11 |

1.1K 134 2
                                    


| J I H Y O

Aku mengurut dada dengan perasaan terkejut yang amat sangat.Kuss semangat.Haih, boleh pula malaun Jimin ni tiba-tiba menekan brek berhenti mengejut.Nasib baik aku tidak ada sakit jantung.Kalau tidak rasanya dah lama jadi mendiang.Dasar ketua mafia tak bermasyarakat langsung.Aku toleh tengok dia.Dah kenapa dia tengok aku macam nak makan?!..salah aku jawapan aku sebentar tadi.

"Jap, sekali lagi.Siapa namja dekat cafe tadi?!"ok, kali kedua dia tanya soalan yang sama.Aku rasa dia belum lagi disahkan pekak.Tak akanlah tak dengar apa yang aku cakapkan.

"Dia cakap nama dia Kai.."sekali lagi juga aku menjawab jawapan untuk soalan yang sama.Aku harap dia tak tanya lagi.Serius aku tidak mengenali lelaki tadi.Dan aku tidak mahu terlalu mengambil tahu.Dia agak misteri.Itu membuatkan aku tidak terlalu mahu.

Terangkat bahu aku apabila Jimin menghentak stereng kereta.Reaksi wajahnya terlihat marah.Apa masalahnya dengan Kai sehingga Jimin sebegini?!..Ah, aku sepatutnya mengingati siapa lelaki itu.

"Awak kenapa?!"

"Aku tak nak kau rapat dengan dia.Abaikan dia.Kalau dia datang cafe, tolong biarkan Suga yang ambil order"soalan aku tidak dijawab.Tetapi satu arahan diberikan kepada aku.Sesungguhnya aku sangat keliru dengan situasi sekarang.Seseorang tolong terangkan kepada aku apa yang sebenarnya berlaku.

"Boleh tak jangan buat saya blur.Apa yang berlaku sebenarnya??!!..Kai siapa?"pinta aku ingin tahu.

"Ikut saja arahan aku"

Sekali lagi soalan aku tidak dijawab.Malah dia memandu kereta pergi dari kawasan itu.Wajahnya kelihatan benar-benar serius.Aku betulkan duduk aku.Pandang sahaja kedepan menjadi satu pilihan tepat sekarang ini.Yes, aku risau jika aku tersalah cakap, dia akan mengamuk.Mamat ni bukannya boleh dijangka.Cuit sikit memang habislah dia mengamuk.

"Yang kau duduk keras macam patung tak bergerak kenapa?!"

Aku paling arah dia.Hanya gelengan aku berikan kepadanya.Kau patut tahu kenapa aku sebegini.Namja memang selalu pura-pura tidak tahu atau memang tidak tahu?!..mahu sahaja aku ketuk kepala dia.Tetapi aku sedar itu pasti membuatkan dia semakin kehilangan mood.Aku juga yang kena.

"Dah bisu ke apa?!..kau ada mulut kan untuk jawab soalan aku.Dah tak sudi nak borak dengan aku apa?"

Dasar ayam.

"Borak?!..saya tak rasa keadaan mood awak macam ni kita boleh berborak"

"Aku ok jelah.Bagitahu kau pasal tu je.Bukannya aku marah kau ke apa.Aku nak marah kau pun tak sanggup"

Dasar sweet talker.Aku humban dalam jamban lepas tu flush baru tahu.

"Tak tahu nak borak apa"aku pandang depan kembali.Malas nak melayan dia sebenarnya.

Dia berdecit."Susah bercakap dengan yeoja banyak menjawab ni"

Aku abaikan.Malas nak melayan.Jujur memang aku tidak tahu mahu borak pasal apa dengan dia.Lagipula aku tidak terlalu mengenali dia.Disebabkan itu ada sedikit rasa janggal dalam diri.Lebih lagi dia seorang mafia.Aku menang agak berhati-hati.Kepercayaan tidak diletakkan 100%.Bila masa sahaja dia akan mengamuk jika aku tersalah cakap.

"Ingat pesan aku.Jangan layan Kai kalau dia datang cafe"sekali lagi dia pesan benda yang sama.Aku bukan budak-budak untuk dia pesan banyak kali.Jadi aku sekadar mengangguk.Malas nak cakap banyak.

Tapi aku tertanya tanya kenapa??..

_______________

Jimin berhentikan keretanya disebuah taman yang agak sunyi.Tidak ramai orang berkunjung kesini.Dia tidak berapa gemar pergi ketempat yang terlalu ramai orang.Disebabkan itu, dia lebih suka datang ketempat seperti ini.Selalu dia datang kesini bersendirian sekadar menghilangkan stres.Siapa cakap menjadi ketua mafia tidak stres.Bagi Jimin kehidupannya sekarang cukup stres dan memenatkan.

Kadang dia rasa menyesal masuk kedua ini.Mencampak dirinya didalam dunia yang penuh dengan kegelapan.Tidak terlepas dari memiliki musuh kekal.Tetapi ini sahaja cara yang dia terfikir untuk mencari dan menemui Jihyo kembali.Terbukti sekarang Jihyo bersamanya.

"Kenapa awak..?"

"Aku cemburu"

Belum sempat Jihyo menghabiskan ayatnya, Jimin pantas memintas.Sudah dapat agak soalan apa yang mahu ditanya Jihyo.Dia pandang Jihyo yang terdiam.Tidak jadi untuk meneruskan soalannya.Wajah Jimin data tiada senyuman walau sedikit.Ketat benar reaksi wajah lelaki ini.

"Yes, aku cemburu tengok kau dengan namja lain.Aku cemburu tengok kau dengan Suga rapat"entah kenapa dia terlalu berterus terang sekarang.

"Saya dah kenal Suga lama"

"Itu bukan alasan untuk yeoja dan namja tiada perasaan satu sama lain Song Jihyo"tegas Jimin.

"Kita.."

Sekali lagi percakapan Jihyo dipintas.

"Kau seorang yang rasa kita ni tak ada apa-apa.Aku tak tahu apa dah jadi dengan kau sampai lupa semua benda.Aku rasa kau pernah jatuh lepas tu terhantuk kepala dengan lantai"pintas Jimin dan keluar dari kereta.

"What??!.."terkejut Jihyo mendengarnya.Dia turut keluar dari dalam kereta.Mengejar langkah Jimin yang sudah melangkah kedepan meninggalkannya.

"Apa maksud awak?!..kita pernah kenal?!"tanya Jihyo sambil mengikuti langkah Jimin dari belakang.Membuatkan lelaki itu berhenti dan memusing kearah Jihyo dengan wajah marah.

"Cakaplah.Kita pernah kenal ke??..mungkin saya terlupa.Awak terangkanlah betul-betul dekat saya.Saya.."

Cup!

Terpana Jihyo apabila Jimin tiba-tiba bertindak sedemikian.Mulutnya yang bising kini tidak mengeluarkan satu patah perkataan pun.Badannya seakan dibekukan.Beberapa orang yang berada dikawasan itu melihat kearah mereka berdua.Mata mereka saling berpandangan.Jihyo perasan yang mata lelaki itu menunjukkan yang dia sedang marah.

Jihyo buntu untuk mengingati apa yang diperkatakan Jimin kerana dia benar-benar tidak mengingati apa-apa.Yang dia ingat hanya memori ketika dia dirumah anak yatim.Lelaki pertama yang dikenalinya adalah Suga.

_______________

Hye Jin masuk kedalam rumah Jimin dengan bersahaja walaupun dihalang oleh bodyguard lelaki itu.Kuasanya sebagai ibu tiri Jimin dijadikan reason untuk menyenangkan dia masuk.Diri sendiri mengetahui betapa bencinya Jimin terhadap dia.Tetapi masih lagi tidak faham.Atau sengaja buat-buat tidak faham.

"Jimin mana?"tanya Hye Jin kepada Yoonji yang sedang berenang didalam kolam yang terdapat dibahagian tepi rumah.Gadis itu mengendahkan pertanyaan Hye Jin.Dia juga turut membenci wanita itu.

"Hey!..perempuan bodoh.Aku tanya kau ni Jimin mana.Jangan buang masa aku nak tanya kau banyak kali"

Yoonji pandang Hye Jin dengan pandangan benci."Aku tak suruh pun kau tanya.Dan aku rasa tak ada sesiapa jemput pun kau datang kesini.So, aku ke kau yang bodoh sekarang ni?!"dia berdiri didalam kolam sambil peluk tubuh.

Reaksi Hye Jin beriak marah apabila mendengar apa yang diperkatakan Yoonji.

"Tak guna punya perempuan.Aku tahu kau ni sukakan Jimin tapi Jimin tak sukakan kau.Dasar bodoh.Jangan berlagak kalau Jimin lebih pilih perempuan miskin tu dari kau"ujar Hye Jin.Perempuan yang dia maksudkan adalah Jihyo.Perasaan bencinya terhadap Jihyo makin bertambah seperti dia bencikan Yoonji.

"Sekurangnya aku diterima Jimin.Kau?!..nak tengok muka kau pun dia rasa jijik"balas Yoonji dan senyum sinis.Membuatkan Hye Jin bertambah marah.

"Kau tengok nanti.Kau, Jimin dengan perempuan miskin tu akan merempat.Tunduk pada aku"

Yoonji gelak kecil mendengarnya."Okay, kita tengok nanti.So, sekarang boleh tak kau berambus dari rumah ni?!.."

Hye Jin melangkah pergi dengan perasaan geram dan dendam terbuku didalam hati.Tekad untuk menjatuhkan Jimin semakin tinggi.Dan membalas diatas kata-kata Yoonji yang menyakitkan hatinya.Serta Jihyo yang dianggap menjadi seorang lagi penghalang.

_____________










🌸bersambung...🌸

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now