Special Chapter ♡

1.7K 132 12
                                    

"HAH..!!"

"Arghhhh!!."

Tergelak besar Jimin apabila Jihyo menjerit kerana terkejut dengan sergahannya.Cemberut wajah Jihyo dibuatnya.Satu tamparan geram hinggap dibahu Jimin membuatkan dia mengaduh.

"Boleh tak jangan buat macam tu.Terkejutlah saya"Jimin yang masih gelak dijeling.Geli hati Jimin melihat reaksi perempuan kesayangannya itu.Terkejut betul nampaknya.

"Saya gurau je.Sayang ni lah asyik termenung dekat sini je.Saya kan dah ada ni.Buat apa teringat lagi"tubuhnya dirapatkan dengan Jihyo.Sekali lagi Jihyo menjeling.

"Perasan..saya ni memang suka duduk dekat sini tengok laut"

Jimin memegang kedua bahu Jihyo dan memusingkan perempuan itu mengadapnya."Sayang..laut tu lebih menarik dari muka saya ke sekarang ni?"tanya Jimin membuatkan dahi Jihyo berkerut.

"Tak akanlah dengan laut pun awak nak jealous?"

"Lama Jihyo..lama sangat saya tak jumpa dengan awak.Kalau boleh dengan semua benda saya nak jealous.Sebab saya nak awak tengok saya je sekarang ni"

Jihyo tersenyum mendengar kata-kata itu.Kedua pipi Jimin ditekap dengan tapak tangannya."Sejak bila awak jadi comel sangat ni Park Jimin?"

Jimin tersengih."Sejak jumpa awak balik"ujar Jimin buat-buat malu.Jihyo tergelak dibuatnya.

"Okay, saya akan selalu tengok awak je.Hanya awak"pipi Jimin dikucup lembut.Seiring dengan itu airmata menitis dipipi Jihyo.Airmata kebahagiaan yang dia impiankan selama ini.Sesuatu yang dia rindukan.Kini tiba jua singgah kembali kepadanya.

"Kenapa awak menangis?"tanya Jimin binggung.Jihyo mengukir senyuman.

"Saya menangis sebab saya terlampau rasa bahagia"

Seraya dengan itu tubuh Jihyo ditarik kedalam pelukannya.Kalau boleh dia tidak mahu melepaskan pelukan itu.Dia terlalu takut untuk kehilangan Jihyo lagi.Takut jika dia melakukan kesilapan sekali lagi.Tidak dapat bayangkan kehidupannya tanpa wanita itu bersamanya.

"Sayang..kita kahwin"

Terkejut mendengar kata-kata dari Jimin itu.Sedaya upaya mengawal rasa terkejutnya itu."Saya nak mengikat awak sekali lagi.Saya tak mahu kehilangan awak sayang.Saya tahu tak romantik dekat pokok kelapa tumbang ni.Tapi saya nak juga tanya.."dia berjeda seketika.Kedua dua tangan Jihyo dipegang.

"Sudikan awak menjadi isteri saya untuk kali kedua Jihyo?"mereka berdua saling bertatapan.Jihyo mengangguk pelan.Menerima lamaran Jimin itu.


Tiba-tiba bunyi tepukan membuatkan keduanya memandang kedepan.Daniel yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua menghampiri.Seperti biasa lelaki bertubuh tinggi itu memakai pakaian renang.

"Bila kau orang kahwin?"tanya Daniel.Dia bercadang untuk menghadiri perkahwinan mereka berdua.Manalah tahu melekat bau bau kahwin itu.Dapatlah juga dia jodoh.

Jimin dan Jihyo berdiri."Tak tahu lagilah Niel bila.Belum fikir lagi tarikh.Tapi kalau aku nak buat cepat.Risaulah hilang lagi kesayangan ni"dia memandang Jihyo yang sudah tersenyum malu.Daniel gelak kecil mendengarnya.

"Kalau macam tu buat jelah esok.Lusa ke"

Terkejut Jimin dan Jihyo dengan cadangan Daniel itu."Tak ke orang cakap pengantin lelaki gelojoh nanti"tergelak kuat Daniel dengan kata-kata Jimin itu.Muka Jihyo dah merah padam.

"Oklah itu, dah lah aku kena pergi mengajar orang ni"balas Daniel yang masih lagi menghabiskan sisa ketawanya.Dia melangkah pergi meninggalkan Jimin dan Jihyo.

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now