07 |

1.3K 176 6
                                    


Jihyo yang ingin masuk kedalam biliknya tersentak apabila lengan tiba-tiba ditarik oleh Jimin.Pintu yang sudah dibuka ditutup kembali oleh Jimin.Jihyo yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut langkah Jimin.Lelaki itu bawanya ke parking kereta.Mungkin baru menghantarnya balik.Tetapi perlu ke sebegini.Sepertinya angin Jimin tidak baik sekarang ini.Pastinya ada sesuatu yang terjadi.



"Masuk!"arah Jimin tegas.Pintu kereta dibuka.Jihyo teragak-agak untuk masuk kerana keadaannya yang blur.Jimin berdecit, Jihyo ditolak masuk kedalam kereta.Pintu kereta ditutup kuat.





"Kita nak pergi mana?!"tanya Jihyo setelah Jimin masuk kedalam kereta bersebelahannya.

"Pakai seatbelt.."


Arahan Jimin dituruti Jihyo dengan akur.Tiada senyuman walaupun sedikit dibibir itu.Apa yang telah terjadi kepada Jimin sehingga sikapnya yang sweet tadi bertukar sebegini.Cepat betul lelaki ini berubah laku.Ianya sedikit merisaukan Jihyo kerana seorang mafia boleh sahaja bersikap diluar kawalan jika berada dalam mood yang tidak bagus.Dia tidak bersuara kerana takut kata-katanya akan menaikan kemarahan Jimin.







"Aku hantar kau balik cafe kau jangan nak keluar pergi mana-mana.Duduk je dalam cafe kau tu"tegas Jimin tanpa pandang Jihyo.Pandangannya tertumpu kedepan.




Jihyo berdeham."A-awak okay?!"tanya Jihyo takut-takut.





Jimin tengok Jihyo sekilas.Dia sedar yang Jihyo takut dengannya sekarang.Dia cuba buat lagak bersahaja.Anggukkan dibalas untuk soalan Jihyo itu.Masing-masing diam tidak bersuara.Cengkerik nak masuk kedalam kereta pun takut kerana terlalu sunyi.




"Argh..!"

Terjerit kecil Jihyo apabila Jimin tiba-tiba menekan brek secara mengejut.Hampir sahaja Jihyo terhantuk kehadapan dengan tindakan mengejut Jimin itu.Jihyo pandang kehadapan dan sedikit pelik apabila melihat sebuah kereta dihadapan kereta Jimin.Jihyo paling arah Jimin dan perasan yang lelaki itu kelihatan marah.Seorang lelaki keluar daripada kereta bercat hitam itu.Berdiri tegak dihadapan kereta Jimin dengan senyuman sinis.Dia mengamit Jimib untuk keluar dari kereta dengan jari telunjuknya.



"Kau duduk je dalam kereta.Jangan keluar"tegas Jimin.Lelaki itu keluar dari kereta dan pintu kereta ditutup.



Jihyo menurut arahan Jimin.







"Dah ada perempuan simpanan.Hurm..bagus.Ada kemajuan"ujar lelaki itu sambil tepuk tangan dengan senyuman sinis.




"Apa yang kau nak cakap sebenarnya?!"tanya Jimin tujuan sebenar lelaki itu.Dia tiada masa untuk berlengah.





"Relax Jimin.Jangan gopoh.Kau kenal aku kan.Ketua mafia bernama Kai yang tidak suka terlalu kalut dalam segala hal.Kita kena lah cool"



"Aku tak ada masa nak berlagak cool dengan kau ni.Kalau kau ada benda nak cakap dekat aku just cakap.Banyak lagi benda penting aku nak buat dari hadap kau"


"Awww, so rude.Tak pandai nak hormat musuh ye Park Jimin"balas Kai sambil geleng kepala.Buat-buat terkilan.




"So, sekarang aku nak kau dengan budak-budak kau stop kawal kawasan gangnam.Biar aku dengan budak-budak aku pula jaga.Aku nak buat satu port bisnes dekat situ.Come on Park Jimin.Masih banyak lagi kawasan lain yang kau boleh kawal.Tempat maju macam gangnam tu tak sesuai untuk kau kawal"


Jimin berdecit."Bisnes kotor yang kau buat tu lagilah tak sesuai untuk kau kawal tempat tu.Tempat lain?!..pun tak sesuai untuk kau dengan bisnes kotor kau tu.Dalam mimpilah kalau kau rasa kau akan dapat tempat-tempat tu"


Kai ketawa kecil.Dalam hati sudah membara marahkan Jimin.Lelaki dihadapannya ini selalu sahaja menjadi penghalang dan mengawal semua kawasan untuk dia menjalankan bisnes 'barang' kotornya serta senjata yang berbahaya.Disebabkan itu Jimin bertegas untuk menghalang dan mengawal kawasan yang diingini Kai dan anak buahnya.Dia juga seorang ketua mafia tetapi dia tidak menjalankan bisnes seperti Kai kerana dia tahu itu hanya mendatangkan kesusahan kepadanya.Dan mungkin juga akan meletakkan Jihyo dalam bahaya.Dari awal dia yakin yang dia akan bertemu kembali dengan Jihyo.





Dia akan melakukan apa sahaja untuk mengawal tempat-tempat di Korea dari jatuh ketangan Kai dan anak buahnya.Dan akan buat apa sahaja untuk tidak meletakkan Jihyo dalam bahaya.Walaupun terpaksa mengorbankan nyawanya sekalipun.Dia sanggup dan sudah bersedia atas segala kemungkinan yang bakal berlaku sekarang atau kemudian hari.Tekadnya begitu tinggi.


"Okay, kita tengok nanti siapa yang akan menang Jimin.Oh, apa pun cantik perempuan tu.Mungkin kau akan lindungi dia macam kau lindungi tempat-tempat tu juga kan?!"ujar Kai sinis sambil pandang Jihyo didalam kereta.




Jimin menoleh kearah Jihyo.

"I want you today and tomorrow and next week and for the rest of my life"

Bisik hati Jimin.Yes, dia akan melindungi Jihyo kerana perempuan itu sangat bermakna untuknya.


______________



| J I H Y O

Sedari tadi aku hanya berdiam diri disebelah Jimin.Takut untuk bersuara bahkan mahu bernafas pun aku rasa gugup.Aku tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi antara Jimin dengan lelaki tadi.Perbualan antara mereka juga nampaknya seperti sesuatu yang tidak bagus kerana aku perasan akan riak wajah Jimin yang tidak menyenangi dengan kehadiran lelaki bertubuh tinggi itu tadi.Lelaki itu juga memandangan aku dengan pandangan yang menakutkan.Membuatkan aku tidak senang dengan pandangannya.Walau sekacak mana pun wajahnya.Teringin aku ketahui ada apa antara mereka.



Jimin berhentikan kereta dihadapan cafe.Dia meraup wajahnya sambil mengeluh berat."Aku tak akan ganggu kau buat sementara waktu.Tak akan muncul depan kau buat sementara waktu"


"Kenapa?!"aku tidak tahu kenapa aku terkejut dengan kata-kata itu.Bagaikan aku tidak mahu mendengarnya.Jimin pandang aku tanpa riak.Kosong sahaja pandangannya.



Aku mahu dia muncul.Ah, aku dah kenapa?!..kenapa aku takut jika dia tidak muncul.Sedangkan sebelum ini aku tidak mahu dia muncul malah tidak mahu mengenal dia.Apa dah jadi dengan aku sekarang?!..adakah?..Ah, mengarut.Aku tidak sukakan lelaki ini.


Dia ketua mafia.Aku tidak boleh sukakan dia.Salah sama sekali.Aku taknak mendatangkan keburukan lagi dalam hidup aku jika aku sukakan dia.Lebih lagi semuanya sudah selesai antara Jimin dan juga Suga.



"Aku tak nak kau terbabit dalam masalah aku.Kau kena hidup dengan aman"



Entah kenapa aku tiba-tiba sahaja mengeleng kepala membalas kata-kata Jimin itu.Ah, aku memang dah gila.



"Apa maksud gelengan tu?!"tanya Jimin sambil pandang aku.



"S-saya.."

Lidah aku sungguh rasa kelu sekarang ini.Apa yang ingin dicakapkan kepadanya rasa tidak terkeluar.


"Apa Song Jihyo..?"

"S-saya tak rasa yang hidup saya tak aman kalau awak muncul"aku pantas menutup mulut apabila sedar dengan kata-kata aku itu.Rasa nak tampar je mulut aku sekarang ini.Kenapa terlalu lancar mengatakannya kepada Jimin.


Reaksi Jimin hanya kosong tidak beriak.Hanya aku sahaja yang beria.Malu betul lah dengan keterlanjuran kata-kata sendiri.Nak je aku terus keluar dari kereta dah masuk kedalam cafe.Tapi tubuh aku keras bagaikan digam sekarang.Jimin tiba-tiba senyum.Tangan aku yang menutup mulut dialihkan oleh Jimin.


"My Hearts beats only for you"ujar Jimin.


Cup!


Terbeliak mata aku dengan tindakan tiba-tiba lelaki ini.


______________














🌸b e r s a m b u n g🌸

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now