08 |

1.3K 159 2
                                    


| SONG JIHYO

Aku menutup muka dengan bantal kerana rasa malu yang teramat sangat.Rasa mahu menyorok wajah aku dimana mana supaya tidak dapat dilihat lagi.Mulut aku yang gatal sangat mengatakan sesuatu sehingga Jimin nekad mencium bibir aku.Tidak tahu aku harus bereaksi apa sekarang.Bantal aku alihkan dari menutup muka.

"Pabo lah kau Jihyo"kepala aku ketuk kesal dengan diri sendiri.Macam manalah aku mahu berhadapan dengan Jimin nanti.Setelah apa yang berlaku antara kami sebentar tadi.

Aku yang merasa malu.Jimin pula hanya bersahaja.Lelaki seperti itulah.Mereka mana mudah merasa malu dengan apa yang berlaku.Ahhh...memanglah, dia yang melakukannya.Jimin pabo!!

___________

Cup!!

Mata Jihyo terbeliak apabila Jimin mencium bibirnya sekilas.Serasa dirinya melayang tiada arah tujuan.Diatas kata-kata sendiri lelaki itu nekad melakukan perkara diluar jangkaan.Jihyo terbatuk kecil.Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.Jimin pula hanya senyum singkat.Merasa kelakar apabila melihat reaksi terkejut Jihyo.

"Mendengar apa yang kau katakan.Aku rasa tidak salah kan apa yang aku buat"

Ahh..sekarang ini Jihyo merasakan kegeraman yang amat sangat terhadap dirinya sendiri.Dia sedikit menjauh dari Jimin.

"Saya tidak bermaksud yang awak boleh.."

"Kenapa kau takut boyfriend kau marah?!"

Percakapan Jihyo dipintas.Soalan Jimin menjerat dirinya.Memang dia tidak ada boyfriend dan Jimin akan merasakan tiada salahnya dia mencium Jihyo.Sesuatu yang tidak masuk akal.

Jihyo mengelengkan kepalanya.

"So, tak ada masalahlah aku kiss kau"

Senang apa yang diperkatakan Jimin.Jihyo pula yang mengelabah apabila first kiss nya diambil oleh seorang ketua mafia.Hancur impiannya ingin memberikan first kiss kepada putera idamannya nanti.Jimin sudah lebih dulu merampas impiannya itu.

"Saya masuk cafe dulu"

Jimin mengangguk.Aku keluar dari kereta.Setelah pintu ditutup kereta Jimin melunjur pergi dari hadapan cafe aku.Aku menghela nafas berat.Langkah aku atur masuk kedalam cafe.

____________

TOK! TOK!

Terkejut Jihyo mendengar ketukan pintu dari luar.Hilang semua fikirannya yang teringat kepada Jimin.Yang menganggu tidak lain adalah Suga.Apa sahajalah yang lelaki gula itu mahu bertanya kepada Jihyo.Dia mungkin risau kerana Jihyo balik terlalu lewat.Terlalu lama Jihyo bersama Jimin.Risau jika temannya itu diapa apakan oleh ketua mafia itu.Dia juga yang akan merasa bersalah.Kerana ia berpunca dari sikap kedegilan dirinya.

"Jihyo.."

"Masuklah.Pintu tak kunci"

Pintu dikuak dari luar.Terjengul Suga dengan wajah yang risau.Dia hampiri Jihyo dan duduk bersila diatas katil temannya itu.

"Kau okayy?!!..Jimin ada buat apa-apa dekat kau ke?"soal Suga bernada cemas.Membuatkan Jihyo memutar bebola mata.Apa sahajalah si suga ini.Selalu sahaja fikir yang bukan-bukan.

"Aku okaylah.Dia tak buat apa-apa pun"

Jihyo turun dari katil dan melangkah naik keatas bumbung melalui tangga yang terdapat dalam biliknya.

"Mustahil Jimin tak buat apa-apa.Dia tidak sebaik itu"

Suga mengikuti Jihyo naik keatas bumbung.Dia duduk disebelah Jihyo.Memang disinilah Jihyo selalunya jika mempunyai masalah atau ingin bersendirian.Sambil termenung mengenang nasib diri sambil memandang kepekatan malam.Ianya sedikit sebanyak melegakan hatinya.

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now