06 |

1.4K 161 2
                                    

| J I H Y O

Lepas je tengok sunset aku diarahkan oleh Jimin masuk kedalam bilik aku.Dia bagitahu aku jangan keluar.Aku pelik bila dia cakap macam tu.Ada sesuatu yang berlaku ke?!..blur aku jadinya.Tapi dia hanya mengatakan kepada aku yang dia harus kembali ke rumah besar dia sebentar.Ada perkara yang perlu dia selesaikan.Aku tidak pasti apa itu.





"Aku nak sekarang masuk bilik kau.Jangan keluar dari bilik sampai aku balik.Nak makan just call perkhidmatan resort"





Aku baring dengan rasa bosan yang melanda.Belum pernah aku datang tempat macam ni.Aku kan bukannya kaya macam si Jimin tu.Skrin telefon aku tengok dengan pandangan kosong.Bila teringat yang aku belum bagitahu Suga tentang keadaan aku sekarang, aku terus duduk bersila.Nombor Suga aku dail.Aki tidak mahu Suga fikir bukan-bukan dan risau pasal aku.

"Hello,.." terus aku jauhkan telefon sedikit dari telinga bila si gula perang start membebel.Boleh tahan juga Suga ni.

"Kau pergi mana?!..si Jimin gila tu bawa kau kemana??dia buat apa dekat kau??dia kurung kau tak bagi balik ke??..kau ada telefon boleh kan call aku.Aku dah cakap jangan pergi kau nak pergi juga.."

Aku menguap.Kalau tunggu si Suga ni bercakap boleh tertidur aku.


"Sabar boleh tak?!..aku ok jelah.Selamat.Sihat.Jimin tak buat apa-apa pun dekat aku.And dia tak kurung"kening aku bertaut.Bukan ke sekarang aku dikurung?! Dia tak bagi aku keluar.Ah..ini bersebab.Bukan saja-saja dia kurung.

"Selamat apanya Jihyo.Dah pukul 8:30 malam kau tak balik lagi.Cakap betul-betul dia buat apa dekat kau?!"

"Aish, bisinglah kau ni.Lagi teruk dari aku membebel.Aku dah cakap aku selamat.Kau tak payah risaulah.Nanti aku balik"aku terus matikan talian.Malas nak cakap banyak.Dan malas nak bagitahu hal sebenar yang aku dekat resort milik Jimin.Nanti lagi kecoh Suga.

Aku kenal sangat dia.

________________

| J I M I N

Aku masuk kedalam rumah.Yoonji aku pandang tajam.Kemarahan aku memang tengah membara sekarang.Baru aku nak luangkan masa dengan Jihyo.Dia pula buat perangai.Nak bunuh dirilah apalah.Nasib baik aku ni ada rasa tanggungjawab jaga dia.Kalau orang lain dah lama biarkan dia merempat.Aku memang ketua mafia.Tetapi aku tidak terlalu kejam nak biarkan dia merempat.Aku masih ada hati perut.

"Yang kau nak bunuh diri kenapa?! Dah puas hidup?"aku berdiri betul-betul depan dia.Perjelasan aku perlukan kenapa dia bertindak sebegitu.



Dia tunduk pandang lantai.

"Oppa!..dah tak hiraukan saya.Sejak perempuan tu muncul tadi oppa terus pergi tak endahkan saya"

Aku berdecit."Bila pulanya.Mana ada aku tak hiraukan kau.Selama ni semua cukup aku bagi kau.Haish, pasal Jihyo aku memang kena tumpukan dekat dia.Kau tak tahu dan tak faham pasal aku dengan dia"


"Jadi bagitahulah Yoonji"dia angkat kepala.

"Kau tak akan faham"aku melabuhkan duduk diatas sofa.Mata aku pejamkan rasa serabut dengan semua yang jadi.Belum lagi aku kena hadap puak mafia satu lagi yang jadi musuh aku.



"Kalau oppa terangkan dekat Yoonji akan faham.Apa hubungan oppa dengan dia?!"

Aku buka mata pandang Yoonji.Kepala aku geleng.Tak ada rasa nak terangkan pasal semua ini dekat Yoonji.Serius mood aku tengah tak baik sekarang.Aku malas nak marah-marah.Kalau baran aku datang memang semua yang aku terfikir memang aku hamburkan dekat Yoonji.Aku berdiri.Kunci kereta atas meja aku capai.

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now