkan kening. "Orang lain?"

"Appa kan baik orangnya. Jadi, bila kita kacau dia dekat office dia, dia memang akan marah dekat kita selama seminggu. Haritu, dia memang panas baran selama seminggu dengan June sebab June pergi singgah pejabat dia." Junhoe membuat muka sedih.

Jinsang mengetuk dagunya dengan jari telunjuk. "Hmm, menarik juga. Jom lah kita cuba."

Junhoe menggeleng laju. "Noona nak, noona pergi sorang-sorang. June taknak appa tarik balik janji nak bawa June tengok Frozen."

Jinsang terus tersenyum lebar. "Kalau June ikut noona, noona akan bawa June tengok tiga movie disney. Frozen ke, Moana ke Jinsang ke, semua boleh."

Mata budak lelaki itu terus bulat dan cerah dalam sekelip mata.

"Betul ni, noona??"

"Mestilah."










TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now