09 |

1.1K 145 5
                                    


Kai menyarungkan jacket kulit ditubuhnya.Topi yang dipakai dia betulkan supaya nampak kemas.Setelah berpuas hati melihat figura sendiri dicermin hadapannya dia senyum senget.Misinya akan dijalankan dengan baik supaya semuanya kelihatan sempurna.

"Ingat!..jangan muncul depan aku kalau aku tidak arahkan.Jangan buat aku mengamuk bila rancangan aku gagal"

Amaran keras Kai berikan kepada anak-anak buahnya yang belum pernah lagi melanggar arahannya.Itu yang membuat dia begitu puas hati.Anggukkan akur dibalas oleh mereka untuk arahan Kai sebentar tadi.

"Aku akan pastikan Jimin melutut depan aku"ujar Kai tekad sambil senyum sinis.

Mereka memang sudah sekian lama bermusuh.Bermusuh dek kerana Jimin menghalang kegiatan kotor Kai untuk menjadikan tempat-tempat bersih di Kota Seoul sebagai tempat urusan barang-barang 'kotor' dia.Permusuhan yang tiada kesudahan.

Kai mempertahankan haknya yang mengatakan dia juga ada hak diatas tempat-tempat tersebut.Undang-undang ditolak ketepi asalkan kehidupan yang dimiliki serba mewah dan menguntungkan diri sendiri.

Asalkan hatinya puas.Hidupnya serba kekayaan.Tanpa pedulikan apa yang berlaku keatas orang lain dan dirinya kelak.Dia sanggup mengambil segala bagai risiko.

_________

| J I H Y O

Selesai mengemas seperti hari-hari sebelum aku membuang segala sampah kedalam tong sampah besar yang disediakan dibahagian tepi cafe.Rasa berpuas hati aku dengan pihak bandaran kerana tidak perlulah aku jalan jauh semata mata untuk membuang sampah.

Hari ini aku sedikit rajin sebab bilik stor pun aku kemas.Malas aku nak mengadap bilik yang bersepah itu jika aku menapak masuk.Sebenarnya aku ingin Suga yang tolong kemaskan, tetapi kalau tunggu dia rasanya memang sampai bila-bila tidak berkemas.Ada beberapa kotak sederhana turut aku letakkan berhampiran tong sampah.Sebentar lagi pasti lori sampah akan datang ambil.

Seketika mata aku berhenti di sebuah kotak kecil.Rasa ingin tahu kerana hanya satu sahaja kotak kecil dihadapan aku sekarang.Yang lain semua sederhana besar.Aku capai kotak itu.Sesekali aku cuba mengingat adakah aku pernah melihat kotak yang dipegang aku sebelum ini.Ahh..aku lupa yang aku ini seorang pelupa.

"Hello!.."

Belum sempat aku buka kotak ini, seseorang menegur aku.Pandangan aku toleh kearah orang itu.Dahi aku berkerut apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam berdiri dihadapan aku.Memakai topi serta jacket kulit.Senyuman dia ukirkan kepada aku.Belum pernah aku melihat dia sebelum ini.

"Awak Song Jihyo?!"

Dari mana dia tahu nama aku ni?!..rasanya tak ada tertulis Song Jihyo dimuka mahupun baju aku sekarang.Siapa dia?!..

Sekali lagi dia senyum."Dah tentu saya tahu nama awak.Siapa je tak kenal pemilik Chim's Cafe yang terkenal ni"ada ketawa dihujung percakapannya.

Aku turut ketawa walaupun sedikit kekok.Oh, baru aku tahu bagaimana dia mengetahui nama aku.Tetapi kenapa aku tidak pernah melihat dia sebelum ini.Tidak pula dia datang ke cafe aku.Aku ada pelanggan misteri ke?!..HAHAHAHA mengarutlah Jihyo.Kau fikir cafe kau ni terkenal hingga pelusuk Kota Seoul.

"Saya Kai"

Dia hulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku sambil memperkenalkan dirinya.Ahh, aku patut tahu di Korea pun orang bersalam ketika memperkenalkan dirinya.Betul-betul mengarut aku sekarang.

"Song Jihyo.."teragak agak aku sambut huluran tangannya.Senyum aku ukir dengan rasa kekok.

"Tak nak ajak saya masuk cafe awak?!..cuba coffee"

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now