04 |

1.5K 189 6
                                    

| J I H Y O

Aku pandang sekeliling ruang tamu rumah mewah ini.Jari aku sedari tadi tidak pandai diam asyik mengetuk lutut.Kaki pula aku gerakkan.Aku gelisah sebenarnya ini.Sudah hampir sejam aku tunggu disini atas permintaan Jimin.Tetapi sampai sekarang lelaki itu tidak turun kebawah.Dia tidak turun sekali dengan aku kerana tiba-tiba sahaja rumah mewah ini didatangi seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an.Mereka kedengaran bertengkar ketika aku melangkah anak tangga.

Siapa wanita itu??walaupun usianya lingkungan 30an, lagak pakaiannya seperti usia 20an.Cantik bergaya.Dia isteri Jimin??kekasih Jimin?

Ahh!..wae kau menyibuk hal dia Jihyo.Kalau tu isteri atau kekasih dia sekalipun tiada kena mengena dengan kau.Kenapa kau nak sibuk??ah no, aku cuma tertanya-tanya dan aku rasa tak salah.

Aku berdiri apabila lihat mereka berdua turun kebawah.Dan cuba teka.Ya, mereka masih lagi bertengkar.Aku pula perlu saksikannya.Aku kesini nak bayar hutang.Bukannya saksikan benda yang langsung tidak bawa keuntungan kepada aku ini.Kalau nak bergaduh, belasah sesama sendiri pun tunggulah aku selesai bayar hutang, lepastu blah dari sini.Hish, geram pula aku dengan dua ekor ni.

________________

Hyejin terpandang Jihyo.Dahinya berkerut kerana tidak pernah melihat kehadiran Jihyo didalam rumah Jimin sebelum ini.Fikirannya mula memikirkan yang bukan-bukan.

"Siapa ni??mistress?"

Terkejut Jihyo tatkala dikatakan sebegitu oleh Hyejin.Mahu nak terbeliak matanya.Jimin pula hanya bersahaja.Bagaikan tiada perasaan.Hyejin pandang Jimin minta penjelasan.Tapi bagi Jimin siapa pun Jihyo tidak penting kepada Hyejin.Sedangkan Hyejin sendiri dianggap bukan siapa-siapa terhadapnya.

"Jimin..aku bercakap dengan kau.Aku tanya siapa dia?"Hyejin sudah hilang sabar dengan sikap Jimin.

"Siapa pun dia tidak penting untuk kau tahu"

"I'm your mother.Sudah tentu penting untuk aku tahu"tekan Hyejin pada perkataan mother.Walaupun Jimin langsung tidak kisah dengan panggilan itu.

"Stepmother"

Balas Jimin bagaikan membetulkan kesalahan yang diucapkan Hyejin.Wanita itu ibu tirinya dan sampai bila-bila ibu tiri.Tidak akan pernah bertukar menjadi ibu kandung dia.Tidak akan dia pernah menganggap wanita yang sanggup buat apa sahaja demi harta menjadi ibu kandungnya.

"Kau memang susah untuk menerima kenyataan Jimin"

"Tanya diri kau.Kau atau aku yang susah untuk terima kenyataan sekarang"

Jimin mendekati Jihyo."Jom.."tangan Jihyo dipegang dan ditarik Jihyo keluar dari rumah itu.Perempuan itu agak terkejut tetapi tidak dihiraukan oleh Jimin.Asalkan dia tidak berdepan dengan wanita yang dibencinya.

"Yahh!..Park Jimin!"

Panggilan Hyejin tidak dihiraukan oleh Jimin.

__________________

| J I H Y O

"Lepaslah.."

Aku menarik tangan aku dari pegangan Jimin.Dia fikir dia siapa suka-suka hati nak pegang tangan aku.Tak tahu malu betul jantan ini.Nasib baik aku tidak layangkan penampar sulung dengan muka jambu dia tu.Nama je ketua mafia.Tapi muka jambu.Tak sesuai langsung jadi ketua mafia.Elok kalau jual jambu je senang.Dari belasah orang dengan rupa macam tu.

Memang aku sengaja mengutuk.Padanlah dengan dia yang suka hati pegang tangan aku.

"Siapa suruh awak pegang tangan saya?"memang aku tak puas hati dengan dia sekarang.

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now