14 |

974 121 1
                                    


Hari ini Jihyo dan Suga akan tinggal dirumah Jimin sementara.Jimin risau terjadi apa-apa dengan mereka berdua.Suga dah macam rusa masuk kampung apabila masuk kedalam banglo mewah Suga.Dua kali ganda besar dari Chim's Cafe.Dia melabuhkan duduk diatas sofa sambil mata masih belum lekang memandang sekeliling banglo mewah Jimin.Jihyo pula berada ditaman bersama dengan Jimin.Entah apalah yang mereka bualkan berdua itu.

"Ingat, apa pun jadi malam ni kau dengan Suga jangan keluar dari rumah aku.Anak buah aku akan jaga korang berdua"pesan Jimin bernada tegas.Jihyo mengangguk faham.Dia risau.Hati dia risau kerana malam ini Jimin akan berjumpa dengan Kai seorang diri tanpa anak buahnya.

Dia yakin yang Kai pasti merancang sesuatu kepada Jimin.Dia cuba untuk menghalang Jimin dari pergi, tetapi lelaki itu tetap bertegas ingin pergi kesana.Jihyo tunduk pandang lantai taman itu.Jimin mendekati Jihyo.Wajah Jihyo yang sedang menunduk dipandang.

"Aku dah cakap kan aku akan okay.Tak akan ada apa yang jadi lah"ujar Jimin mahu menyedapkan hati Jihyo.Dia tahu yang gadis itu risau akan keselamatannya.Bagi Jimin tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana dia sudah terbiasa berhadapan dengan musuh.

Bahaya bagaikan sudah sebati didalam hidupnya.

Jihyo mengangkat wajah pandang wajah Jimin."Saya takut"

Jimin gelak kecil mendengarnya.

"Kenapa awak gelak?"soal Jihyo pelik kerana lelaki itu tiba-tiba gelak.

"Sayang juga kau dekat aku kan"

"Mana ada"sangkal Jihyo dengan perasaan malu.Lelaki itu sudah tersengih tetapi memasamkan wajahnya apabila mendengar balasan dari Jihyo.

"Oh tak sayang.Tak apalah aku suruh je Kai bunuh aku.Tak ada siapa sayang kan"

Terkejut Jihyo mendengarnya."Janganlah buat kerja gila"ingin menumbuk bahu Jimin tetapi pantas dia berhentikan niatnya itu kerana takut jika Jimin tidak suka.

"Jimin.."

Kedua-duanya berpaling kearah seseorang yang memanggil Jimin.Seorang anak buah Jimin hampiri mereka.Dia berbisik sesuatu kepada Jimin.Dahi Jihyo berkerut melihat mereka.Terasa ingin tahu apa yang dibisikkan, tetapi tidak kedengaran apa-apa ditelingannya.Jimin mengangguk selepas anak buahnya itu membisikkan sesuatu kepadanya.

"Okayy, apa pun aku nak kau suruh Hoshi jadi ketua jaga dekat sini bila aku pergi nanti.Ingat, aku tak nak terjadi apa-apa pun.Faham??!"lelaki itu mengangguk faham dengan arahan Jimin.

"Tapi serius ke kau nak pergi seorang diri?!..tak nak sesiapa follow?"pertanyaan itu mendapat balasan gelengan dari Jimin.Dia pandang Jihyo yang beriak sedih dan risau.Nafas dia hela berat.Tidak mahu Jihyo risau akan dirinya.

"Macam inilah.Kalau aku tak balik dalam masa setengah jam.Korang pergi sana"

Anak buahnya mengangguk faham.Jihyo pula sedikit rasa lega dengan keputusan Jimin itu.Walaupun, dia tetap risau dengan keselamatan lelaki itu.Apa sahaja boleh berlaku sebelum setengah jam itu nanti.Anak buah Jimin berlalu pergi selepas mendapat arahan daripada Jimin.

"Puas hati?!"

Jihyo tersenyum dengan pertanyaan Jimin."Tapi saya tetap rasa risau.Apa pun boleh jadi sebelum tu"

"Kalau nak jadi biarlah jadi.Kita bukannya boleh halang pun"balas Jimin slumber.Jihyo pula rasa geram dengan balasan lelaki itu yang bersahaja dan tidak merasa takut.Dia tahu Jimin seorang mafia dan telah hadapi pelbagai bahaya, tetapi itu bukannya jaminan untuk Jimin tidak terluka.

Jihyo takut tentang itu.Dahlah dia belum mengingati siapa Jimin.Dia tidak mahu apa pun terjadi.Mungkin satu penyesalan yang dia akan rasakan jika sesuatu terjadi kepada Jimin.

___________

"Kau siapa?!"pertanyaan dari Yoonji membuatkan Suga yang sedang duduk diatas sofa berdiri mengadap gadis muda itu.Terpana seketika Suga melihat kecantikkan dihadapan matanya.Dia senyum.Yoonji pula berwajah masam.Kurang senang dengan lelaki dihadapannya itu.

"Hai,.."

Yoonji memutar bebola mata."Ni mesti Jimin oppa yang kutip"bebel Yoonji dan melangkah kearah pintu utama untuk ke halaman.Suga mengikuti dari belakang.

"Nama saya Suga.Awak?!"

Yoonji pusing kebelakang sambil peluk tubuh."Tak payah nak jadi seorang yang peramah.Aku tak ada masa nak layan kau ni"

"Sombongnya..hmm, sayang cantik macam ni tapi sombong dengan orang handsome macam saya ni"

Yoonji mencebik."Tolong sikit ye.Jimin oppa 10 kali lagi handsome dari kau.Entah dari ceruk mana datang tetiba nak perasan handsome"

"Yoonji.."

Mereka berdua berpaling kearah Jimin dan Jihyo.Yoonji beriak tidak suka apabila melihat Jihyo yang dibencinya.Baginya Jihyo cuba untuk merampas Jimin darinya.Lebih dulu mengenali Jimin tetapi kini lelaki itu selalu bersama Jihyo.Tanpa dia sedar perempuan yang dibencinya itu lebih dulu mengenali Jimin walaupun dia tidak mengingati.

"Tak payahlah layan dia macam tu.Mana tahu dia ni jodoh Yoonji"ujar Jimin mengusik sambil gelak kecil.Begitu juga Jihyo.Membuatkan Yoonji cemberut.Suga pula sudah tersengih-sengih.Sudah angau agaknya lelaki itu apabila bertemu dengan Yoonji.

"Jangan mengarutlah..!"getus Yoonji dan melangkah naik ketingkat atas.Tidak suka.Apa yang dia suka hanya Jimin.Tetapi lelaki itu pula menganggapnya hanya sebatas adik.

Dia masuk kedalam bilik.Pintu dihempas kuat menunjukkan dia protes dan tidak suka akan kehadiran Jihyo.Berdiri disebelah Jimin pula, semakin membuatkan hatinya membara marah.Duduk dia labuhkan diatas katil dengan wajah masam.Cermin yang berada dihadapannya dipandang biasan diri didalam cermin itu.

"Apa tak kenanya dekat aku ni hingga Jimin oppa pilih yeoja miskin tu?!"

Tanya Yoonji sendirian sambil peluk tubuh."Dan apa lebihnya yeoja tu??..dahlah miskin.Jimin oppa ni kan suka betul kutip orang miskin.Puas kutip si Jihyo tu.Dia kutip kawan Jihyo pula.Tak mendatangkan hasil langsung"gumam Yoonji dengan perasaan geram.

"Si Jihyo tu pula nampaknya pantang tengok namja kaya.Tambah pula handsome.Memang pantanglah kalau macam tu"

__________

| J I M I N

Selepas memastikan semua yang berada dirumah aku baik-baik sahaja, aku mula pandu kereta sendirian ketempat yang dijanjikan aku dengan Kai untuk berjumpa.Kami akan buat perhitungan.Aku berharap dia akan buat dengan cara yang baik kerana aku risau jika Jihyo dan Suga akan terbabit lagi.Jika begitu mereka berdua automatik dalam bahaya.Aku tidak ingin itu berlaku sama sekali.

Sampai sahaja ditempat yang dijanjikan, aku keluar dari kereta.Tempat ini agak gelap kerana kawasan bangunan terbiar.Tidak pula aku nampak sesiapa.Mungkin Kai belum sampai.Aku bersandar dibadan kereta sambil peluk tubuh.

Tiba-tiba kedengaran seseorang menepuk tangan.

"Syabas!!..datang juga hero korea kita ni"

Aku berdiri tegas sambil pandang dia dengan pandangan tidak suka."So, apa yang kau nak rundingkan.Bagitahu cepat.Aku tak ada masa nak layan kau"

"Aku nak kau serahkan kawasan Gangnam dekat aku"

Kata-katanya itu membuatkan aku terkejut.Sesuatu yang dia tidak bagi sama sekali.Aku memang seorang mafia.Tetapi aku tidak sekejam itu untuk merosakkan sesuatu demi kepentingan sendiri.

"Aku dah cakap aku tak akan bagi walau apa pun jadi"

Kai senyum sinis."Kalau ini yang jadi?!"

Terkejut aku apabila Kai mengeluarkan pistol dan halakan kepada aku."Jangan jadi pengecutlah Kai.Kalau betul namja lawan aku tanpa pistol"

Kai senyum sinis."Memang aku bukan pengecut.Aku nak bermain sesuatu yang menyeronokkan sekarang.Termasuklah ini....."

DAM!









bersambung..

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now