| 27

1K 115 9
                                    


| P A R K J I M I N

Huaaaa!!!...

Bukan main besar lagi mulut aku menguap bila bangun tidur.Serius, rasa lena gila tidur semalam.Lebih lagi apabila dapat tengok wajah perempuan kesayangan dihadapan mata setelah sekian lama aku tak tengok dia.Lega aku apabila tengok dia baik-baik sahaja.Sengaja aku pakai mask sebab tak nak dedahkan identiti aku lagi.Tak pasal-pasal kena heart attack kesayangan aku itu.Walaupun, aku pasti nanti dia akan terkejut juga.

Aku turun dari katil.Mask aku pakai kerana mahu membuka jendela.Buka je terus tersengam bilik Jihyo disebelah bilik aku.Tempat ni memang antara resort yang paling cantik pernah aku kunjungi.Tak sia-sia aku datang kesini dalam masa berjam-jam.Berbaloi.Dapat jumpa Jihyo pula tu.Ah, aku angau dengan bekas isteri sendiri.

Aku yang tengah bongkok berdiri tegak apabila melihat Jihyo keluar dari biliknya.Wow!..cantiknya dia.Walaupun bergaya simple sahaja.Dengan rambut dilepaskan.Terbang-terbang ditiup angin.Aku rasa aku akan semakin angau dengan perempuan ni.Apabila dia mula mengunci pintu, aku terus mencapai hoodie diatas meja dan pakai.Mahu ikut dia.



Eh,

Aku terus menyorok dibelakang pokok apabila Jihyo seakan mahu menoleh kebelakang.Dia sepertinya menyedari ada seseorang mengikutinya.Haish, nasib baik tidak tertangkap.Dia aku tengok duduk diatas sebuah pokok kelapa yang tumbang.Berhadapan pula dengan pantai.Rasanya mungkin disini dia selalu duduk.Termenung.Agak-agak dia pernah tak fikirkan tentang aku ?

Aku rasa nak tegur dia.Aku keluar dari bersembunyi dibelakang pokok dan menghampiri dia.Harap-harap dia tidak perasan siapa aku sebenarnya.Belum bersedia lagi nak tengok muka terkejut dia yang comel tu.HAHAHAHAHA..sah kau dah angau Jimin.

"Ehem.."

Dia terus berpaling kebelakang apabila mendengar dehaman aku.Aku duduk disebelah dia, membuatkan dia mengesot sedikit.Amboi, aku bukannya orang jahat.

"Awak buat apa dekat sini?"tanya dia sambil pandang sekeliling.Tiada sesiapa kerana masih pagi sangat.

Aku gelak kecil dengan reaksi dia."Kau ni.Macamlah aku ni orang jahat.Aku kan jiran kau.Saja nak lepak juga dekat sini.Salah ke?"comel betul.Aku gigit kang.

"Tak.Bukan macam tu.Saya tak biasa.Saya tak kenal awak"agak gugup dia balas.Haih, kalaulah kau tahu siapa aku.Aku rasa dia perasan.Tapi mungkin dia tak nak terlampau memikirkan.Takut tersalah orang.

"Oh, kalau macam tu jom kita berkenalan.Saya Jimin"

Dia pandang tangan aku yang aku hulurkan untul bersalam.Nak sambut ke tak ni sayang??

"Tak sudi?"

Dia mengeleng kepala dengan kekok.Tangan aku dia salam jua."Saya Song Jihyo"

"Aku tahu sayang.."aku balas tapi perlahan sahaja.Bagaikan suara langsung tidak kedengaran.

"Ok, sekarang kita dah berkenalan.Kau dah kenal aku.Jadi jom.."aku berdiri.Dia terpinga-pinga mendongak tengok aku yang sudah berdiri depan dia.

"Jom kemana??..saya baru kenal awak.Lima minit pun tak sampai lagi"tanya dia dengan muka blur.

Aku pegang perut."Aku lapar.Jom kita pergi makan.Kau pun mesti lapar juga kan"

"Tak apalah.Awak pergilah makan dulu.Saya nak duduk sini kejap"auch, sakitnya awak menolak saya sayang.Tahukah anda lelaki depan anda ini yang diangaukan anda sebelum ini.Hempuk kang.

"Tak ada bantahan.Jom.."terkejut dia apabila aku tarik tangan dia sehingga dia berdiri didepan aku.Terus ditariknya tangan dia dari pegangan tangan aku.

"Awak ni dah kenapa??..jangan nak paksa boleh tak.Saya tak suka"

Hmm..dia dah marah.

"Dahlah saya nak balik bilik"

"Wait!.."

Sekali lagi yang ingin melangkah pergi terkejut apabila aku peluk dia dari belakang.Sungguh aku tidak boleh kawal.Aku tidak suka dia menolak dan abaikan aku.Lebih lagi sekarang ini dia meronta apabila aku memeluk dia.

"Lepaslahhh!!!..saya jerit kan.Lepas!"aku semakin mengeratkan pelukan apabila dia meronta.

"Shhh..i miss you sayang"

Rontaan dia terhenti apabila aku bersuara.Beberapa minit juga aku hanya senyap sebelum dia menguraikan pelukan aku.Kini kami saling berhadapan.Wajah dia jelas terkejut.Semakin terkejut apabila aku membuka mask.Sehingga dia menutup mulut akibat terlalu terkejut.Mata dia berkaca.Aku tahu susah untuk dia percaya.

"Jihyo.."aku ingin mendekati dia.Tetapi dia mengundur kebelakang.

"Awak..awak buat apa dekat sini?"serius, aku dengar suara dia bergetar.Airmata mengalir dipipi.Dia tengah gembira dapat jumpa aku atau apa sekarang ini.

"Aku datang nak jumpa kau Jihyo.Aku rindukan kau.Aku nak kau balik pada aku.I need you!"

Dia tergeleng geleng."Bu-bukan semudah itu Jimin.Setelah awak ceraikan saya.Lukakan hati saya.Awak fikir semudah itu saya akan terima apa yang jadi?"

Tahulah aku kini..

"Tak.Tak Jimin.Hati saya sakit sangat"

"Jihyo!!"panggil aku apabila Jihyo melangkah pergi tinggalkan aku.

"Jihyo!!..maafkan aku!"


___________

Daniel duduk disebelah Jihyo.Diatas tangga yang terdapat didepan bilik itu.Secawan coffee diberikan kepada Jihyo.Sebentar tadi dia nampak Jihyo dengan Jimin.Selepas melihat Jihyo kembali kebiliknya, dia pergi ke cafe untuk mendapatkan coffee untuk Jihyo.Supaya Jihyo lebih merasa tenang dengan apa yang baru sahaja berlaku.

"Kenapa?..kenapa dia perlu kembali disaat saya baru sahaja dapat melupakan dia Daniel??..disaat saya bahagia dengan hidup saya sekarang"Jihyo bersuara selepas menghirup kopi yang diberikan oleh Daniel.

Daniel senyum."Sebab kebahagiaan awak dengan dia.Itu yang dia kembali"

Jihyo mengeleng."Saya bahagia dengan hidup saya sekarang Daniel.Sendirian"

"Awak yakin ke awak lebih bahagia tanpa dia?"tanya Daniel inginkan kepastian.

"Susah Daniel.Susah untuk saya terima dan lupakan apa yang telah berlaku.Hati saya sakit sangat.Disaat saya sangat perlukan dia, sayangkan dia.Dia tinggalkan saya.Ceraikan saya.Awak dapat rasa tak perasaan saya masa tu??betapa kecewanya saya.Terpaksa terima semua tu.Walaupun saya tak sanggup.Macam mimpi"

Daniel terdiam.Jujur dia tidak tahu harus membalas apa.Lirih sahaja kata-kata Jihyo itu.Sedih dia mendengarnya.Dia tahu yang Jihyo masih sayang dan cintakan Jimin.Cuma luka dihatinya masih berbekas.Siapa sahaja yang tidak terluka jika diceraikan.

"Tapi saya tahu awak masih sayangkan dia kan?"

Jihyo memandang Daniel.Dia mengeleng."Buat masa sekarang tidak.Luka dihati saya lagi besar dari rasa sayang tu.Please, bagi saya ruang"Jihyo berdiri.Cawan diberikan kepada Daniel.

"Thanks untuk coffee"dia melangkah masuk kedalam bilik.Daniel mengeluh berat.

"Macam mana lah aku nak tolong kau Jimin.."keluh Daniel perlahan.Deringan telefon didalam poket mengalihkan perhatiannya.Nama seseorang tertera diskrin telefonnya.Membuatkan dia sekali lagi mengeluh.


____________





b e r s a m b u n g  . . .

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now