Lelaki kurus itu menatap Jinsang yang sedang menyiram pokok. Dengan senyuman lebar, dia melangkah mendekati wanita idamannya itu.
"Hai, Jinsang." Hanbin akhirnya berani hendak menegur Jinsang daripada hanya melihat.
"Oh, Hanbinie." Jinsang tersenyum lebar.
"Jinsang, malam ni kita keluar nak?" Hanbin tanpa bermadah, terus melamar untuk mengajak Jinsang keluar.
Jinsang agak tergamam dengan tindakan penuh ekstrim dan tiba-tiba itu. Namun, dia mengukir senyuman kecil walaupun jelas dia tidak selesa dengan apa yang baru diminta Hanbin itu.
"Erm, kalau lain kali?" Jinsang cuba mengelak.
"Dah lama kita tak keluar bersama Jinsang. Tak boleh ke awak luangkan sedikit sebanyak masa untuk saya?" Hanbin yang terluka dengan pengelakan itu masih berusaha.
Jinsang mengeluh sebelum dia akhirnya mengangguk. "Nak keluar mana?"
"Teman saya minum dekat bar saja." Hanbin mengenyitkan matanya. "Pukul 8 malam tau? Saya akan jemput awak."
Jinsang mengangguk. Anggukan Jinsang dibalas dengan senyuman Hanbin sebelum lelaki itu berlalu masuk ke dalam rumahnya.
Jinsang terus menutup pair air dan bergegas masuk ke dalam rumah. Dia bersiap-siap untuk ke rumah Joohyuk dan Junhoe. Dia perlu menyediakan makan tengah hari untuk dua beranak itu.
Apabila Jinsang tiba, yang menyambutnya adalah Junhoe yang tampak masih mamai dibuai mimpi. Sudah jam 12 tengah hari. Adakah mereka berdua masih sedang tidur sebelum dia datang?
"Noona dah datang." Junhoe mahu melompat gembira namun dia masih mengantuk.
"Ya, baru bangun ke?"
"Nae. Tadi, June tidur. Appa pun tidur lagi rasanya."
Jinsang mengusap kepala Junhoe sebelum dia melangkah masuk. Pintu rumah itu dikunci dan dia bergerak ke dapur setelah dia meletakkan begnya di atas meja Joohyuk.
"June sambung tidur ya, eomma?" Soalan Junhoe membuatkan Jinsang terdiam. Mungkin Junhoe tanpa sedar menggunakan gelaran eomma kepadanya.
Jinsang mengangguk dan tersenyum apabila tubuh kecil itu kembali menghilang di sebalik pintu bilik tidurnya. Jinsang mengeluh. Bahan dan lauk di dalam peti sejuk diperiksa dan dia sedar bahawa barangan memasak sudahpun sedikit.
Jinsang menutup peti sejuk dengan keluhan berat. Kabinet pula yang diperiksa. Dia mengambil kerusi dan memanjat kerusi tersebut untuk memeriksa barangan lain dan dia segera mencatat barangan yang kurang. Kemudian, dia melompat turun dari kerusi.
Dengan malas, dia melangkah ke bilik tidur paling besar selaku bilik tidur Joohyuk. Pintu tidak diketuk dan dia terus melangkah masuk.
Wajah Joohyuk yang sangat tenang ketika tidur diperhatikan lama. Niat di hati hendak mengajak Joohyuk membeli barangan terpadam buat sejenak.
Jinsang dengan perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di sisi katil. Dia merenung wajah Joohyuk dan mula sedar bahawa wajah itu kelihatan tertekan walaupun dari dalam tidurnya.
Jinsang mula berasa kasihan dan simpati akan nasib lelaki itu. Tangannya tanpa sedar bergerak mengusap wajah lelaki itu dengan lembut. Dia pun tersenyum sendiri apabila Joohyuk sesekali mengerutkan kening kerana terganggu.
Jinsang sekali lagi tanpa sedar mendekatkan wajah mereka sehinggalah mereka benar-benar dekat antara satu sama lain. Jinsang menelan air liur.
Tak salah kan kalau dia ambil kesempatan sedikit?
Jinsang menjawab sendiri soalannya apabila dia melabuhkan bibirnya ke atas bibir Joohyuk. Setelah beberapa saat, dia segera menjauhkan wajahnya dan berdiri dengan tegak dengan wajah yang sudahpun memerah.
Pada masa yang sama, Joohyuk mula bergerak kerana sudah sedar dari tidur.
"Huwarghh." Joohyuk menguap. Dia menatap Jinsang lama sehingga dia akhirnya cam wajah itu. Dengan tenang, tangannya naik mengusap bibirnya.
"Hai Jinsang ada apa? Pelik betul, saya mimpi anak gajah cium saya dekat bibir."
Jinsang menelan air liur payah.
TBC
YOU ARE READING
[C] Beautiful ; Nam Joo Hyuk
FanfictionSikap penyayang Jinsang diuji apabila sebuah keluarga yang diambang kemusnahan memerlukan dirinya lebih daripada orang lain. "Ahjussi kahwin dengan saya, mudah kerja ahjussi." "Jangan nak mengarut sangat, Kim Jinsang." Nam Joo Hyuk | Kim Jinsang | K...