20 |

76 14 17
                                    






Apa yang menyapa pandangan Jinsang sewaktu dia membuka mata ialah Nam Joohyuk yang memandangnya tajam dengan mata membengkak dan juga merah. Jinsang cuba mengingat perkara yang berlaku dan sebaik sahaja dia ingat akan perkara yang telah berlaku, wajahnya terus berubah.

"June ma-"

"Dia dah mati." Joohyuk menjawab dengan dingin. Dia menyatukan kedua tangannya dan menongkat dagunya pada tangannya itu. Kemudian, dia merenung lama Jinsang dengan pandangan yang sangat tajam yang lebih tajam daripada tadi. "Sebab kau."

Jinsang terkaku. Hatinya berasa sangat sakit dengan tuduhan itu. Tapi, mungkin betul. Junhoe telah mengorbankan diri untuk menyelamatkannya.

"Mana June?! Saya nak jumpa dia sekarang juga ahjussi!" Jinsang panik. Dia mahu turun dari katil namun Joohyuk mencengkam keras pergelangan lengannya.

"Dia dah ditanam, Jinsang. Kau dah tak sedarkan diri selama lima hari!!"

Jinsang terus kehilangan kekuatan untuk melawan lagi. Matanya mula berkaca. Air pun mengalir laju dari kedua belah matanya.

Joohyuk bangun dari duduknya. Dia turut menangis. "Kau dah ambil satu-satunya anak aku. Satu-satunya sumber kebahagiaan aku, Jinsang." Joohyuk mengesat laju air matanya. Kalau boleh, dia mahu membalas dendam namun dia tahu perkara itu bukanlah perkara yang sesuai untuk dia lakukan.

Dia tahu Junhoe akan lebih bahagia kalau dia memaafkan Jinsang.

"Ahjussi, maafkan saya ahjussi." Jinsang merayu.

Joohyuk meletakkan sekotak cincin yang asalnya dia belikan untuk melamar Jinsang pada malam itu namun semuanya berlaku dengan pantas. Dia malah kehilangan anak lelakinya.

"Saya akui saya dah jatuh cinta dengan awak Jinsang tapi sekarang saya rasa hati saya dah mati sebagaimana matinya anak saya dari hidup saya, Jinsang. Maafkan saya." Joohyuk pun bergerak meninggalkan Jinsang bersendirian di dalam ruang VIPnya itu, menangisi nasib hidupnya yang malang.




THE END

Ke ada yang nak happy ending untuk Jinsang dan Joohyuk?

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now