12 |

981 131 4
                                    


| J I M I N

Aku melepaskan tautan dibibir Jihyo sambil memandang wajahnya yang jelas terkejut dengan apa yang baru sahaja aku lakukan.Yes, dia memang terkejut apabila mata dia langsung tidak berkedip.Why kau sangat susah untuk mengingati aku Song Jihyo?!..apa lagi aku perlu buat supaya kau mengingati aku?!

Aku menghembus nafas berat.Rambut aku kuak kebelakang.Sungguh perasaan aku sangat geram sekarang.Marah bercampur baur.Bukannya aku marah akan Jihyo.Tetapi diri sendiri yang gagal untuk buat Jihyo mengingati aku.Serta dengan kedatangan Kai ke Cafe milik Jihyo.Aku risau jika Kai merancang sesuatu yang akan melibatkan Jihyo.Aku tidak mahu Jihyo berada dalam kesusahan.

Aku pandang ketepi.Memandang tasik buatan manusia yang terdapat dikawasan itu.Sekali lagi aku mengeluh.Buntu ingin memikirkan bagaimana mahu menjauhkan Jihyo daripada Kai.Dia yakin Kai pasti akan datang lagi ke cafe milik Jihyo.

"Mianhe.."

Aku paling arah Jihyo apabila mendengar ucapan maafnya.Dia tunduk memandang jalan.Aku pejam mata seketika ingin meredakan kemarahan.Risau jika aku lepaskannya terhadap Jihyo.Dia tidak bersalah dalam soal ini.

"Jom..aku hantar kau balik"

"Saya tahu saya salah.Saya minta maaf.Sungguh saya tidak ingat apa-apa"sekali lagi Jihyo bersuara.Mendengar dari ucapannya itu, aku tahu dia betul-betul rasa bersalah.Aku sekadar angguk dan mula melangkah kearah kereta.

Aku betul-betul tiada mood sekarang.Aku rasa aku perlu jumpa Kai untuk buat rundingan.entah kenapa aku jadi takut, lemah jika semua masalah ini sudah mula babitkan Jihyo.

Aku takut jika kehilangan Jihyo sekali lagi.Jihyo masuk kedalam kereta selepas aku masuk dibahagian pemandu.Kami berdiam diri.Masing-masing tidak bersuara.Rasa kejanggalan selepas apa yang jadi sebentar tadi.Sungguh aku tidak dapat mengawal diri aku tadi.Aku mula hidupkan enjin kereta dan kami meninggalkan kawasan itu.

Aku berdeham.

"Aku nak kau tinggal dekat rumah aku sementara waktu ni"

_____________

| J I H Y O

"Aku nak kau tinggal dekat rumah aku sementara waktu ni"

Terus aku menoleh kearah Jimin apabila mendengar apa yang dia perkatakan.Sungguh aku terkejut.Kenapa dia suka buat kejutan yang bagi aku tidak masuk akal?!..dan aku buntu apakah penyebabnya setiap apa yang dia perkatakan.Dia tengok aku sekilas dan kembali pandang kedepan.Dia sedang memandu sekarang.Agak bahaya jika terusan memandang aku.

"Kenapa saya kena tinggal dekat rumah awak?!..macam mana dengan cafe?"

"Cafe tutup"

What?!..serius Park Jimin memang dah gila sekarang.Perlu ke sampai sebegitu?!..tutup cafe?!

"Awak dah gila ke sampai suruh saya tutup cafe?!..tu je yang saya ada untuk sara kehidupan saya dan Suga"aku rasa hati aku panas sekarang.Marah akan segala arahan pelik dari dia.

"Aku boleh tanggung kau.Suga sekali pun aku boleh tanggung"

Pening aku apabila mendengar apa yang Jimin katakan.Sungguh aku tidak tahu apa yang sedang terjadi.Aku perlukan seseorang untuk menerangkan kepada aku semuanya.Kenapa Jimin bersikap seperti ini?!kenapa dia menghalang semuanya?!..bagaikan ingin mengatur hidup aku.

"Boleh tak awak bagitahu saya apa yang tengah jadi ni?!..kenapa awak bersikap macam ni?!..awak tahu awak tengah atur hidup saya??..saya tak suka"Jihyo membalas dengan berani kerana dia pun tahu apa erti marah.Bukan hanya seorang mafia.

Jimin terdiam bila aku cakap sebegitu.Jelas riak tidak suka diwajahnya apabila mendengar apa yang aku katakan.Dia paling kedepan.Rasa takut aku rasakan apabila melihat Jimin mengengam stereng dengan kuat.Aku tahu dia sedang marah.Menyesal pula bila aku kata sebegitu sebentar tadi.

"Kau ingat aku sengaja ke nak atur hidup kau??kongkong hidup kau?!.."pertanyaan dia yang lantang itu mengejutkan aku.Aku terdiam.Takut untuk bersuara kali ni.

Jimin sekali lagi berhentikan kereta dengan mengejut.Aku takut jika dia bertindak diluar batasan dengan keadaan dia sekarang.Dia paling kearah aku dengan muka yang marah.

"Kau tak nampak ke sekarang ni aku nak lindungi kau??kau buta ke apa?"

Aku sekadar tunduk.Takut untuk bersuara.

"Aku sayang kau.."

Aku angkat wajah pandang dia yang berjeda seketika.Aku terkejut mendengarnya walaupun sering dia katakan seperti itu.Tetapi kali ini nadanya lain.Ada keikhlasan pada nada suara Jimin yang betul-betul dapat aku rasakan.

"Aku sayang kau..sebab tu aku buat semua ni.Kau tak nampak ke Jihyo?"

Entah kenapa aku rasa tersentap dengan pertanyaan itu.Rasa bersalah.

____________

"Aku tanya mana Jihyo.Jadi jawablah bodoh!!"

Satu tendangan membuatkan Suga yang sedang berdiri ketakutan jatuh kebelakang terkena dinding cafe.Dia mengaduh kesakitan.Tidak sangka terlepasnya dia dari Jimin, sekarang muncul mafia lain pula membelasahnya.

"Aku dah cakap aku tak tahu Jihyo pergi mana"ujar Suga sambil terbatuk batuk rasa sakit didadanya kerana jatuh sebentar tadi.

Kai senyum sinis.Dia duduk mencangkum dihadapan Suga dengan muka yang bertukar begis."Aku paling pantang kalau orang menipu.Tolong jangan nak menipu aku.Aku tahu yang kau tahu dia dekat mana"

Suga mengelengkan kepala.Sungguh dia tidak tahu Jihyo kemana bersama dengan Jimin tadi.Jika dia tahu sekalipun dia tidak akan memberitahu Kai.Dia tahu yang Kai berniat tidak baik terhadap Jihyo.

"Kau memang nak mati ke apa?"

"Tolong!!..tolong jangan..aku merayu!"

Terkejut Suga apabila Kai tiba-tiba mengeluarkan pistol dari dalam poket jacketnya.Dia memandang sekeliling untuk melarikan diri tetapi dia terperangkap kerana terdapat dinding dibelakangnya.Kai pula berada didepannya.

Kai senyum sinis."Aku rasa Jihyo patut tengok mayat kau bila dia balik nanti"

_______________








bersambung..



Hope support juga Suami Aku 19 tahun..hero baekhyun !

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now