| 20

868 120 10
                                    


"Keluar aku cakap!!!"

Terkocoh kocoh Jihyo masuk kedalam rumah dan menapak ke tingkat atas.Suga yang berdiri dimuka pintu sedikit terpinga pinga.Apabila menyedari telinganya terdengar jeritan Jimin, dia terus berlari naik ke tingkat atas.Masuk saja kedalam bilik dia tengok Yoonji menangis, pinggan nasi bersepah diatas lantai.Apa sudah jadi?!..kapal karamkah ini?

"Kenapa ni??..Jimin.."Jihyo menghampiri Jimin.Sekilas Yoonji yang tengah menangis dipandang.Dia kerling Suga memberi isyarat supaya bawa Yoonji keluar dan menenangkan gadis muda itu.Suga yang mengerti mendekati Yoonji.

"Yoonji jom..kita keluar dulu"Suga memujuk.Dia dan Yoonji keluar dari dalam bilik itu.Dia yakin Jihyo dapat handle situasi ini.Jimin sayangkan Jihyo.

"Jimin kenapa ni?..Yoonji risaukan awak.Hari ni seharian awak tak makan"dia melutut dihadapan Jimin.Lelaki itu dipandang.Tangannya memegang tepi kerusi roda yang diduduki Jimin.Wajah itu seperti selalu tiada senyuman walau secalit.

"Kenapa bukan kau yang bawakan aku makanan?!"

Dahi Jihyo berkerut mendengarnya.Aikk, sakit-sakit pun nak bermanja dengan Jihyo.Sampai berterabur nasi dilantai dibuatnya, sebab nak Jihyo yang bawakan.Haish..lelaki kalau dah berperangai macam ni memang susah.Manja mengalahkan perempuan.Jihyo senyum nipis.

"Aku tengah marah boleh pula kau senyum!"gomel Jimin apabila melihat Jihyo tersenyum.Dia dahlah lapar seharian tak makan, tertunggu Jihyo yang bawakan makanan.Tetapi Yoonji pula yang bawakan.Panas hati dia dibuatnya.

Jihyo mencuit pipi putih Jimin sekilas."Manjalah awak ni.Saya pergi cafe.Tengok keadaan cafe macam mana.Lama sangat tinggalkan.Janganlah macam ni.Saya bawakan awak makanan ok?!"balas Jihyo memujuk.Reaksi Jimin tetap begitu.Masam mencuka.Tiada anggukkan mahupun gelengan.

Jihyo berdiri.Lantai yang berselerak dengan nasi dia hampiri.Tunduk mengambil pinggan.Kejap lagi kena cuci pula.Nasib baik tidak berkuah.Kalau tidak terpercik dekat cadai katil nanti."Awak tunggu dulu ye.Saya turun bawah kejap"dia tengok Jimin sekilas dan keluar dari bilik.

"Aku tak nak kau susah-susah sebab aku Jihyo"ujar Jimin perlahan.Kakinya yang kaku dipandang.Cuba untuk gerakkan, tetapi tidak boleh.Dia bosan.Bosan hidup sebegini.Hidup bergantung harap dengan orang lain.Seperti meminta simpati.




___________

"Aku nak Jimin oppa makan je.."

Jihyo yang sedang turun tangga toleh kearah ruang tamu.Disitu ada Suga dan Yoonji.Sahabatnya itu sedang menenang Yoonji yang sedang menangis.Mestilah dia terasa hati dengan Jimin.Boleh pula dia tumpahkan nasi yang dibawa Yoonji.Jimin ni pun satu.Tak boleh agaknya kalau bukan Jihyo yang bawakan dia makanan.Nak Jihyo juga.Tak semena mena gadis muda itu pula yang dia tengking.

"Lepas ni biar unnie je bawakan oppa Yoonji tu makanan.Yoonji bawakan makanan dekat Suga je"Jihyo bersuara.Sempat pula dia mengusik.Suga tersengih membuatkan Yoonji tersipu malu.Haish, menjadilah diorang berdua lepas ni.Ada sesi luahan agaknya nanti.Suka Jihyo melihat keduanya.Sama padan.

"Pandai dah kau ye Jihyo.Mengusik aku pula"Jihyo mengekek dengar Suga cakap macam tu.Sempat pula tu mata miang si Suga mengenyit kepada Yoonji disebelah.Makin malulah gadis muda itu.Jihyo tergeleng geleng kepala dan masuk kedapur.Lama-lama kan mengamuk pula kesayangan dekat atas.

Satu hal pula kena pujuk.









Selepas mengambil makanan, Jihyo naik kembali ketingkat atas.Dikerling Suga dan Yoonji sedang menonto tv.Bergelak ketawa pula tu menonton.Cerita apalah yang lawak sangat tu.Jihyo menapak naik ketingkat atas.Masuk kedalam bilik Jimin, lelaki itu sedang berada dibalkoni.Jihyo senyum sendiri, dulang makanan dibawa menghampiri Jimin.Diletakkan atas meja tepi Jimin.Dia berdiri dibelakang Jimin.

"Jom kita makan"ujar Jihyo lembut.Kerusi roda Jimin dipusing mengadap meja.Dia duduk diatas kerusi depan meja itu.

"Awak nak makan sendiri ke??..ke saya suap?!..saya suap ok.."sudu dipegang.Tanyakan soalan itu pun dia tetap mahu menyuap Jimin.Dia mahu melakukannya supaya lelaki itu sedar akan perasaan cintanya terhadap lelaki itu.Sangat mendalam.

Tersentak sedikit Jihyo apabila Jimin rampas sudunya yang dipegangnya."Tak payah layan aku macam raja.Aku lumpuh separuh badan.Tangan masih boleh gerak"Jihyo terdiam mendengarnya.Dia tidak bermaksud sebegitu.Dia ikhlas nak buat apa sahaja untuk Jimin.

"Aku tak suka kau susahkan diri kau sebab aku.Aku tak boleh nak bagi apa-apa pun dekat kau.Dah tak boleh nak lindungi kau, bawa kau sana sini macam dulu.Bahagiakan kau?!..jauh sekali tak boleh"tegas Jimin.Bagi dia, dia langsung tidak berguna.Boleh ke dia bahagiakan Jihyo dengan keadaan sebegini?!..

"Saya tak perlukan semua tu.Saya hanya perlukan awak.Sedikit pun saya tak rasa awak menyusahkan saya.Saya bahagia macam ni"balas Jihyo sambil tunduk pandang tangannya diatas riba.

Jimin berdecit.Dia mendekat sedikit dengan Jihyo.Dagu Jihyo diangkat supaya gadis itu pandangnya.Jelas mata itu berkaca.Bila-bila masa sahaja akan tumpah.

"Aku hidup untuk jadi perlindung kau.Aku jadi mafia sebab nak cari kau.Semua orang cakap aku kuat, ketua mafia yang digeruni.Impian aku nak bahagia kau.Tapi kau yakin ke aku boleh bahagiakan dengan keadaan aku yang tak boleh berjalan?!"matanya tepat memandang anak mata Jihyo.Setitis demi setitis airmata mengalir dipipi Jihyo.

Jihyo mengangguk perlahan dengan dagunya masih dipegang Jimin."Saya hanya boleh bahagia kalau dengan awak.Saya tak kisah awak macam mana.Please..awak boleh sembuh"

Dagu Jihyo dilepaskan.Dia berpaling arah lain."Jangan tipu diri kau Jihyo.Aku tahu kau tak bahagia"dia bersandar dikerusi roda.

"Saya bahagia.Awak nak bukti ke?!"tanya Jimin.Kenapa Jimin terlalu menindakkan itu?!..dia bahagia.Cukup bahagia jika Jimin sentiasa bersamanya.

Jimin pandang Jihyo.Dia senyum sinis."Bukti yang kau bahagia dengan lelaki cacat macam aku ni??!..bahagia ke macam tu?"Jihyo mengeleng berkali kali.

"Kita kahwin Jimin"

Terkejut Jimin mendengarkan kata-kata Jihyo itu.Mereka berpandangan.Tidak bersuara.Jihyo betul-betul nekad dengan keputusannya.Dia tidak kisah siapa pun Jimin.Cinta tidak perlukan kesempurnaan.Cukuplah jika dua hati saling mencintai.Jika inginkan kesempurnaan, kalian tidak mampu menemui cinta.

__________











b e r s a m b u n g . . .

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now