| 22

882 120 3
                                    


Malam ini Jihyo tidur bertemankan airmata.Sedih mengenangkan nasib diri yang tidak berkesudahan dengan sedih dan pilu.Ada sahaja yang membuatkan airmatanya mengalir ditubir mata.Tidak menyangka Jimin berkahwin dengannya hanya untuk melihat dia mampu bertahan atau tidak.Bahagia atau tidak.Lelaki itu seperti menguji, tetapi ianya menyakitkan.

TOK ! TOK !

Jihyo mengesat sisa-sisa airmatanya.Dia bangun dan turun dari katil.Bunyi ketukan diluar mungkin Suga ataupun Yoonji.

"Ye.."

"Unnie jom makan.Kenapa awal sangat unnie tidur"Yoonji sudah memegang tangan Jihyo dan menariknya hingga terkeluar dari bilik.

"Unnie tak lapar.Yoonji makanlah dengan Suga"Jihyo menolak.Perut tidak mahu menerima apa-apa.Seleranya hilang.Kesedihan mencengkam jiwa sekarang.

Yoonji hembus nafas berat.Dikerling bilik Jimin disebelah."Unnie jangan macam ni.Kalau perut kosong nanti sakit.Macam mana unnie nak jaga Jimin oppa?!"Yoonji cuba memujuk.Dia tahu Jihyo sedih kerana Jimin.Tetapi dia tidak mahu terlalu menyebut tentang hal itu.Wajah sugul Jihyo memilukan hatinya.

"Erm..Jimin dah makan?!"

Tengoklah sekarang.Seberapa teruk sikap Jimin kepadanya, dia tetap mengambil berat perihal lelaki itu yang sudah menjadi suaminya.Sayang sungguh Jihyo kepada Jimin.

Yoonji mengeleng."Yoonji takut nak bawakan makanan dekat Jimin oppa.Takut dia marah lagi"gadis muda itu tunduk memandang lantai.Sedih dia mengingat tentang hal itu.

Jihyo sedaya upaya mengukir senyuman.Yoonji tarik kedalam pelukannya.Belakang tubuh itu digosok pelan."Janganlah sedih.Kalau Yoonji sedih, unnie pun sedih juga nanti"Yoonji terus memeluk pinggang Jihyo.Erat.Sayangnya terhadap Jihyo terlalu banyak.Sudah tiada perasaan benci.

"Dah.Jom kita turun makan.Nanti biar unnie je bawakan Jimin oppa makanan ok"Jihyo pula memujuk gadis muda itu yang tengah sedih.Dia mengangguk didalam pelukan Jihyo.






Turun sahaja ketingkat bawah ada Suga dan juga Hoshi dimeja makan.Jihyo dan Yoonji menapak kearah mereka berdua.Ralit makan sehingga tidak sedar kehadiran mereka berdua.

"Makan tak tunggu Yoonji dengan unnie lah kau orang berdua ni"gomel Yoonji dan duduk disebelah Suga.Jihyo pula masih berdiri.

"Ala, kita orang laparlah.Tu yang makan dulu"balas Suga dan disokong oleh Hoshi.

"Eh, Jihyo duduklah.Makan sama-sama"

Perlawaan Hoshi itu digeleng."Saya nak makan sekali dengan Jimin"dia melangkah keruang dapur.Hoshi tidak membalas.Sedih benar dia melihat riak wajah Jihyo.Dia bersimpati dan tidak berapa suka dengan sikap Jimin yang baginya agak keterlaluan terhadap Jihyo.

Kadangkala membuatkan dia sangsi dengan perasaan cinta Jimin kepada Jihyo.Kalau sayang kenapa sakiti?!..kan lebih elok membuatkan perempuan yang dia sayang itu senyum bahagia.Bukan seperti ini.



__________

| s o n g j i h y o

Aku duduk dibirai katil.Dulang berisi sepinggan nasi dan segelas susu aku letakkan atas meja tepi katil.Jimin yang sedang lena tidur aku pandang.Tidak sampai hati pula aku mahu bangunkan.Tetapi malam ini dia belum menjamah apa-apa.Risau pula jika dia tidur dalam keadaan perut lapar.

Seketika aku leka.Leka menatap wajahnya yang putih itu.Kacak.Tangan yang berada diatas dada aku pegang.Hangat berlawanan dengan tangan aku yang sejuk.

"I love you!..saya tak tahu bila saya akan tersenyum mendengar kata-kata indah keluar dari bibir awak untuk saya.Saya mengharapkannya.Saya rindu kita yang dulu"aku menunduk.Airmata yang mengalir diseka dengan jari.

"AH.."terjerit aku tatkala tiba-tiba pinggang aku ditarik sehingga aku terjatuh diatas dada Jimin.Mata kami berdua bertentangan.Tiada suara yang keluar.Hanya senyuman sinis Jimin yang terukir.

"Kau memang susah nak mengalah kan Jihyo"ujar Jimin.Aku mengalihkan pandangan memandang kedada Jimin yang ditutupi selimut.Sekali lagi airmatanya mengalir.Entah kenapa ayat itu sedikit menguris hati aku.

"Masa aku bercakap pandang mata aku!"

Tegas suara Jimin memberi arahan.Aku terus memandang mata itu.Aku takut.Takut Jimin memarahi aku lagi.Aku hanya mahukan Jimin yang dulu.Bukan yang sekarang.Bolehkan aku putarkan kembali masa??..aku ingin kebahagiaan.Tidak layakkah aku?!

"Untung aku dapat isteri macam kau.Aku buat macam mana pun kau tetap tahan.."Jimin berjeda seketika.Aku sayangkan kau Jimin.Aku yakin kaulah kebahagiaan aku.Disebabkan itu aku masih bertahan.

"Tapi sayang..aku terlalu benci lihat airmata ini.Boleh tak dalam sehari kau tak menangis.Em.."airmata yang mengalir dipipi aku dia lap dengan jarinya.Dia mengangkat kepala.Kedua mata aku dia kucup lembut.Hati aku terusik.Apakah makna ini??..adakah dia ingin permainkan perasaan aku??

"Jangan menangis lagi.Aku tak suka tengok airmata kau.Hati aku sakit tengok orang yang aku sayang sedih.Mianhe, aku sakitkan hati kau"Jimin memeluk aku.Belakang badan aku ditepuk perlahan.Aku terdiam.Kelu untuk berkata-kata.Adakah ini sebuah mimpi??..

"Thanks.."ucap aku perlahan.Terasa hangat didalam pelukannya.Nyaman aku rasakan.

Jimin berdeham."Dah bangun.Sakit dada aku kau ni berat"wajah aku cemberut mendengarnya.Dia tergelak kecil.Sengaja mengusik.

Aku bangun dan duduk disebelahnya."Awak nak makan??..saya suapkan"tanya aku.Dia yang ingin bangun aku cepat-cepat tolong dan dia bersandar dikepala katil.

"Sini.."dia mengamit aku dan menepuk disebelahnya.Aku bergerak dan duduk bersandar dikepala katil sebelah Jimin.Dia menarik aku supaya merapat dengannya.Aku sandarkan kepala dibahunya.

"Sayang tolong boleh?!"

"Tolong apa?!"aku tanya kembali.Tangan bermain main dengan jarinya.

"Teman pergi buat terapi"

Aku terus beralih dari bersandar dibahunya, kini duduk berdepan dengannya.Bersinar mata aku mendengar permintaan Jimin."Betul ke?"sekali lagi aku tanya.Tidak percaya dia setuju untuk buat terapi.Aku rasa aku orang yang paling bahagia mendengarnya.

"Ye sayang..nak temankan ke tak ni?!"

Aku terus memeluk tubuh itu sambil senyum bahagia.Terasa rambut aku dibelai lembut oleh Jimin."Thanks sebab setuju"

Jimin tergelak kecil."Welcome sayang ku.."


____________









b e r s a m b u n g . . .

- jemputlah baca story baru saya..novel melayu bertajuk AYYAN NAUFAL  -

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now