| 16

901 126 4
                                    


| J I H Y O

PRAK!

Aku menutup mulut apabila terpijak sesuatu.Suga dan Hoshi terkejut melihat aku.Mereka berdua serentak meletakkan jari dibibir memberi isyarat kepada aku supaya jangan buat bising.Aku mengangguk tanda faham.Haish, boleh pula aku terpijak kayu.Nasib baik bunyinya tidak kedengaran kuat.Perlahan sahaja.Hanya kami bertiga sahaja yang dengar.

Kami bertiga perlahan lahan melangkah naik ketingkat atas bangun terbengkalai ini.Suasana sangat gelap membataskan penglihatan kami.Perlahan lahan kami melangkah tidak mahu membuat bunyi dan didengari oleh Kai.Keadaan dibawah sunyi sepi, jadi kami naik ketingkat atas.Mungkin Kai dan Jimin berada diatas.Hati aku berharap tiada apa-apa yang terjadi kepada Jimin.

"Korang rasa Kai datang seorang ke?!"tanya Suga seakan akan berbisik.Hoshi menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.Aku hanya diam tidak tahu harus menjawab apa.Lebih lagi Kai aku tidak berapa kenal.Fikiran aku sekarang ini pula hanya memikirkan Jimin sahaja.

"ARGHHHHH!!!.."

"Bunyi apa tu?!"tanya Suga apabila terdengar jeritan mengejutkan kami bertiga.

"Tu suara Jimin"aku mulai rasa takut.Aku takut jeritan itu memberi maksud Jimin sedang diapa apakan oleh Kai.Hoshi yang turut mendengar terus melangkah laju kearah itu.Diikuti oleh aku dan Suga.Kami perlu cepat jika tidak mahu apa-apa yang teruk terjadi kepada Jimin.

"YAHHH!!!..KAIIII!!"

Hoshi menjerit sebut nama Kai.Sungguh aku terkejut apabila melihat Kai sedang memijak betis Jimin.Lelaki yang selama ini terlihat kuat , selalu melindungi aku ini sedang terbaring kesakitan dengan betis berlumuran darah.Sungguh aku tidak percaya itu Jimin.Ingin sahaja aku pergi kepada Jimin tetapi Suga terlebih dulu sudah memberi amarah supaya jangan pergi.Apa sahaja Kai mampu buat.

"Wow!!..orang-orang setia kau dah datang Jimin!"dia bertepuk tangan apabila melihat aku, Suga dan Hoshi.Jimin yang terbaring memandang kami bertiga dengan wajah terkejut.

"Kenapa korang datang??!!..Hoshi kenapa kau bawa Jihyo??..kau bodoh ke apa??!"tanya Jimin dengan nada marah.

"Dia yang nak datang.Kami datang sebab risaukan kau Jimin.Kai lepaskan Jimin.Kau gila ke apa??!..janji nak bincang.Apa kau buat ni?!"marah Hoshi geram.Aku tidak bersuara.Takut jika Jimin marah.Suga juga turut diam.Menyorok dibelakang aku kerana takut.

Kai ketawa selepas Hoshi habis bercakap.Annoying sungguh kedengaran ketawa dia ditelinga aku.Aku tengok Jimin yang sedang menahan kesakitan.Sungguh aku ingin pergi pada dia.Jimin semakin lemah, aku tahu itu.Sekuat mana pun Jimin, dia tetap manusia biasa.Punya rasa sakit.

"Boleh je kalau nak aku lepaskan bos kesayangan kau ni.Asalkan.."Kai pandang aku dengan reaksi penuh makna.

"Jangan kau berani Kai.Kau bunuh je aku!!!"ujar Jimin kuat.Aku sudah ketakutan.Kini giliran Suga pula berdiri didepan aku bertujuan melindungi aku.Jimin aku tengok berusaha untuk bangun.Tetapi kakinya kesakitan.Mata aku berkaca.Bila-bila masa sahaja airmata ini akan tumpah.







"Berikan saja perempuan ini kepada Kai, jimin.Lepas tu kau balik kerumah.Aku rawat luka kau.Sebagai omma aku bertanggungjawab.Kau uruskan syarikat dan hidup senang lenang.Tak payah lagi dah kau nak fikir manusia ni semua"tiba-tiba Hye Jin muncul dan berdiri bersebelahan dengan Jihyo dan Suga.Membuatkan mereka terkejut dengan kemunculan wanita itu.Tetapi tidak Kai.

"Tak guna kau Hye Jin.Kau berpangkat dengan Kai!!"marah Jimin.Memang Hye Jin seorang wanita yang sanggup buat apa sahaja demi kekayaan.Tetapi dia tidak sangka omma tirinya itu bersepakat dengan Kai untuk jatuhkan dia.

Hye Jin senyum sinis."Sejahat aku Jimin, aku tak nak kau hidup macam ni.Kau ada harta mendiang appa kau untuk kau uruskan.Dengan harta tu kau tak payah susah-susah dekat dunia hitam kau ni.Perempuan??..kau boleh dapat lagi baik dari perempuan ni"Jihyo dijelinga.

"Aku tak akan ikut kau.Walau aku mati sekalipun aku tak akan tunduk pada kau"

"Kau ni memang keras kepala!!!"

DAM!!!

"ARGHHHHH!!!"

"JIMINN!!"kalini Jihyo tidak menunggu lagi.Dia berlari kearah Jimin apabila lelaki kesayangannya itu sekali lagi ditembak oleh Kai ditempak yang sama.

"Kai kau bodoh ke apa??..kau nak dia mati ke??..kau dia mati kita tak dapat apa-apa lah"marah Hye Jin kepada Kai.Hoshi yang geram meluru kearah Kai nak menyepak pistol yang dipegang oleh Kai hingga jatuh.Membuatkan Kai berang.Kedua duanya mula berlawan.Suga pula meluru kearah Jihyo.

"Jimin please jangan tinggalkan saya.Awak dah janji nak selalu ada dengan saya"Jihyo memegang tangan Jimin.Airmata yang ditahan mengalir jua dipipi.Jimin terlalu lemah dipandangannya.Hanya senyuman yang lelaki itu pamerkan.Betisnya terlampau sakitnya.Dirinya semakin lemah.

"Jihyo kita kena pergi dari sini.Tempat ni bahaya"ajak Suga.Tetapi mendapat gelengan dari Jihyo.

"Tak.Aku tak akan tinggalkan Jimin.Kalau kau nak pergi kau pergi je.Tinggalkan aku dekat sini"

"Tapi..wehh!..orang-orang Kai!"terkejut mereka berdua apabila toleh kebelakang.Ada beberapa anak buah Kai datang.Ketika itu Kai dan Hoshi sedang bertumbuk.Suga beranikan diri bangun ingin menolong Hoshi.

"ARGHHH!!.."

Terjerit Jihyo apabila rambutnya tiba-tiba ditarik membuatkan dia berdiri."Disebabkan kaulah punca Jimin keras kepala sangat tak nak ikut cakap aku.Kau ni memang perempuan pembawa sial"marah Hye Jin.Rambut Jihyo ditarik kuat membuat Jihyo mengaduh kesakitan.Jimin terkejut melihat perlakuan Hye Jin.Tetapi dia tidak berdaya untuk melindungi Jihyo kali ini.

"Lepaslahh!!.."jerit Jihyo kesakitan.

"Hye Jin..jangan.."Jimin bersuara walaupun tidak kedengaran.

"Memang perempuan sial!"apabila dia melihat beberapa anak buah Jimin baru datang, dia terus melepaskan Jihyo dengan cara menolak Jihyo.Menyebabkan Jihyo jatuh dan kepalanya terhantuk dilantai.Hye Jin sudah berlari pergi.Jihyo merasakan pandangannya kabur.Dia menoleh kearah Jimin yang terbaring disebelah.

Jimin dilihat seperti menyebut namanya tetapi tidak kedengaran ditelinga Jihyo.Telinganya menangkap bunyi orang bergaduh.Serta bunyi beberapa tembakkan.Dengan penuh kekuatan yang dikerah, Jimin mengerakkan badannya menghampiri Jihyo.Tangannya memegang tangan Jihyo.Mereka saling berpandangan.











"Chim!..Hyo nak candy tu!"

"Jom Chim belikan.Hyo makan puas-puas sebelum Hyo pindah nanti"kedua dua kanak-kanak itu berlari kearah sebuah kedai yang menjual pelbagai Candy.

"Hyo, janji tau nanti bila kita jumpa balik.Jangan lupakan Chim"

Tanya Chim sambil mereka berlari kecil menuju kearah kedai itu.Kanak-kanak perempuan itu mengangguk.Dia tidak akan pernah melupakan Chim.









"Jihyo.."Jimin menyebut nama Jihyo.Kedengaran perlahan ditelinga Jihyo.Airmata Jihyo mengalir.Dia memejamkan mata seketika.Kepalanya rasa sangat sakit.Airmata Jimin turut mengalir apabila melihat keadaan Jihyo seperti itu.

"Jihyo..ber- ta- han.."

Jihyo membuka matanya.Jimin yang terbaring disebelah dipandang.Dia mengukir senyuman nipis.

"Chim.."


__________











bersambung..

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now