| 28

1.1K 118 11
                                    


Seperti kebiasaan rutin harian di Pulau serba indah ini, Jihyo akan bangun diawal pagi untuk ke pantai.Rasa terkejutnya pasal bertemu dengan Jimin masih lagi terasa.Tetapi cuba untuk abaikan.Dia tidak ingin menangis lagi.Walaupun sakit dan luka dihatinya masih terasa serta berbekas.Dia juga cuba untuk melupakan lelaki itu.Jimin sudah tiada hak keatas dirinya.Mereka sudah bukan suami isteri.Kekasih pun bukan.Kalau boleh dia tidak mahu ada apa-apa lagi dengan Jimin.

Biar sahajalah apa yang telah berlaku pergi bersama hatinya yang sudah tawar hati.Mungkin rasa sayang dan cinta itu masih ada, tetapi rasa takut dilukai buat kali kedua menguasai dirinya.

"Huh.."tangan yang rasa sejuk digosok dengan hembusan keluar dari mulutnya.Akibat terlampau sejuk keluar asap dari mulutnya.Kedengaran pintu bilik sebelah dibuka mengalihkan pandangannya.

Bertembung pandang dengan Jimin.Lelaki itu mengukir senyuman.Tetapi tidak dibalas oleh Jihyo.Malahan dia melangkah turun dan menapak pergi untuk ke pantai.Jimin mengeluh berat.Dia turun untuk ke cafe.Rasa lapar sehingga mengeluarkan bunyi diperutnya.Bagaikan sedang bernyanyi lagu keroncong.

"Nah.."

Jimin mengangguk perlahan apabila Daniel meletakkan secawan coffee panas didepannya.Lelaki itu duduk dihadapan dengannya.Jimin menghirup coffee itu perlahan lahan.

"Apa kau nak buat sekarang ni?"tanya Daniel.Sekeping roti bakar didalam pinggan depannya diambil dan masukkan kedalam mulut.

"Aku tak tahulah Niel.Buntu gila aku sekarang ni.Dia tengok muka aku pun tak nak.Aku senyum pun tak balas.Terus pergi macam tu je"keluh Jimin bernada lemah.Runsing sahaja riak wajah itu.

"Cubalah pujuk dia lagi.Jangan putus asa.Kau kena faham Jimin, hati dia tu sakit sangat dengan apa yang jadi.Susah untuk dia terima.Tapi tu bukan alasan untuk kau putus asa.Teruskan pujuk dia.Aku rasa kau tak nak kehilangan dia buat kali kedua kan?"

Jimin mengangguk pelan.Tidak.Dia tidak mahu kehilangan Jihyo lagi.Cukuplah sekali dia kehilangan Jihyo diatas kesilapannya sendiri.

Daniel berdiri."Oklah, aku nak kena pergi pantai ni.Ada pelancong tengah tunggu aku nak menyelam"

Jimin sekadar mengangguk.

"Kalau kau ada masa.Datanglah nanti.Bolehlah menyelam sekali.Dapatlah tenangkan fikiran kau yang kusut tu"ujar Daniel dan melangkah pergi.Sebelum itu dia menghampiri kaunter.

Bila difikirkan betul juga apa yang Daniel katakan itu.Menyelam salah satu cara untuk menenangkan fikiran.Kalau fikiran dia kusut.Macam mana nak pujuk Jihyo nanti.Kalau dua-dua kusut memang tak akan menjadilah misi mengembalikan Song Jihyo.Telefon didalam poket seluar dia ambil.Nombor telefon Suga didail.

"Ye, kenapa Jimin?"

"Kau dengan Yoonji dekat mana sekarang?"tanya Jimin sambil mengaru keningnya.

"Kita orang belum bertolak lagi pun ni.Yoonji kena jumpa pensyarah dia dulu.Kena hantar kerja apa tah"

Jimin terangguk angguk."Oklah kalau macam tu.Nanti kalau sampai call aku.Ni Hoshi macam mana?"

"Hoshi tak ikut sebab syarikat kau tu ada projek baru dia cakap.Kena uruskan.Nak tinggal dia tak berani.Susah nak percaya.Semua pekerja baru lagi"

"Okay, tak apalah kalau macam tu.Bagus juga tu.Tak semua orang kita boleh percaya"

Talian dimatikan.Baki terakhir coffee dia hurup sehingga licin.Rasa nak makan tiada selera dia rasakan.Fikiran asyik terfikirkan Jihyo sahaja dari tadi.Dia berdiri dan melangkah pergi dari situ selepas bayar dikaunter.


[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now