3 bulan berlalu, semuanya berlalu dengan tenang dan biasa. Tiada gangguan daripada Hani ataupun tiada Jinsang yang mahu membangkitkan isu June perlukan lebih kasih sayang.
Malah, Jinsang sudah pun menjejak usianya ke 20.
"Jinsang, kenapa gred kau turun sangat ni?" Jiwon memerhatikan keputusan Jinsang. Dia mula berasa gundah dan risau. Sebagai sahabat, dia memang mahukan yang terbaik untuk masa hadapan sahabatnya.
"Entahlah. Janganlah tanya. Aku sedih sangat dah ni dengan keputusan aku." Jinsang menjawab jujur. Dia mengeluh panjang. Dia mengerling ke arah Jiwon yang sedang panik tentang keputusannya.
"Aku rasa kau kena kurangkan masa bekerja kau dengan keluarga Ju-"
"Jangan nak kaitkan dengan isu June pula. Aku- Ya lah. Aku rasa betul lah apa kau cakap. Aku dah tak ada masa nak study lebih sekarang." Jinsang merenung meja.
Perpustakaan itu tidak mempunyai pengunjung lain kecuali mereka sendiri. Jadi, mereka sedikit bebas berbicara dengan nada biasa tanpa perlu berbisik.
"Apa kata kau berhenti saja? Aku rasa dah tiba masanya untuk June dan Joohyuk cari orang lain yang mana lebih berkemampuan. Lagipun, kau bukan orang susah. Eomma kau medical assistant kan?" Jiwon cuba memberi pendapat.
"Aku berat hati, Jiwon." Jinsang meletakkan kepalanya ke atas meja, mula menahan lara di hati tentang keputusannya.
"Joohyuk ada luang masa dekat rumah tak sekarang?" Soalan Jiwon membuatkan Jinsang mengangkat semula kepalanya.
"Ada lah. Banyak kali juga. Tapi, aku tetap tak boleh balik awal sebab aku kena masak." Jinsang menjawab laju.
"Bukan itu maksud aku. Apa kata kau stay saja dekat rumah dia? Study dekat sana. Bila hujung minggu kau baliklah rumah. Lagipun, eomma kau empat jam saja kan duduk dekat rumah?" Jiwon tersenyum lebar, berasa bangga dan berasa bijak.
"Oh. Hmm, bagus juga idea kau tu. Tapi, masalahnya si ahjussi tu saja. Biasanya ada saja alasan dia tak nak bagi aku dapat apa yang aku nak. Dah tua pun masih nak berdengki dengan orang." Jinsang mengata tanpa sedar.
Jiwon hanya ketawa lucu dengan telatah Jinsang. "Tentang eomma kau, aku boleh tolong jengukkan setiap hari. Lagipun rumah kita tak jauh pun antara satu sama lain."
Jinsang angguk setuju. "Baiklah. Aku cuma kena tanya Joohyuk ahjussi sekarang ni."
"MANA BOLEH."
Jawapan itu tegas, tepat dan jelas. Joohyuk mengeluh panjang. "Saya potong gaji karang baru tahu."
Mungkin biasanya Jinsang akan panik bila diugut untuk memotong gaji. Namun, kali ini tidak kerana Jinsang mula sedar betapa pendidikannya lebih penting berbanding wang walaupun dia sendiri tetap memerlukan wang untuk keperluan pendidikan.
"Ahjussi potong lah gaji saya sebanyak mana ahjussi nak potong. Saya serius kali ini, ahjussi. Saya betul-betul perlu fokus dengan pembelajaran saya. Kalau ahjussi tak setuju, saya terpaksa tarik diri daripada jaga June lah nampaknya." Jinsang mula menggunakan triknya.
Wajah Joohyuk terus berubah muram.
"Janganlah berhenti." Suara itu kedengaran sedih. Kemudian, keluhan kecil dilepaskan.
"Baiklah, awak boleh tinggal di sini. Saya tak akan potong gaji awak." Joohyuk akhirnya bersetuju.
"TERIMA KASIH AHJUSSI. Saya tidur dengan June ya?" Jinsang mula teruja.
"June tak suka tidur berhimpit. Dia mudah panas." Joohyuk mula berfikir tentang di mana Jinsang harus tidur.
"Kalau kita kahwin kan senang ahjussi. Bukan setakat tidur,boleh buat macam macam yang kita suka."
D U G H !
Joohyuk mendengus sambil mengetuk kepala Jinsang dengan alat kawalan jauh.
"Jangan cakap benda pelik, Jinsang. Karang jadi hal pula bila June dengar." Joohyuk mengedikkan bahunya, berasa terganggu dengan kata-kata Jinsang tadi.
"Saya gurau saja, ahjussi walaupun ada betulnya juga yang bila kita kahwin lebih baik semuanya." Jinsang mengenyit matanya membuatkan Joohyuk memutar bebola matanya malas.
"Sudah-sudahlah tu Jinsang. Macam mana tak turun gred kalau kerja asyik nak mengurat dengan bos sendiri?" Ayat itu tajam menikam di hati Jinsang.
Kenapa macam betul saja apa yang Joohyuk katakan?
TBC

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Beautiful ; Nam Joo Hyuk
FanfictionSikap penyayang Jinsang diuji apabila sebuah keluarga yang diambang kemusnahan memerlukan dirinya lebih daripada orang lain. "Ahjussi kahwin dengan saya, mudah kerja ahjussi." "Jangan nak mengarut sangat, Kim Jinsang." Nam Joo Hyuk | Kim Jinsang | K...