13 |

62 10 32
                                    

Melihat kehadiran bagasi di ruang tamu rumahnya, Junhoe berasa pelik. Junhoe menoleh ke belakang ke arah Joohyuk yang sedang menutup pintu. Mereka berdua baru sahaja pulang daripada sekolah. Joohyuk baru sahaja menjemput anaknya itu pulag dari sekolah.

"Appa, beg siapa ni appa?" Junhoe bertanya dengan suara comelnya. Bagasi berwarna warni ibarat pelangi diperhatikan lama.

"Jinsang noona kamu lah." Serentak Joohyuk menjawab, Jinsang melompat keluar dari ruangan dapur ke ruang tamu dengan wajah yang bukan main hodoh.

Junhoe yang tersalah anggap Jinsang penjahat terus menyorok di belakang ayahnya. Setelah sedar bahawa itu adalah Jinsang, mereka mula bermain sergah menyergah pula. Joohyuk yang berada di tengah hanya mampu menahan diri daripada tidak memarahi mereka.

"Dah dah dah." Joohyuk mendukung Junhoe, membuatkan anak lelakinya itu tertawa besar kerana suka dengan ketinggian tersebut. Berbeza benar dengan apabila Jinsang yang mendukungnya.

"Ish, ahjussi ni tak syok betul." Jinsang membuat muka sebelum bergerak ke meja makan. Dia menarik kerusi untuk Joohyuk dan Junhoe duduk.

"June, nanti Jinsang noona tidur dengan kamu ya?" Soalan itu terus dibalas dengan wajah ceria Junhoe. Tapi, kemudian dia menggeleng. "Kenapa June kena tidur dengan noona sedangkan June ada ayah?"

Joohyuk terus terdiam. Jinsang turut terdiam. Kata-kata Junhoe itu agak tajam bagi Joohyuk.

"Biarlah Jinsang noona tidur dalam bilik June. June tidur dengan appa. Kalau noona nak tidur dengan appa, June lagi suka." Junhoe menyembunyikan senyuman nakalnya.

Joohyuk terus mengambil garfu dan mengetuk kepala anaknya dengan garfu kayu dengan lembut. Hanya berniat untuk mengajarnya, bukan untuk menyakitkan anak kesayangannya itu.

"Saya pun setuju dengan June tu." Jinsang menambah dengan senyuman yang nakal amat.

Joohyuk menjeling Jinsang. Boleh tertekan dia bila berada di rumah dengan dua manusia bernama Jinsang dan Junhoe ini.

"Jangan nak gatal sangat. Baguslah kalau June nak tidur dengan appa. Appa pun suka. Jinsang, nanti awak tidur bilik June. Awak boleh guna almari baru dalam stor tu untuk letak pakaian awak." Joohyuk bercakap dengan tenang dan matang.

Jinsang merenung wajah lelaki itu ketika berbicara. Wajah yang mengingatkannya pada mendiang abangnya yang sentiasa prihatin dengan dirinya.

"Ahjussi, ahjussi kenapa kacak sangat?" Soalan pelik namun lembut itu menyapa halwa telinga Joohyuk bak tembakan nuklear.

"Noona tanya tu appa. Appa jawablah tu genetik June." Junhoe menjawab laju dengan bangga lagi riak dan takabbur.

Joohyuk mula mengurut kepalanya. Dia terus duduk dan mula makan, mengabaikan dua manusia yang mula bergurau di meja makan itu.

"Aish, June ni. Sains pun tak belajar lagi pandai pandai nak ulas genetik bagai. Ni mesti sebab kuat sangat tengok cerita ni. Dah terpengaruh." Jinsang menegur sambil kepala menggeleng-geleng.

Joohyuk hanya tersenyum sendiri. Membiarkan kedua manusia itu berbicara dan bergurau adalah lebih baik berbanding dia menjawab soalan soalan pelik mereka yang boleh membuat kepalanya pening.

Tiba-tiba Joohyuk berasa tua.

Umurnya sudahpun menjejak 26 tahun kelmarin namun apa yang menyedihkan adalah tiada seorang pun manusia yang mengingat hari lahirnya. Mungkin itu takdir hidupnya tanpa kawan-kawan.

Joohyuk yang berubah masam itu menarik perhatian Jinsang.

Jinsang tersenyum sendiri. Faham benar apa yang sedang lelaki itu alami.

"Ahjussi, ikut saya keluar malam ni dengan June."

Joohyuk hanya mengangguk. Wajahnya masih muram dan dirinya masih bersedih.






TBC

[C] Beautiful ; Nam Joo HyukWhere stories live. Discover now