"Maaf, Hanbin. Saya tak boleh terima awak."
Gelas yang pecah itu menjelaskan betapa marahnya lelaki bernama Kim Hanbin apabila pernyataan cintanya malah dibalas dengan ayat sebegitu tanpa menunggu dua minit.
Jinsang memang kejam !
Jinsang pula sudahpun sangat terkejut apabila Hanbin tiba-tiba membaling gelas yang berisi wine itu ke atas lantai. Perhatian pengunjung terus beralih pada mereka.
"Kenapa Jinsang?!" Teriakan Hanbin makin menambahkan rasa gentar dalam diri Jinsang.
Jinsang terus berdiri dan berlari hendak meninggalkan kawasan itu namun Hanbin yang masih dalam keadaan mabuk itu laju mengejar.
Jinsang panik. Andai dia tidak menyetujui permintaan Hanbin untuk keluar, perkara begini tidak akan terjadi. Jinsang bukan tidak sedar minat Hanbin padanya namun minatnya bukanlah Hanbin. Hanbin sama sekali bukanlah minat ataupun jenis lelaki yang boleh membuatnya bahagia.
Jinsang akhirnya tiba di sebuah lorong yang agak gelap. Bayang Hanbin yang mendekat membuatkan Jinsang menggigil. Dia mengeluarkan telefonnya dan mula mendail nombor Joohyuk tanpa sedar. Dia sudahpun terkurung di jalan mati itu.
Sedangkan Hanbin semakin mendekat. Di tangan Hanbin terdapat sebuah botol wine yang masih dia bawa. Mungkin dengan botol itu, dia berniat mahu mencederakan Jinsang.
Panggilan telefon akhirnya berjawab.
"Ahjussi! Tolong saya ahjussi!" Jinsang menangis. Suaranya sangat perlahan. Hilaian Hanbin malah menyerap keberanian dalam dirinya.
"Kenapa?"
"Tolong saya. Saya dekat Houja Bar sekarang!" Serentak itu, Jinsang terus ditangkap oleh Hanbin. Telefon Jinsang dibaling ke arah dinding sehingga telefon itu hancur satu per satu.
Hanbin mengheret Jinsang ke arah bucu dinding. Tangannya mengangkat laju botol kaca di tangannya. Kemudian, botol itu terus dilempar tepat ke kepala Jinsang membuatkan Jinsang menjerit kuat.
Hanbin menggeleng sambil menutup mulut Jinsang. "Shh, nanti orang tahu apa kita buat sayang."
Jinsang menggeleng. Pandangannya makin buram dan tubuhnya sudah lemah hendak melawan. Hanbin mula mengoyakkan pakaiannya dan matanya semakin lama semakin pudar pandangannya.
Sebelum dia betul-betul kehilangan kesedarannya, suara kecil Junhoe yang menjerit memanggil dirinya terus membuatkan dia kembali membuka matanya dengan luas, memaksanya terbuka walau sakit yang amat sangat menyerang. Jinsang baru sahaja hendak lega namun melihat Junhoe yang hadir berseorangan terus membuatkan Jinsang mati senyuman.
Hanbin yang melangkah dengan botol wine yang masih berdarah ke arah Junhoe hampir sahaja membuatkan Jinsang mahu tercabut nyawa kerana terlalu terkejut. Jinsang dengan segala kudrat turut menginsut ke arah mereka.
Namun, yang mampu dia lakukan hanyalah memandang Hanbin melayangkan botol itu ke arah kepala Junhoe sehinggaa botol itu pecah dan kepingan kaca terpelantun ke sana dan ke sini. Malah, darah yang banyak turut tersebar ke dinding yang berada dekat dengan mereka.
Lalu, Junhoe pun jatuh ke atas lantai dengan wajahnya yang tampak terkejut. Darah pekat mengalir laju dari kepalanya.
Jinsang mula melaung meminta tolong walaupun dia sebenarnya tidak mampu mengeluarkan sebarang suarapun.
Dia menginsut dengan lebih cepat ke arah Junhoe sehinggalah dia boleh mencapai tangan Junhoe.
"June sayang eomma. Jinsang noona eomma June yang terbaik dalam dunia ni." Junhoe bersuara dengan lemah. Matanya mula mengalirkan air mata yang turut berdarah.
Jinsang menangis dan menjerit bak orang gila apabila mata Junhoe terpejam tepat di hadapannya. Malah, tangan budak kecil itu jatuh dengan hentakan keras.
Akhirnya ada beberapa orang yang datang untuk membantu.
Hanbin terus ditangkap dan Jinsang dan Junhoe dibawa ke hospital dalam kadar segera.
TBC
😭 June dah tak ada.
YOU ARE READING
[C] Beautiful ; Nam Joo Hyuk
FanfictionSikap penyayang Jinsang diuji apabila sebuah keluarga yang diambang kemusnahan memerlukan dirinya lebih daripada orang lain. "Ahjussi kahwin dengan saya, mudah kerja ahjussi." "Jangan nak mengarut sangat, Kim Jinsang." Nam Joo Hyuk | Kim Jinsang | K...