| 21

859 107 10
                                    

Terkejut Jihyo apabila Jimin menarik lengannya dari pegangan tangan Jihyo.Jihyo tak tahu kenapa??..tetapi dirinya ingin mengatakan itu.Jihyo bahagia, tersangat bahagia jika Jimin sentiasa ada bersamanya.Jihyo ingin dia dan Jimin bersama selamanya.Tidak mahu Jimin merasakan dia menyusahkannya kerana tidak sedikit pun dia merasa susah menguruskan Jimin.

"Apa kau mengarut ni??..kau gila ke nak kahwin dengan aku yang macam ni.Jangan jadi gilalah Jihyo"marah Jimin.Dia mengerakkan kerusi roda dan bergerak masuk kedalam.Jihyo yang berada dibalkoni berdiri.

"Awak kata awak cintakan saya.."

Jimin berhenti apabila Jihyo bersuara.Tidak menoleh kebelakang.Hanya kedengaran esakkan tangis Jihyo ditelinganya.

"Awak janji tak akan tinggalkan saya.Nak bahagiakan saya.Tapi sekarang kenapa awak macam ni??..kenapa buat saya macam ni??saya bahagia bila awak ada dengan saya.Sakit sangat bila awak macam ni Jimin"Jihyo tunduk.Bahunya terinjut menangis.Sebak dirasakan dadanya saat ini.Terlalu sakit rasanya disitu.

Jimin menghembus nafas berat.Dia juga ingin sentiasa bersama Jihyo.Hatinya sakit setiap kali melihat, mendengar Jihyo menangis dan sedih kerananya.Tetapi dia tidak mampu untuk menahan perasaan setiap kali mengenang keadaannya.Lumpuh tidak boleh berjalan.Dia merasakan terlalu kerdil dengan Jihyo.Takut.Takut jika Jihyo tidak bahagia bersamanya.

Jimin memusingkan kerusi roda kearah gadis kesayangannya itu.Jihyo yang berdiri berdepan dengannya sambil tunduk pandang lantai dipandang.Dia mengerakkan kerusi rodanya mendekati Jihyo.

"Kau betul-betul nak kahwin dengan aku?!"tanya Jimin.Jihyo yang menunduk drastik memandang Jimin.Dia mengangguk laju.Dia yakin lelaki dihadapannya inilah kebahagiaannya.Tiada yang lain.

"Walaupun aku lumpuh, kau tetap nak kahwin dengan aku?!"

Sekali lagi Jihyo mengangguk."Saya tak kisah.Lagipun saya akan tolong awak.Saya yakin awak boleh sembuh"bersinar mata Jihyo mengatakannya.Dia betul-betul bersungguh dengan keputusannya itu.

Jimin gelak kecil.Terhibur pula dia mendengarnya.Jihyo terlalu yakin, sedangkan dia tidak."Ok, kita kahwin"

_________

Doctor muda bernametag Sunggyu itu duduk dimejanya berhadapan dengan Suga dan Yoonji.Selepas menunjukkan x-ray Jimin.

"Keputusan menunjukkan positif.Agak positif.Jadi berkemungkinan Encik Jimin akan sembuh jika dia setuju untuk buat terapi.Kena datang 3 kali dalam seminggu.Buat senaman yang kami syorkan"Suga dan Yoonji terangguk angguk faham.

"Doctor rasa berapa peratus berkemungkinan Jimin akan boleh berjalan balik?!"tanya Suga.Dia perlukan satu penyataan yang boleh menyakinkan Jimin.Lelaki itu terlalu down dengan keadaannya.Risau jika Jimin tidak bersetuju untuk menjalankan terapi itu.

"Ianya bergantung kepada persetujuan Encik Jimin.Kalau dia selalu datang terapi, rajin buat senaman.Makan ubat teratur.Peratus untuk sembuh itu agak tinggi"terang Doctor Sunggyu.






"Saya risaulah kalau Jimin oppa tak setuju nak buat terapi tu?!"Suga yang baru masuk ke seat pemandu itu dipandang.Dia terlalu risaukan Jimin.Orang yang sudah dia anggap seperti abang kandung sendiri.

Suga senyum nipis.Enjin kereta dihidupkan.Bergerak meninggalkan kawasan hospital itu."Kita cuba dulu.Mula-mula tu mungkin agak susah dia nak terima.Tapi saya yakin dia akan terima juga.Dia pun nak macam dulu balik"

"Kesian Jihyo unnie.Saya selalu dengar dia kena marah dengan Jimin oppa"ujar Yoonji bernada sedih.Walaupun dulu dia tidak sukakan Jihyo, tetapi sekarang dia sudah menganggap Jihyo seperti kakaknya.Perempuan itu terlalu baik dengannya.

Dia rasa menyesal kerana membenci Jihyo dulu.Rasa yang teramat lega apabila kecederaan Jihyo tidak teruk.Begitu juga dengan Jimin.Kalaulah kecederaan teruk berlaku, penyesalan seumur hidup dia akan rasakan.Mungkin tidak akan memaafkan diri sendiri.Disebabkan itulah dia merasa lega.

__________

Songjihyo Pov...

Tersentak aku tatkala tangan Jimin memegang tangan aku.Sejuk aku rasakan tangan aku sekarang.Jimin disebelah aku pandang.Kami bertentang mata.Ada senyuman dibibirnya.Aku rindukan senyuman itu.Rindu sangat.Kedengaran beberapa orang berbual dibelakang kami.

Aku toleh kebelakang.Ada Suga, Hoshi, Yoonji dan beberapa lagi anak buah Jimin.Aku kembali pandang depan.Paderi yang berdiri didepan aku dan Jimin bersedia untuk menjalankan tugasnya.

"Park Jimin, adakah anda menerima Song Jihyo sebagai isteri anda selamanya?!"

"Saya terima.."jawab Jimin sambil mengangguk.Aku dan dia duduk diatas kerusi memandangkan keadaan Jimin.

"Song Jihyo, adakah anda terima Park Jimin sebagai suami anda?!"tanya paderi kepada Jihyo pula.

"Saya terima.."

"Tahniah, anda berdua boleh kiss sekarang"

Berdegup kencang jantung aku mendengarnya.Sedikit terkejut mendengar sorakkan dibelakang.Tangan sejuk aku sekali lagi dipegang Jimin.Kami berpandangan."Thank you, sayang"

CUP!





Aku tersenyum malu.Biasan figura diri sendiri dicermin bilik mandi aku pandang.Tidak percaya rasanya aku sudah menjadi milik Jimin.Kami akhirnya disatukan.

"Jihyo..!"

Ternaik bahu aku apabila terdengar suara Jimin memanggil.Pintu bilik mandi aku buka.Menghampiri Jimin yang sedang duduk dibirai katil.

"Kenapa?!..awak nak apa-apa ke?"aku duduk diatas kerusi roda berhadapan dengannya.

"Aku lapar.Nak makan"aku senyum mendengarnya.Lapar rupanya.Kesian sayang aku ni.

"Saya turun kejap ambilkan makanan.Sebelum tu awak nak mandi dulu ke??!..tukar baju tu.Mesti panas"dia mengeleng menjawab pertanyaan aku.Entah kenapa aku tidak nampak senyumannya.Kemana telah hilang senyuman itu..??!

"Tak apa.Kalau nak aku boleh urus sendiri.Kau bawakan je makanan.Letak atas meja.Aku nak tidur sekejap"Jimin berbaring.Aku tidak bersuara.Kenapa Jimin lain??!..tadi dia panggil aku sayang.Sekarang??..tadi ke kali terakhir dia akan memanggil aku sayang??..aku senyum nipis pandang dia yang sudah memejam mata.Aku berdiri dari kerusi roda.

Belum sempat aku mahu membuka pintu bilik, Jimin bersuara.

"Kau boleh tidur dibilik sebelah.Kita tak akan tidur sekali.Aku tak nak kau bersama dengan lelaki cacat ni.Kau yang yakin aku boleh sembuh.So, tunggu je sampai aku sembuh.Itu pun kalau aku sembuh.."

Sakit.Perih.Itulah yang aku rasakan apabila mendengarnya.Tega Jimin mengatakan itu kepada aku.Kenapa buat aku begini??..aku keluar dari bilik.Airmata aku kesat laju.

___________








b e r s a m b u n g . . .

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now