10 |

61 14 36
                                    








"Besar juga syarikat appa June ni. Besarlah bagi seorang pemuda yang masih muda untuk buka syarikat peguaman sendiri. Umur appa berapa?" Jinsang mengomen bangga. Dia tergeleng-geleng cuba membayangkan andai dia betul-betul dapat kahwin dengan Joohyuk.

"Aih, kaya aku nanti." Jinsang berbisik perlahan.

"Noona yakin ke ni?" Junhoe garu kepala. Perempuan yang dia sudah anggap kakak sendiri itu nampaknya tidak memikirkan baik-baik amaran dia tadi.

"Apa pula tak yakin. Dah habis peluh noona kayuh basikal, takkan nak siakan pula." Jinsang memeluk tubuh.

"Appa betul-betul boleh jadi orang lain lah noona. Baik, noona tarik diri. June takutlah. Takut nanti noona tak terdaya nak hadap pula sisi lain appa June." Junhoe mula berasa takut. Keinginan pada Disney Movies tiba-tiba hilang begitu sahaja.

"Aish, June ni penakut macam katak. Mari ikut noon-"

Junhoe sudahpun berlari menjauh. "Noona teruskan lah ya? June dah tunjuk jalan, jangan lupa belanja tengok wayang tahu! Lepastu, good luck! June balik dulu." Kemudian, budak lelaki itu sudahpun melompat ke atas bas yang kebetulan berhenti.

Baru sahaja Jinsang hendak mengejar, sakit pada kesan jahitan pada perutnya menyerang membuatkan pergerakannya terhenti. Jinsang melangkah dengan lambat-lambat ke arah bangunan NJH. Tangannya setia berada di perutnya yang kesakitan. Mukanya pula jelas mengatakan bahawa dia sedang menahan kesakitan.

"Erm, boleh saya jumpa Encik Joohyuk?" Jinsang bertanya dengan melembutkan suaranya pada wanita penjaga kaunter.

"Cik ada buat appoinment dengan dia?"

Jinsang menepuk dahi. "Tak ada lah pula. Boleh saya masuk saja jumpa dia?"

Wanita itu ragu-ragu. Dia nampak ketakutan. "Saya takut tak boleh saja cik. Apa kata, cik buat appoinment dulu dan kalau Encik Joohyuk setuju, saya akan call cik esok."

Baik aku jumpa dekat rumah dia kalau esok, Jinsang berfikir sendiri.

"Tak apa lah, awak tak perlu risau. Saya ni kenal rapat dengan dia. Jadi, benda kecil saja semua ni. Mana pejabat dia, tunjukkan."

Wanita itu hanya akur apabila Jinsang mula mereka cerita dan malah mula menokok tambah. Jinsang memerhati sekeliling dalam perjalanan ke pejabat Joohyuk. Mereka berdua berhenti apabila pejabat lelaki itu sudahpun berada di hadapan mata.

"Terima kasih. Awak boleh pergi." Jinsang tersenyum manis.

"Cik hati-hati ya? Lagipun tak silap saya encik Joohyuk sedang ada tetamu tadi, mungkin lepasni dia keluar."

Jinsang hanya tersenyum. Wanita pekerja itu berlalu. Jinsang dengan langkah girang terus membuka pintu dan dia agak terdiam melihat keberadaan Hani di sana. Keduanya tampak mempunyai mood yang sangat buruk.

"Saya rasa saya salah ma-"

Baru sahaja Jinsang hendak mengelak, Hani sudah terlebih dahulu menariknya masuk dan menutup pintu. "Ha, dia ni. Betul ke dia bakal isteri awak? Siap datang pejabat bagai, mungkin betul." Soalan itu kedengaran lembut namun penuh dengan rasa cemburu.

Joohyuk sudah mula memberi pandangan maut kepada Jinsang. Dia menarik nafas dan menggeleng. "Tak. Dia hanya pengasuh June."

"Oh, pengasuh saja? Perangai melebih-lebih pula ya?" Hani menyindir perlahan sambil menjeling Jinsang.

Jinsang yang sememangnya tak dididik untuk diam ketika dimengata terus berdiri.

"Amboi, salah ke kalau saya melebih-lebih? Saya ni jaga June tu lebih baik daripada awak tahu? Awak pula dah abaikan dia dan layan dia macam tahi kucing." Jinsang menyinsing lengan bajunya.

Joohyuk sudahpun mengurut dahinya dan juga kepalanya. "Jinsang, pergi balik sekarang."

"Dah dengar kan apa Joohyuk cakap? Balik. Kalau sekadar pembantu, tak payah nak berlebih-lebih sangat." Hani turut menyinsing lengan bajunya.

"Ahjussi diam. Jangan nak halau saya bila saya nampak hot dan seksi macam ni. Okay, awak aka Hani yang sangat disayangi pencinta Colgate, saya harap awak cuba luangkan sedikit masa awak sebagai ibu untuk June. Bukan saya nak menyibuk tapi June tu budak lagi. Dia perlukan kasih sayang ibu. Tapi, saya tak rasa saya dibenarkan untuk jadi ibu dia." Jinsang menjeling Joohyuk sejenak. "Jadi, tolonglah jadi ibu bukan labu."

Jinsang mengeluh. "Awak faham ke tak ni?"

Hani tertawa sinis. "Kau tu budak lagi. Tak tahu apa-apa. Jangan nak menyibuk dan berlagak pandai dalam semua perkara."

Jinsang memutarkan bebola matanya. Dia memandang Joohyuk yang nampak tertekan dengan kehadiran kedua-duanya.

"Ahjussi, jangan potong gaji saya. Kalau ahjussi dah menyampah dengan saya, ahjussi rujuklah balik dengan perempuan ni. Bila dia dah berjaya jadi ibu yang baik untuk June, saya akan berhenti." Jinsang berkata dengan nada tinggi.

Hani yang sudah tidak mampu menahan geramnya terus menarik lengan Jinsang dan menolak perempuan itu jatuh ke atas lantai. Jinsang pada awalnya sedikitpun tidak berasa sakit sehinggalah nyeri pada bahagian perutnya mula terasa.

Warna merah mula memberkas pada bajunya yang berwarna putih.

"Jinsang, awak tak period dekat perut kan?" Soalan Joohyuk menambah kepanikan Jinsang.

Jinsang memandang perutnya. Dia cuba bangun. Tanpa berkata apa, dengan langkah pincang kerana menahan sakit, dia meninggalkan ruangan itu yang sudahpun sunyi.

Joohyuk memandang Hani lama. "Yunhyeong putuskan awak dan awak nak rujuk balik? Maaf, saya dah tak berminat dengan awak lagi." Joohyuk berkata perlahan. "Lepastu, jaga sikit adab dekat pejabat saya. Bye." Joohyuk pun keluar dari pejabatnya dan mula mengekori Jinsang.

Hani mengeluh. Dia mengeluarkan telefonnya yang menunjukkan Yunhyeong sedang memanggil. Panggilan dijawab.

"Nae?"

"Bawa keluar semua barang kau harini jugak!"

Hani terduduk di atas lantai itu dan mula menangis. Betapa menyesal dirinya kerana pernah mengabaikan June kerana mengejar Yunhyeong. Kini, dia telah dibuang dan tiada siapapun yang mahu menerima dirinya.

Jinsang nampaknya seperti orang yang baik-baik. Bolehkah dia gunakan kebaikan Jinsang untuk membantu dirinya sendiri?






TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now